Daftar sebagai guru atau pegawai kerajaan yg baru

Posted by sazali

Salam

Rasa-rasa tak terlambat lagi abah nak ucapkan tahniah kpd anakku a-Ah kerana berjaya menjawat jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 di SMS Johor. Orang kampung panggil dia kerja 'cikgu , cikgi' lah di sekolah menengah kerajaan. [ take note SMS - your initial right!]

Kami (abah, mak, abang, kakak, adik-adik, nenek-nenek, bapa-bapa saudara dan mak mak saudara, sepupu, dua pupu dan saudara-mara kita jauh dan dekat) merasa cukup bertuah kerana anakanda dapat memanjangkan lagi ilmu Allah iaitu Bahasa Inggeris. Syukurlah. Alhamdulilah. Melalui bahasa ini ..kita boleh buat dakwah .. secara.. slow and softly dan jika anak-anak murid kita amalkan .. semua itu akan jadi ibadat untuk mu wahai anakku. Glamour? tak yah. Abah tak suka anakanda jadi celebriti pun.

Di sini ada diturunkan 6 golden tips untuk mu bertahan lama bekerja di tempat yang baru. Tips tersebut ialah:

i) pergilah jumpa mata dengan Tuan/Puan Pengetua dan Penolong-penolong Kanan sekolah ; talk softly and politely
ii) pergi jumpa Ketua-Ketua panitia itu terutama KP Bahasa
iii) masuk ke dalam Bilik Guru .. bersalam-salaman dgn mereka. Anggap mereka sebagai ahli keluargamu juga
iv) bergaul dengan pegawai sokongan sekolah dgn baik dan sopan. Kalau ada duit lebih , ajak mereka makan sama-sama terutama ketua kerani sekolah itu. INgat ..gaji pertama kamu adalah datang dari usaha yg cekap dari Ketua Kerani sekolahmu ini. If dah dapat gaji pertama .. belanja geng kerani-kerani sekolahmu itu. Insyallah selamat wahai anak ku.
v) jauhkan diri dari bercakap sombong dan meninggikan diri. Semua orang akan menyampah kat kamu. Tahun pertama .. buat macam tak pandai pun tak apa ..kerana ..ada bidalan melayu mengatakan .. 'ular menyusur akar .. tak akan hilang bisanya.'
vi) jangan berbaik-baik secara melampau-lampau dgn pelajar-pelajar kamu kerana umur mu sudah 25 + sedangkan mereka baru sahaja 13 - 17 tahun. So put a solid boundary between you and them. Insyallah they will learnt to respect you as their language teacher.

Rasa-rasa itu sahajalah .. nasihat kami pada mu wahai anakku. Selamat Maju Jaya. The sky is the limit. Aim Masters and PhD one day, will you?

Tahniah!

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment