Apa kita mau?

Posted by sazali

Salam

Semalam ramai kakitangan kerajaan bergembira kerana janji Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menaikkan gaji telah pun ditunaikan sudah. Hanya 13% kpd gred 1 - 54; 10% kpd mereka Jusa 'C' ke "A" dan semakin rendah kepada yg berada dalam kategori KSU. Adil ? Saya rasa cukuplah setakat itu dahulu. yang penting gaji naik 13% , harga barang pun 13% naik jugak. Oleh yg demikian kita tidak akan ke mana-mana pun. he..he.. tetapi ketua gomeng selalu bilang '.. kita lebih baik dari Afghanistan, Somalia dan Syria. Mereka berperang siang dan malam... ' sedangkan kita berbelanja sakan siang dan malam. 13%? SBPA skim baru penjawat awam .. hilang sudah dari pemikiran dan kalbu mereka. yg saya tahu ada segelintir profesor Apek .. yg cukup cukup frust tak dapat kenaikan / lonjakan 100% gaji pokok ..sehingga gaji mereka leh capai ke angka sebanyak RM36,000 sebulan. Mengikut laporan dalam ada yg hentak hentak meja ..tanda gerammmm! Betul ker tu? (tak tahu lah teman .. he..he.. ) jgn tengok guruh di langit, air di tempayan dicurahkan ..sudahlah.

2) Tapi pagi yg berbahagia ini elok saya menulis sesuatu yg lebih penting lagi dari topik duit, gaji dan perut kita semua ini. Semalam saya baca akhbar cina STAR malaysia .. sisipannya ..supplementary issue WOMAN important questions.. about 5 things. What you most need/ apa yg kamu betul-betul mau

* apa yang mengembirakan anda?
** apa yang paling penting kpd anda?
*** apa yang paling penting kpd anda 10 tahun yg lalu?
* Apa yang anda mahu sekarang?
** Saya mahu ....

Sampel kajian: 6 orang pemudi/ Ala melayu 3 orang, cina moden 2, 1 orang Pan-Asian kacukan mat salleh. Sample tak seramai 10,000 orang. Tetapi tak apalah. Sebagai cermin hasil didikan KPM, KPTM dan .. semua.

-------------------------
Tidak ada seorang pun (tidak bertudung rambutpun) yang menyebut Subhanallah, Insyallah, Alhamdulilah, Allhu akbar dalam penjelasan ke atas mana-mana soalan di atas. Bagus atau tidak jawapan sebegitu? Ini adalah hasil didikan mak ayah mereka dan juga guru-guru di sekolah mereka selama ini. Sepatutnya jawapan orang islam biarlah sedikit berbeza dari orang-orang kafir. Betul tak? Mana pergi nilai-nilai murni , ketrampilan, dedikasi, komitmen warga islam dan macam-macam yg kita (warga guru) tulis dalam buku Rancangan Pengajaran kita masing-masing? Ke mana yer?

dari bacaan sisipan itu -
Tidak ada seorang pun berniat nak ke Mekah pada usia yang awal-awal ini. Masa muda hanya sekali. Mereka kata .. kena happy sampai bila-bila.

Tidak ada seorang pun berniat nak tolong saudara mereka yang susah-susah dihimpit kemiskinan, dalam kancah peperangan atau apa-apa lah yg membawa kepada cerita air mata yang akan membasahi bumi.

10 tahun lalu mereka hanya habiskan masa mereka di sekolah, explore kawan-kawan baru, buat dan cipta happenings, tuisyen rata riti dan main gitar elektronik (musik). mereka katalah.

Saya mahu .. gitar elektronik, sentiasa gembira dengan kehidupan saya, keamanan dunia sejagat, makanan yg sihat dan berkhasiat, kehidupan yg seimbang iaitu membahagikan antara 4 komponen besar pekerjaan, keluarga, kawan-kawan dan masa saya sendiri; dan mencapai semua yg saya pernah impikan selama ini. NOKTAH!

-------------------------

Kesimpulan:

Jika manusia tidak mempunyai rasa cinta pada agama dan tuhan mereka sudah pasti segala adjektif (kata nama) berkaitan dgn agama dan tuhan tersebut tidak akan terkeluar dari mulut-mulut manusia ini secara spontan atau santai. Ingatan kpd illahi may be jauh sekali kot.

Manusia berlabelkan muda-mudi generasi la ni .. sebenarnya berkiblatkan 'happy, happiness dan merry go lucky'. Selagi mereka happy, selagi itu .mereka tidak akan peduli apa-apa selain dari kompass mereka 'happy'. Apakah yang menjadikan seseorang itu happy? Betul. Musik, musik, pesta, jom heboh, dan segala yang ada di hadapan mata manusia.

Ke mana perginya... kitab agama, biji-biji tasbih untuk menolong mereka berzikir n sebut banyak-banyaknya nama tuhan mu Ar-rahman, Ar Rahim, Al Malik dan seterusnya. Yang ada ialah 'zikir cinta'. Tak cukup dgn pemain musik yg tidak ada didikan agama , pihak ala-ala ustaz dan ustazah ... sedang bergiat bertungkus lumus .. bernyanyi nashid di tepi-tepi gigi pantai, air terjun , tasik dan muara sungai. Semua bernyanyi dan berlagu ala hindustani/ pasang pasir. Begini ker dakwah islam la ni?

Dalam keadaan beginilah .. kerajaan zaman sekarang mahu pemikiran anak anak muda kita sentiasa happy kerana dengan cara tak disedari .. kerajaan akan terus memerintah / dan dgn cara begini muda mudi senang dibawa-bawa ke mana-mana. Suruh masuk lubang ular pun mereka sanggup kot. Astagh firullah hal azimm. Muda mudi yang dah lama diberikan gula gula (kemewahan n muzik) tidak berani berkata 'NO' kepada pemerintah disebabkan mereka mahu terus 'happy' hidup segar sebagai kiblat hidup mereka. Oleh yg demikian, adalah sangat penting dan tersangat mustahak .. kiblat hidup manusia dipusingkan 180 darjah agar kiblat mereka kembali ingatan nya kpd ALLAH dan islam agama suci murni. Kita mukmin mesti tahu maksud hidup kita yg sebenarnya. Untuk maksud itu,

Satu usaha dakwah tabligh sedang dijalankan di seluruh pelusuk dunia supaya ..fokus manusia ialah mengabdikan diri kpd agama kerana sesungguhnya .. manusia ini adalah dalam keadaan yg rugi , kecuali .. mereka yang beriman kepada Allah,beramal soleh,
ajak mengajak kpd kebaikan dan hak dan bersabar .. menjalankan perintah Allah sepanjang masa. Surah Asri.

Tidak mahukah anda menyertainya bersungguh-sungguh dalam usaha para anbiya (nabi-nabi) yg agung ini semasa anda masih hidup sihat segar bugar ini ? tahu tak hidup ini adalah sementara. pinjam-pinjaman sahaja. Jomm marilah kita berkurban harta, masa dan nyawa untuk kesejahteraan iman agama kita sendiri. Bila allah sayangkan kita , allah akan jauhkan kita dari bala bencana. Now Klang valley, kajang dan ulu langat pada 7 - 8 March 2012 ..semua rakyat malaysia dah mula kena ..sekelip mata ..bila tuhan jatuhkan bala .. semua kita terpalit. Istigh far. Ingat rakyat Acheh, Jepun dan USA. bala allah datang , datang ..dalam bentuk real bukan virtual lagi.

Wallahu aklam. (salawat kpd junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. kerana hari ini Jumaat 9 March 2012). Al Fatihah kpd nasib bangsa melayu muda mudi sama ada di Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand, Myanmar, Afrika Selatan atau di mana-mana sahaja mereka berada. Saya hanya mengingatkan diri saya dan kalian semua demi agama yg suci murni. Lillah hi taala.

0 comments:

Post a Comment