Why laju Part 2

Posted by sazali

Salam

Kita perlu buat banyak tugasan/ kerja/ jual beli dalam kadar laju kerana:

(i) harga rumah di Lembah Klang makin hari makin mahal. Tanda .. ramai lagi kaum melayu profesional akan mula membeli rumah/ aset jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur. Bayangkanlah ..rumah 2 tingkat di Sentral Timur ..RM1 juta. Tahun depan RM1.2 juta. So satu tahun ..kenaikan harga rumah tersebut .. RM200,000.

Kalu kita kerja lebih masa pun, tak akan dapat RM200,000 dalam masa 1 tahun kerja siang dan malam suami isteri. Angka ini .. sedap sedap jer kontraktor/ pembangun/ developer naikkan ..dia dah tahu profesional melayu tak leh beli pun.

Yang mampu beli ialah rumah sebesar itu di Nilai , Seremban 2, Sri Sendayan RM350,000 sebuah tetapi kalau kerja di KL .. kita kena bangun jam 0500 pagi .. rush memendu ke KL .. dan pulang kerja jam 0830 mlm setiap hari. Mahukah kita berkeadaan sedemikian dari sekarang hingga kita jatuh mati dgn sendirinya? Gila. Apakah dasar yang dijalnkan oleh kerajaan - di mana kita lihat .. hanya kaum tertentu sahaja yg mampu beli rumah dekat dgn pusat bandar KL.

(ii) jika kita seorang isteri sepenuh masa, kita kena masak cepat cepat pada waktu pagi pagi hari, kerana anak-anak dan suami mahu keluar awal dari rumah menuju ke sekolah dan opisnya. Mereka kena keluar awal untuk mengelak trafik yg semakin gila. Jika kita keluar lewat besar kemungkinan trafik jam / accidents dari saiz kecil ke saiz yg lebih besar. JIka kereta kita bersesek dgn kereta org lain .. itu accident bersaiz kecil/ jika kereta kita hancur bahagian depan itu dinamakan accident bersaiz sederhana dan jika accident berlaku yg mana nyawa kita terbang ..itu accident bersaiz besar. Semua ini berlaku kerana kita tak mahu keluar dari rumah awal awal sedikit dari biasa contohnya jam 0700 pagi di Parit Raja.

(iii) kita mengada kenduri khawin awal awal sedikit kerana ..di hujung tahun ..Malaysia mengalami keadaan hujan dan musim tengkujuh. Payah nak layan tetamu jika khemah kenduri ditimpa hujan yg lebat bercampur dgn angin ribut yg kuat. Untuk mengelak ini semua, trend sekarang ialah .. buat majlis khawin kat dalam Dewan Orang Ramai. Tetapi kos tinggi dan kita kena buat catering. Kos katering sangat menakutkan ibu bapa mana mana pun. RM11 satu kepala. Jika kita jemput 1000 orang .. mengikut teori .. kita kena fork out duit sebanyak RM11,000 hanya untuk makan minum sahaja. Belum lagi kos yg lain. Pendek kata sangat lah mahal ..zaman la ni.

Untuk kurangkan kos , ada ibu bapa ..tekan anak anak khwain awal awal tahun katakan bulan 5 - 9. Insyallah hujan pun tak turun kot. Tak payah pakai dewan dan katering pun. Buat ala kadar sahaja. NIat jgn fikir org datang ..akan menghulurkan duit apa apa . Senang jiwa kita suami isteri. Insyllah.

Sekian. Wallahu aklam. Kita kena laju sedikit la ni.

0 comments:

Post a Comment