budaya menunggu

Posted by sazali

salam
masyarakat islam sudah d latih menunggu untuk banyak peristiwa bermacam macam. Besar pahala menunggu ini. Ganjaran syurga. Contoh menunggu cukup masa untuk iftar majlis berbuka puasa, menunggu pengantin lelaki, menunggu imam naik ke atas mimbar dan membaca teks khutbah jumaat, menunggu masa melangsaikan hutang pinjaman rumah dan banyak lg upacara menunggu itu dan ini. Sabar menunggu isteri cukup 100 hari ..  apa entah? Balasan nya syurga.  tetapi orang2 besar mengambil kesempatan dari sifat sabar masyarakat islam kita ini. Janji nak dtg jam 830mlm upacara pertandingan musabaqah al quran tetapi org politik lambat sampai. Kita menunggu dlm dewan beramai ramai dgn penuh kesabaran. Tak apa. Ganjaran menunggu dgn sabar ialah syurga. Betul ke ini?

Jika se orang dah rugi 2 jam menunggu, jika ada 500 org sdg menunggu tadi maka matematik mengajar kita , islam sudah rugi 1 00  0 jam.

 Bagaimana nak maju bangsa kita jika selalu rugi waktu bekerja dan waktu produktiviti.? Oleh itu tak hairanlah mengapa kita tidak maju dlm banyak bidang. Kesan sabar menunggu dan terus menunggu untuk 1 syurga yg kekal abadi. Allah ampunkan kami. Betul kah ini?

----
Saya tidak suka menunggu.  Saya lebih gemar mencari orang itu dan ini dari saya duduk menunggu seseorang macam pungguk rindukan bulan.  Saya cepat 'hot' jika orang yang berjanji datang jam 0900 mlm tidak muncul muncul walaupun jam sudah menunjukkan ke angka 0930 malam.  Dia tidak ada jam kah?

Atau jam dia mampus sudah?

He..he..

Mungkin disebabkan saya datang dari keluarga polis dan tentera .. masa itu kita kena ikut sah hidup atau mati.  Jika tidak ikut masa,  lebih baik kita buang sahaja jam yang ada di lengan atau di dinding atas kepala kita di rumah itu.  Itu pesan ayah dan pak saudara saya .   Kedua duanya dah arwah dah.  Al Fatihah.  Atau bagaimana tuan hamba?

Lagipun , disiplin ilmu saya matematik dan komputer ...  saya ikut dan taat budaya disiplin ilmu saya  .. sepanjang masa.  Saya hilang ramai kawan kerana isu masa.  Jika saya bayar hutang saya pada masa yg tepat .. ada kawan kawan kata ..  'kawe cayo lah demo.. bak po payoh payoh hantar ni lorat lorat.  '

Jika mereka tak datang jam 0700 pagi ke sekolah ..  saya akan menggambil mereka di tangga rumah mereka.  Terkejut mereka laki dan bini.  Mengapa orang ini ..bersungguh sungguh sangat menjaga masa.

Saya dilatih oleh Profesor Barat (London) dan mereka adalah orang kafir bahawa ..  jika kita tak datang tepat pada masanya .. ini bermakna kita tak berminat untuk apa apa lah.  Bermesyuarat ker,  berbincang ker, berkonferens ker, dan lain-lain lagi.  Tanda kita tidak berminat.  Jika pelajar datang lewat selalu selalu sangat ..ini menandakan ..mereka tak minat belajar matematik ini.

Jika mereka berminat sesuatu mereka akan datang awal awal ..seperti dalam perlawanan bola sepak peringkat akhir.  Ramai peminat bola sepak datang awal 10 atau 12 jam .. dari masa sepak mula.  Mengapa begitu?  Kerana mereka berminat tinggi sangat dalam perlawanan Kelantan dengan Negeri Sembilan pada 2 tahun sudah  Liga Malaysia.

Pengantin lelaki datang awal ke kampung pengantin perempuan untuk upacara majlis perkahwinan kerana .. dia berminat tinggi benar ..berkobar kobar tahap minatnya kepada perempuan .. kalau tak minat sudah tentu dia akan lari jauh dan jauh.  Betul tak?

Lihatlah .dua budaya islam dengan bukan islam.  Satu menekankan sifat sabar .. menunggu dan terus menunggu dan satu budaya org kafir ialah ..  jgn tunggu tunggu lagi.  Cepat kejar masa.  Yang mana satu nak kita pilih ini?

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment