Orang lama kita

Posted by sazali

Salam

Sesiapalah jika dah umur dia dah masuk angka 50'an ke atas takut sangat jika staf jabatan tempatnya bekerja memanggilnya 'orang lama kita ' kerana beberapa sebab:

i) mungkin umur dah banyak dan pengalaman terlalu banyak dah
ii) sudah masuk zone pencen
iii) idea mungkin dah 'out-of-date' dan 'out-of-touch'
iv) dan paling takutnya dunia kata pergi .. kubur kata mari. He..he...

----------------
Huraian:

Kalau kita rajin membaca kitab-kitab lama karangan Imam Ghazali r.a. dia ada menyebut .. ada 2 benda kita manusia tak leh lari darinya.. walaupun kita mahu sangat tingggal dalam se buah istana diperbuat penuh oleh batu bata , bangunannya tinggi mencakar langit dan berlokasi nun jauh dari semua penduduk orang ramai mundar mandir ke sana sini. Benda itu ialah badan kita beransur-ansur tua, sakit , lemah longlai dan perkara 'mati' itu wajib datang menjenguk kita.

Ngoleknya .. lazimnya .. orang orang lama adalah golongan/ generasi yg patut mati dahulu. Mengapa? Bila kita dah tua , banyak jenis penyakit menjenguk kita tak putus-putus seperti demam, tak selera makan, sembelit, buasir, darah tinggi, kencing manis, gaut, jantung, .. , barah, cancer, hepatitis B, macam-macamlah ..mata mulai rabun rabun dan terus tak nampak apa-apa pun seperti buah kelapa kita nampak macam kepala manusia sahaja.. kerana air kencing semakin banyak zat zat gula. Buah pinggang pun makin rosak dari hari ke hari. Kena buat homodylisis ..siang dan malam. Jiran saya itu .. askar pencen british / berkhidmat sebagai se orang tentera British ..dia pergi homodylisis 4 kali seminggu. Bayaran RM400 sekali buat. Tukar darah. Ganti dengan darah baru . Di samping itu , orang lama cepat sensitif/ merajuk dan macam-macam. Maklumlah .. kita orang lama. KItab Al-Quraan pun ada menyebut .. kita akan kembali kepada sifat asal kita ..kanak kanak sekali lagi. Suka merajuk?

Fakta ini semua - tak ada manusia yang dapat menafikannya. Tak kira matanya hijau, biru atau coklat bercampur merah ..kita semua semakin hari semakin tua dan terus kita akan mati. Oleh itu ..saya ajak diri saya .. dan tuan tuan hamba ..beringatlah sedikit sebanyak. Kesihatan badan kita tidak akan kekal macam ini selama-lamanya.
Jogging pun ..buatlah sekadarnya sahaja. Jangan ingat kita macam 30'an punya mesin walaupun di tasik tempat kita jogging ..rata rata joggers berumur 30 - 40 an sahaja. Why? kita dah mula tua tua? Rambut dah banyak yg gugur/ ada sampai botak tengah dan tepi. Gigi dah mula luruh sebatang demi sebatang ..silih berganti. Tak handsome dah kita. He..he.. kesian yer? Di sini izinkan saya (orang lama juga) ..

Bagus sangat jika kita .. jika ada kebolehan ..menulis karya .. sebuah buku dalam bidang kepakaran kita .. sebagai .. tanda ..melanjutkan ilmu lita perolehi itu kepada generasi baru .. dan tanda / bukti bahawa kita juga adalah staf universiti pada satu masa dahulu.
Untuk makluman pada satu hari itu saya berpeluang pergi ..ke Greece/ Corfu Island pada tahun 2005. Konference WSEAS. Di sana saya lihat ramai mat salleh dengan 'mem' mereka sedang menulis buku di tepi kolam di hotel penginapan kami. Tulis apa? Yes ..buku. Saya tanya mereka .. Yang bagusnya.. banyak buku mereka ..kolej -kolej dan universiti di Asia/ Afrika menggunakannya. Lumayan upah mereka .. hasil penulisan mereka itu. Nampak tak trend mereka ? ..melancung ke negara kita .. pelancung yg dah banyak umur ini .. mereka mahu menulis ..semua ilmu mereka ..untuk faedah/ kegunaan orang ramai/ jika mereka itu muslim ..alangkah untungnya mereka. Dapat pahala sampai bila-bila. Bagaimana pulak dengan kita orang melayu ini? Tak mahu menulis apa-apa kah saudara, Dato'/ Prof, / Dr/ dan tuan hamba sendiri ?

Sekian. Yang baik dari Allah ..dan jika ada yg kurang ..itu semua adalah kelemahan dari diri saya sendiri.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment