Salam
Pada Allah ..orang paling cantik ialah mereka yg tahu berbudi bahasa, bersopan santun, berakhlak mulia dan saling sayang menyayangi .. sesama kita semata-mata ikhlas kerana Allah. Makhluk yg paling Allah suka ialah rasulullah kerana baginda cukup jaga budi bahasanya terutamanya dgn isteri-isterinya. Alhamdulilah.
Pada Allah .. orang yg paling Allah respect ialah ..mereka yg pandai menghulur bantuan .. dari tangan kanan ..tetapi tangan kiri tak sedar sedikit pun .. bila tangan kanan melakukan sumbangan tersebut. Masyaallah.
Pada Allah .. wajah / kekayaan/kepandaian PhD pandaimu hinggga hujung hujung dunia / BMW bini mau wang jer ..bukan ukuran kehebatan manusia ..tetapi ..ukuran di sisi Allah ialah ketaqwaan. Sayiddina Bilal radiallahu an hu .. disayangi oleh Allah kerana ketaqwaannya / berjihad untuk agama menyebut .nama Allah sepanjang masa walaupun Bilal diazab oleh tuan nya ..semata mata dia memeluk agama suci Islam yg SATU.
Tengoklah .. Allah muliakan Bilal .. bila Billal tidak melaungkan azan subuh ..satu pagi itu .. cahaya matahari ..tidak timbul timbul di kaki langit ufuk Timur .. maka org org arab cukup susah hati kerana mereka mahu menjalankan tugas selepas solat subuh ..tetapi masa tidak bergerak ke mana-mana pun bagaimana ini risau pak arab?.. sejurus bila azan dibuat oleh Bilal r.a .. barulah .. sang matahari .. muncul perlahan-lahan di kaki langit di sebelah ufuk timur. (Kitab Shaharanpur India).. Org arab tak suka Billal melaungkan azan kerana Billah cacat lidahnya kerana lidah Billal diazabkan oleh Abu Jahal laknatul llah .. kerana Billal memeluk islam tanpa izin/kerelaan Abu Jahal. Bilalidah cacat/ pendek lidahnya..maka sebutan arab ..dalam azan tidakberapa sedap didengar/ tak berbutir molek sebutan azannya.
Itulah..takwa hamba Alllah bernama Bilal.
Bagaimana dgn kita? Takwa kita?
Adakah takwa kita boleh menandingi ..ketakwaan Sayiddina Bilal r.a. ?
Jawapannya TIDAK kerana .. kita tidak dilatih .. dlm keadaan susah dan payah belajar dan mengamalkan agama. Kita adalah generasi mee express Maggi Cina, nescafe classik Mamak Restoran 25 jam , tandoori ayam ..segera. Tengok bola ASTRO pun segera. Games badminton pun ..kita nak ..menang segera. Telinga anak muda kita .. sudah ramai yg pakai head phone dengar muzik sahaja. 25/7 sepanjang masa. Mana ada way(jalan ini)?
Kita kurang sabar. Banyak benda kita tak sabar pun. Isteri masak tak sedap sedikit pun kita naik marah ..pukul pukul dia .. kasihan dia.. dah lah isteri yg bekerja lebih masa .. suami dia jugak yg nak jadi BOSSI kat rumah. Kasihanlah kat isteri kita wehhhh. Bila umur dia ..dah masuk zon 50'an ..mana leh kecantikan nya sekarang ni boleh kau bandingkan dgn anak anak dara di kampung itu. Perut flat .. berbanding dgn perut isteri .. sudah berbentuk 'convex cembung sikit'. Tak adil kau? Sebenarnya ..suami la ni yg zalim nya. Kenapa tak tangkap sang suami begini ..kasi mereka kursus ... kemaskan rumah tangga .. 25 jam sehari .. 3 hari berturut-turut. Bawak beras 4 guni naik tangga 5 tingkat sepanjang hari .. kalau boleh naik tangga itu 3 kali sehari. Boleh? Mengapa 3 kali? pagi ..dia mahu kita prepare breakfast; tengah hari kita diminta prepare lunch dan malam hari kita kena prepare dinner/ mana badan pompuan zaman la ni boleh tahan. lelaki kita itu .. Dia tahan atau pun tidak naik tangga pikul guni beras itu? (padan muka ..he..he..)
Kalau tak tahan .. begitu juga .. orang pompuan. Mereka adalah ... penolong kita jer. Tidak lebih dari itu. Jangan zalimi mereka. Kasihanilah mereka. Bayangkan anak anak pompuan kau sendiri ..ada org menzalimi anak anak pompuan mu.. kau rasa bagaimana? Begitulah dgn org lain.
Mereka pun ada perasaan. Tahu tak?
Bertolak ansurlah. Hari ni dia gosok baju kau .. lain kali boleh tak tuan yg menggosokkan baju kurung moden mereka? Awas .. jangan gosok over-over ..nanti rebehhhss bahagian bahu baju kurung itu. cacat pulak .. org nampak isteri kita .. pegawai di mana-mana. Ha..ha..
Sekian.
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment