salam ..
Topik hari ini tak glamor mana tapi biar lah, saya mahu sentuh 3 isu penting pasal benda ini. Maklumlah kes bercerai ialah 295,000 lebih dalam tempoh 10 tahun di negara malaysia - sebuah negara islam terbaik di dunia sebelah sini.
Pertama. Jika kita sayang pada seseorang katakan lah ia adalah idola ( kekasih, ayah, ibu, guru, rakan dan ..) kita maka
1. kita ikut katanya sepanjang masa. Seperti cara belajar, cara cakapnya. Macam macamlah. Why? Sebab kita sayang kpdnya.
2. Jika org lain sebut apa apa saja kelemahan tentang idola kita, kita akan pertahankan idola kita dengan nayawa dan jiwa raga kita. Mengapa? Tidak lain tidak bukan, kerana kita sayang kpd nya.
Dalam proses berkasih sayang sebelum masuk alam berrumah-tangga yg sebenarnya .. setiap pasangan akan mengganggap kekasihnya itulah idolanya. Jika ibu bapa tidak merestui hubungan kasih sayang ..mereka berdua ..mereka akan bertegang leher .. mengatakan bahawa si dia itu lah yg terbaik sekali dari semua makhluk di atas muka bumi ini. Mengapa? kerana sayang sangatlah itu. Sekarang majoriti pasangan rumah tangga .. adalah pilihan anak anak kerana mereka sudah kenal pasangan sejak dari sekolah, kolej matrikulasi dan universiti. Hujah ibu ayah ditepis mudah mudah jer. Love is blind? Pernah dengar benda ini?
Kedua. Sayang kepada tempat kerja/ organisasi/ institusi
orang jenis ini .. Dia kerja tak ikut masa. Time panas dia datang kerja, time hujan dia ada dan time banjir pun dia dtg kerja juga. Bersiap dengan sampan dan perahu dalam kawasan sekolah atau universitinya. Kenapa yer? Kerana dia sayangkan semua yg ada kaitan dgn sekolah, universiti atau opisnya. Dia sayang dengan pelajar2 nya, kawan2 gurunya, pengetua nya, budaya sekolah dan semua yg ada pertalian dgn sekolah tersebut. Bahkan dia gila jugak dgn pagar kawasan sekolahnya. Bila dah jatuh gila kat profesion, nyawa dan raga pun dia sanggup kurbankan. Betul tak? Tak pernah baca tentang se orang reporter tv3 malaysia yg terbunuh d mana tu? Yaman. Syria. Saudi Arabia. Dia terkena peluru sesat dan mati. Arwah mati dgn kamera nya yg masih d pikulnya sewaktu kejadian. Why? Kerana dia syg sgt kepada dunia kewartawanan nya. Org bila suka sgt kpd tugasnya, mati pun dia sanggup. bagaimana kita yer? Org mati accident se masa ke pejabat .. itu tanda ..sayang kepada profesionnya lah tu. Simple. sayang?
Ketiga. Sayang suami isteri. Sebelum kahwin, mereka dah janji nak hidup semati. Pada masa itu sebelum kahwin betul semua benda indah. Saiz jari hero ok. Saiz kaki hero ok. Warna kulit gelap pun ,,,heroin nampak putih belaka. Bibir mulut heroin pulak.. nampak semua ok. Tak gosok gigi dgn colgate pun tak apa. Why? Tahap sayang menyanyangi adalah di titik kemuncak. Tak pandai masak pun tak apa. Why? Nak ajak cepat kahwin dan terus bahagia dan dapat menimang cahaya mati seramai yg mungkin. Tetapi alam kahwin bukan drama melayu atau panggung wayang cina. Alam kawin bnyk dugaannya. Jika hero handsome dan heroin tak secantik Dimple Kapadia @ FILEM BOBBY; Demi Moore, Kate Mosse maka panas kesayangan tidak sampai ke petang. Ada org ketiga nak join sama supaya heroin ada pesaing sedikit dlm rumah tangga. Orang-orang dunia barat kata when there is competition, quality of servis gets much better. So to cut the story short, maka hero heroin bercerai lah sudah. Maka soalan cupu emas ialah mana dia janji sayang mereka dahulu kala itu? Mengapa tak ada timbang rasa, kesabaran, give and take, pengurbanan, dan semua nilai nilai murni itu yg pernah diikrarkan dahulu kala? Bukti .. semua surat cinta dan e-mails antara benua. Hero belajar di States ..dan heroin belajar di sini sahaja. Kenapa cepat sgt kita bercerai kerana ada ... Orang ketiga itu contohnya? Bukankah bagus hidup ini kita semua saling tolong menolong membina kekuatan umat Nabi Muhammad s.a.w. Kenapa nak tekankan sangat isu cemburu dan marah ini. Orang orang yg sayang menyayangi mereka boleh berkompromi dan ajak berbincang bincang. Atas tiket sayang menyayangi antara satu sama lainlah.
Summary:
Bila org kata kita tak beriman , kita marahkan mereka. Tetapi sebenarnya betul itu. Ada cemburu itu membabi buta sahaja. Sekarang dunia tanpa sempadan. Face book ..macam macam boleh kita hantar cerita. klau ternampak gambar hero dgn org lain .. jangan cepat .. mengamuk ..dan buang semua kenangan manis kita bersama. Tak kan lah .. jalan 100 meter yg tiba-tiba rusak, runtuh tebingnya .. kita buang semua rekod jalan raya 5000 km yg terbina selama ini dengan baik dan kukuh sekali. Lagi pun ..yg buat hal ..adalah suami/isteri kita juga. Tak boleh berkompromi lagi ker? Klau kita beriman ..bila marah .. kita kena duduk atas lantai ,,, dan marilah kita berbincang baik-baik. Jangan cepat hantar e-mails, sms, telegram .. suruh semua kerabat, saudara mara , sahabat handai satu sekolah dahulu kala ..datang ke rumah serang habis habisan .. itu suami kita lah! Kau tak ingat wahai isteri? Atau kau lupa wahai sang suami? Bukankah anda bina rumah tangga dulu atas dasar .. sayang menyayangi .. hujah ibu ayah ..habis kau tepis sudah .. kenapa jadi begini? Marilah kita bersabar sekejap. Telan air liur pahit itu seketika. Jom kita selamatkan rumah tangga kita ..yg sudah lama kita bina. Ada anak 30 tahun, ada anak 29 tahuun ... ramai anak. 10 org . Nak bercerai lagikah kita? Adush.. kata sayang .. kata cinta. mana ada itu semua? Bila marah datang .. semua yg baik baik . anak anak kita didik dgn baik .. semua ongkos kita dah belanja sama sama .. kau dah tak nampak kebaikan masing masing .. ? Kau buta ini!
Astagh firullah. Jika dia nak khawin lain ..biarkan .. Uruskan dia. Dia nak susah susahkan diri .. biarkan. Insyallah bila dah sedar nanti ..payah hidup berbini muda .. lain race .. dia akan datang balik ke pangkuan dan riba kita juga. Mengapa cepat anda ikut rasa hati/ anda ada ego ini? Tak apa ..ada ego. Bagus itu semua. Bagus . tapi biar ..org yg kita sayang khawin dgn elok ..elok lagi. Why kita nak mintak cerai pulak? Kalau kita mati ..dalam hot hot ..memandu .. kat PLUS Highway .. tak malu kita jika tuhan tanya why ..u die so fast ini today? Kalau tak drive fast and hati tak hot hotter and hottest .. we won't meet you today. Right?
So ..berhati-hatilah. amalkan ajaran agama sebaik yg mungkin. klau spoil 100 meter jalan raya .. jgn kita buang 5000 km yg sudah lama kita bina ..rumah tangga kita bersama. Ingat itu wahai diriku, dan teman teman ku sekalian.
Maaf. Saya tulis sahaja atas konsep ' islam hidup atas tiket saling sayang menyayangi..'
Wa llah hu aklam. Saya mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa dan apa apa yg kurang. amalkan kesabaran, ketabahan, ketakwaan dan ..macam macam da. Teori banyak = amalan pun biar banyak jugak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment