Pesan arwah ayah

Posted by sazali

Salam


Aku miss arwah ayah. Kalau memandu , dia selalu bercerita pasal ..nilai tanah - harta tok nenek kita org org melayu.


Kalau kau bergelar seseorang yg berpelajaran tinggi LI, jangan jual tanah air aku. JIka tidak, tidak ada nilai ilmu pengetahuan mu selama ini yg kau gali dari Malaysia hingga overseas.

jangan jual tanah ..semata -mata nak pakai kereta mercedez. Kereta turun harga selepas 10 tahun tetapi tanah tetap bernilai tinggi hari demi hari. Tetapi aku tengok rama anak anakmelayu ..cepat cepat jual tanah pusaka toknenek moyang mereka.. cepat gelap mata jika cina toke ' tawarkan tanah itu dengan bilion ringgit harganya. Contoh di Lembah Klang dan Pulau PInang.

Ke mana lagi nak org melayu nok gi ..jika politik kita tewas dan perniagaan kita tewas lama dah. Kita tak tahu .. nasib untung anak anak cucu ciicit kita 50 - 100 tahun dari sekarang. Jika kau ada degree ..tak semesti nya anak cucu cicit muu akan ada degree dan hidup senang lagi dan lagi. mana ada gerenti hidup ini. Anak cucu cicit pandai pandai belaka.

Tanah kampung adalah tanah air kita. Kita mesti pertahankan sampai ke titisan darah terakhir. Bilang arwah ayahku. Nilai kampung melayu kito ..tidak ada harga , anak ku. Itu melambangkan susah payah, pengurbananan tok nenek moyang mu ..buat padi dan menoreh getah turun temurun. Jangan kau gadaikan tanah ini demi wang ringgit, kereta mewah atau rumah banglo ala british atas bukit curam .. Highland Towers. Tanah aku ni ..jauh berharga ..dari semua rumah di LembahKlang itu. ia mewakili tok nenek aku .. selama ini. MU faham kor .. anak anak ku yg akan datang?

SEkian. pEsan atuk kat abah dan now pesan abah kat kau orang wahai anak-anak ku.

Jangan jual tanah Gaal, Pasir Putehitu sampai bila bila ..jika kau ada otak berpelajaran tinggi MRSM, Maahad Muhammadi, Naim Lil Banat, Kolej Islam Klang atau universiti mana-mana pun. Nok sebut pun payah.

Ingat tu wahai anak-anak ku.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment