guru darjah dan ketua darjah

Posted by sazali

Salam

Seronok mengajar di SM Tumpat dan SM Kota, Wakaf Che Yeh.

Jawatan tertinggi saya di situ ialah Guru Darjah.

Skop jawatan ialah 10.  Salah satu ialah melantik ketua darjah.

2)  Skop jawatan ketua darjah ialah menjaga keadaan bilik darjah semasa guru tidak ada dlm kelas.  Catit mereka yang asyik keluar untuk ke tandas tanpa henti dan .. jgn lupa cari guru guru tersebut yg belum belum masuk ke kelas lagi.  Kasihah juga ..ketua darjah saya ini.  Semua dijalankan tanpa ada wang pampasan atau hadiah.  Tetapi .. so far ..saya mendengar dari jauh ..kebanyakan mereka (ketua darjah) sangat berjaya dalam kerjaya masing-masing.  Paling tidak ..mereka mempunyai saiz famili yg besar juga.  He..he..he...  terima kasih yer ..tolong cikgu /

3) Selalunya kita pilih pelajar yang bersaiz 'besar' mcm Mike Tyson unrtuk menjadi ketua darjah. Dengan fizikal begitu, banyak masalah dapat diselesaikan.  Kadang-kadang kita sebagai guru tak payah masuk campur pun ..semua benda dah settle.  Tq Mike Tyson.

4) tapi ada lagi .. faktor mengapa kita pilih mike tyson ini. Selalu nya kita mahu yg cerdik sedikit ..mewakili kita guru darjah.  Kalau tak cerdik, kita juga yg huru hara dengan guru besar/ pengetua.

5) Dari sini, kita dapati bahawa sebagai guru darjah , proses pemilihan ketua darjah perlu sedikit fajktor kecerdikan (bijak bistari).  Kebijaksanaan ini merangkumi ilmu pelajaran dan pandai bergaul dengan rakan-taulan.  Kecerdikan seseorang pelajar tidak datang sekelip mata ..dia mengambil masa yg lama juga ..  tapi rumusannya ialah kita perlu kecerdikan dalam banyak perkara.  Guru lain pun menghormati kita jika ketua darjah kita pandai menjalankan tugasnya dengan baik.

6) Begitu jugalah negara ini.  Guru darjah ialah Mr XXX dan ketua darjah boleh diwakili oleh ramai menteri dengan  jawatan jawatan portfolio tersendiri.  Tetapi pokok pangkalnya kena cerdik.  Betul tak?  Tengok parlimen Singapura.  Rama ahli parlimen Singapura ada degree, masters dalm bidang sains, tahu?

7) Seminggu ini kita mendengar dan membaca banyak perkara tidak sedap mengenai negara ini.  Pertama, duit kita semakin menurun nilainya.  Dulu 1RM bersamaan dengan 10Baht duit Thailand. Sekarang dah menyusut RM1 bersamaan dengan 9Baht.  Dengan duit Euro ..
 makin kecil duit ringggit malaysia ini.  Orang kata ..ekonomi kita tak sihat seperti dahulu lagi.  Harga sawit makin turun dan harga getah pun begitu juga.  Bila benda ini berlaku ..  ramai rakyat susah.  Kena pulak tuhan kasi pukulan Mike Tyson ke Kelantan baru baru ini .. banjir paling besar dlm sejarah.  Lagi susah rakyat kita melata-lata.

Kedua, mengenai polis, kepolisan dan ..mcm mcm pasal polis.  Salah satu ialah ketua polis negara (rujuk Malaysian Insider Minggu dari 01 Feb ~ 25 Feb 2015).  Ada juga statement dia ..  org ramai kata tak berapa cerdik.  Tak mahu bukak fail penyiasatan mengenai kes antantoya mongolia ..  lagi sehingga ada ..apa entah.  Yang pelik ialah ..  sairul polis komando itu dalam penjara Australia.  Kenapa Sirul tiba tiba ada di Australia sedangkan kes dia masih belum tamat lagi di negara ini.  Selalunya ..payah nak dapat pasport antarabangsa .. bila kes kita berprofil tinggi.  Satu lagi . apa polis buat semasa Sirul berada dalam penjara di tanah air ini?

Sekarang bila Sirul berada di luar negara .. ramai orang bising dan buat buat sibuk.  Semua mungkin berpunca dari polis negara ini.  Bekas Ketua Polis Negara ...bising bising ..  kat luar .. suruh itu dan ini dari Ketua Polis Negara yg sedang disandang oleh Tan Sri Khalid .. pelik bukan?  Bila ini berlaku ..  ramai orang pandang 'serong' kepada sistem kepolisan negara.  Balik semula kepada cerita asal di sekolah. rupa rupanya ..

Kedua-dua Ketua Polis Negara ini merupakan Ketua-ketua Darjah lah ..

Dan siapa dia ..  Guru Darjah di sini?

Tadi saya ada bilang ..  kita keno cerdik ..  pilih guru darjah Mr XXX dan ketua darjah bukan?

Kalau tidak apa jadi ..  murid-murid?

Jawapan ada 5.  MCQ.

A=   huru hara
B=  nama negara tercemar
C =  nama baik negara terus suram dan masam
D =  tabik hormat orang kepada polis semakin lemah- longlai
E = semua benar Cikgu

So ..mu jawab gapor Bidin?

Ha..ha..haa..

Kasihan kita rakyat jelato .. pakat pakat suko.

Sekian.

Wasallam




0 comments:

Post a Comment