Bila belajar sesuatu - ikutlah rentak Tok Gurumu - salahkah itu?

Posted by sazali

Salam.

 Zaman dahulu orang melayu patuh pada arahan Tok Gurunya. Jika Tok Guru silat arahkan mereka memulakan latihan jam 5 pagi, anak2 murid silatnya akan patuh tanpa soal jawab kerana mereka faham pantang larang ilmu silat melayu dan sebagainya. Dulu  arwah kawan saya hilang daya fikirannya kerana dia tidak menjaga solatnya 5 x sehari sedangkan solat adalah syarat bagi proses menuntut ilmu silat dan ilmu bathin Indonesia. Bukan setakat dia tidak tamat ilmu silat indonesianya, dia juga di pecat dari pulapol, kuala kubu baru. Sayang arwah hilang kerja, hilang ilmu silat n daya ingatannya dek tidak taat pada perintah Tok Guru silatnya.

Sekarang saya mengajar matematik d universiti untuk 150 org pelajar/ 2 kumpulan. Aku pun ada stail cara mengajarku. Stail ini aku perolehi dari Tok Tok Guru ku dari Indonesia, Malaysia, Colombo  dan United Kingdom.  Bukan semua muslim tok tok guru ku.  Ada yg kapir 100%, oreantalis, ethis.  Tapi mereka tok tok guru aku.  Mereka juga bilang cara mereka.  Dan aku patuh .. membabi buta sahaja. Depa ada kata ''..if you come late, I will lock the door'.  Oleh itu ..  aku akan berlari setiap pagi di Leeds dan Birmingham Universiti, United Kngdom 1978 - 1982 ... takut takut tok tok guru aku akan mengunci ..pintu kepada dewan kuliah besar jam 0900 pagi.  Patuhnya aku.  Dari kepatuhan ini lah datangnya cinta menuntut ilmu matematika dari Profesor Brown, Profesor Burton, Dr Martin, Dr Dave Hewitt ...  bila semua ijazah dan sarjana tamatlah sudah ..  bila berada di atas pesawat MAS MH03 baru aku terasa ..untungnya aku berguru dgn mereka di Leeds and Birmingham ini.    Dan ilmu ilmu iniilah yang aku akan curahkan kepada anak anak buah ku di sekolah, politeknik KPTM dan sebuah IPTA.

Di Johor, Malaysia ini pun sama/   Aku bilang pada pelajar-pelajar matematika aku , datang awal ke kuliah, tutorial dan hantar assignment tugasan tepat pd tarikhnya. Jika pelajarku ikut perintah aku itu, dunia akan berjalan dgn baiknya. Matahari akan naik dari ufuk timur dan matahari akan hilang pd ufuk baratnya setiap hari. Waktu maghrib.  Bila ini berlaku, aku redha seredhanya melepaskan ilmu matematika pada kalian. Bila kau tak faham benda semudah begitu, seperti assignment kau hantar lewat dan lewat, aku sah tak akan tanda kerjamu. Aku tak akan pandang pun  kertas kertas berselerak di bawah pintu opis ku. Markah kosong aku hadiahkan kpd mu. Jika kuliah dan tutorial pun kau datang lewat. Maka makin besar murka ku. Kau tak faham suara hati pak guru mathematikamu?

 Arwah sahabatku di pecat dari PDRM (tahun 1980)  kerana tak jaga solatnya, apa lg kau yg mencetuskan kemurkaan ku minggu silih berganti. masih datang kuliah , tutorial lewat lewat.  Alasan ..  pak suphir Etabina itu lewat pak ..  sahaja yg keluar dari mulut mulutmu.  Lantas aku gagalkan kau wahai pelajar pelajar ku! Kau paham apa itu - lema,  corrollari dan theorem ini?

Yes. Ikut stail gurumu.

Niat aku?

Bukan untuk mencari nama.  Bukan untuk mendapatkan pingat dari sekolah, kolej, politeknik, kementerian, KPTM atau pihak universiti ini sendiri.  Aku cuba mengajar  sebaik mungkin .. sekadar ikhlas kerana Allah Taala.  Bila aku dilantik sebagai guru..  ke mana mana aku pergi pun ..orang akan pangggil aku CIKGU. Niat hanya mengajar sebaik dan sedaya yg mungkin.  Tak ada yg lain.  Jika profesor profesor matematika sibuk menulis buku, jurnal, kertas penyelidikan ..  yg membawa namanya di persada antarabangsa,  .. aku,  tetap aku ,..  guru tua mengajar sedaya yg mungkin segala ilmu yg ada.  Pd murid murid melayu nya aku ajar 2+3 = 5  dan pada murid bukan melayu aku ajar 5 - 3 = 2.    Itu sahaja.  Tidak ada diskriminasi apa apa pun.  Aku guru mu?

Aku akan gembira pada satu hari nanti .. akan lahir bekas pelajar-pelajarku yg dapat menyambung ilmu aku .. dan rentetan penyebaran dan amalan ilmu itu terus berlaku hingga ke hari kiamah.
 Insyallah.


Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment