tiang gol sudah lari

Posted by sazali

salam

Dulu Wawasan 2020.
Sekarang T50 pulak.

Nampak sangat Wawasan 2020 tak tercapai.

Kalau main bola, gila kita nak sumbat goal.

Dulu waktu main bermati matian kita dah plan ..tiang goal di situ.
Tetapi bila permainan semakin teruk
pengurusan bolasepak cakap ..lupakan tiang goal itu ..kita beralih ke tiang goal yang jauh sikit.  Di luar Stadium Sultan Muhammad ke 5 itu.

2)  ini semua kerja gila.

Patutlah Negara kita ..  tak dapat promote sesuatu produk pun ke dunia luar secara konsisten.

Paling menghairankan ..ramai cerdik pandai di university
tak komen apa apa ke ..kepada kerajaan

mengapa sibuk T 50 itu?

kita perabih dululah wawasan 2020 ini.

Tengok apa yg sudah tercapai?
apa yang belum tercapai ..dan mengapa?

apa kah strategi untuk cepat cepat mencapai target?  Kita ada staf kerajaan 1.6 juta orang.  Pencen sahaja berbilion RM setiap tahun ..apa faedah, produk yg kita dapat?

--

Begitulah sepatutnya?

Bila wasasan 2020 diketepikan banyak wang Negara terbazir begitu sahaja.

Banyak hutang Negara tak .. ada justifikasi ..mengapa aliran wang terkeluar dan apa faedah yg diperolehi setakat ini?
Hairan ..

Negara menghantar ramai org cerdik pandai ..ke luar Negara
belajar itu dan ini

mengapa kita nak dengar 'nabi' yang tiba tiba  mahu kita fikir T50 itu?

3)  dalam KPM
satu masa dulu ..kita kalah teruk dengan Thailand, Vietnam dan Singapura dalam ujian matematik TIMSS dan PISA 2014

alih alih buat BluePrint 2013 - 2035?

Cepat betul kita ..  panic.
Orang panic ..kita tak akan ke mana mana.

Dulu aku pernah failkan budak arab dari Iraq.

Mengapa?

dia cepat panic.

Bulan ni ..tajuk research pasal Manchester United

bulan depan ..tajuk research CHELSEA pulak.  Gila kan?
Penat membaca proposal dia ..alih alih selepas kita sudah mula faham ..skop kajian dia..  dia buat keputusan hara-kiri pulak. Jawabnya  dia FAIL!

Sakit tenat Dekan PPS  university aku. Dengar khabar sampai sekarang belum pulih 100%. 

Aku tak simpan lama student begini.

Aku failkan dia.

Sibuk embassy mereka .. itu dan ini  datang nak interview aku.

Ha..ha..ha..


4)   kalau kita orang yang ada integrity
kita tak ikut trend di atas.

Sekejap  Wawasan 2020
sekarang T50.  Ini bermakna kita mahu bawa rakyat buat kerja bodoh selama 30 tahun lagi.
Syabas!

5)  kalau kita settle Wawaasan 2020 dengan elok
kita akan dihormati.

Gentleman.
Kita mengaku ..kita lembab dalam banyak perkara.
Lembab itu dan ini.

Honesty is good. Ramai orang nak tolong jika kita jujur.

Walaupun duit banyak yang telah digunakan untuk PERMATA itu dan ini
apa boleh buat ..terlampau banyak orang yg jadi YES man sahaja dalam pengurusan dan membuat keputusan.  Apa kita dapat?

Jika kepala SMART
sudah tentu .. Wawasan 2020 tercapai ..nak jadi Negara maju .
Konon konon lah.

Saya setuju ..orang dari Akhbar Nan Yang siang pau ..kritik  kerajaan hari ini 22 MEI 2017
macam mana nak jadi Negara maju bila:

*  remaja ramai main rempit di tengah tengah malam
** tandas awam hancur/  sepatutnya tandas ini dibomkan sahaja.  Cukup memalukan ..dengan air najis melilih hingga ke luar.  Kita kena import orang Nepal dulu baru cantik tandas kita di R&R

Dasyat kan?

** polis nak buat 'side income' macam guru guru KPM jual macam macam musim puasa dan hari raya

***  cuba check berapa buku 1st class dari Negara ini yang digunakan oleh pelajar luar Negara ..
belajar degree, masters dan PHD di England, Amerika , Jepun, China dan India.

kalau setakat cerita pasal nabi ..  dan fadhilat .. memakai tudung jer..

bagaimana nak jadi Negara maju ..wahai abang dan kakak?

Kalau professor itu dari bidang matematik, ciptalah satu logarizam unik supaya orang jepun dating belajar dgn kita bertahun tahun lamanya. Baru ada gaya first class nation.

Sedarlah sikit.

Buat lah buku buku yang bagus bagus ..  biar anak anak bangsa seronok tengok orang Jepun pakai buku kita pulak dalam kuliah mereka di Jepun.

Boleh?

Sempena bulan puasa Ramadhan al Mubarak ..nak mohon maaf lah.
Maaf banyak banyak .. apa boleh buat ..  penat main bola tiang lama ini tau?

Sekian.

Nasib baik aku bersara awal.
Main bola tiang goal asyik berubah ..cepat kita mati tau?

Dasyat.

SEkian.
Wasallam

rehat

Posted by sazali

salam

KIta mesti berehat.
Di sekolah, jam 1000 pagi adalah waktu rehat.
Murid-murid/pelajar beratur untuk mengambil makanan secara berbayar atau percumadi kantin sekolah.
Tujuan berehat ialah .. memberi masa untuk kita makan dan minum dan bertegur sapa.
Banyak kebaikan waktu berehat ini.

Pertama,kalau kita tak beli karipap ,keropok dan ubi goreng  mak chik ..sudah tentu ekonomi mak chik kantin susah nanti.  Di sini kita boleh pahala secara tidak disedari.

Kedua, boleh belajar cara makan dari guru guru kita di kantin.
Bila mereka makan dengan menggunakan / membaca doa ..secara tak langsung kita boleh beramal doa doa yang banyak tertampal di dinding kantin itu.  Makan secara sunah ..banyak pahala kita perolehi.  Alhamdulilah.

Makanan favourite saya waktu rehat ialah mee sup.  SEdap dan mahal.  Tetapi jangan risau tak semahal beg tangan cikgu cikgu perempuan di sekolah itu.

--

Waktu puasa ( Ramadhan) jika tuan sempat ke Pakistan , mereka berehat dari bekerja sepanjang bulan ramadhan.

Senang sedikit mereka focus untuk menjalani ibadat puasa selama 30 hari itu.
Puasa beres.
Sembahyang terawih pun beres.
Tadarus Al Quraan pun beres.
Macam macam beres.

BUkan macam Malaysia sebuah Negara Islam contoh ini.
Waktu kerja tetap sama.

Jam 0800 pagi ..kita umat islam mesti punch kad.  Masuk kerja.
Bayangkan mak chik mak chik baru bersahur ..
pening kepala mereka. Uruskan anak anak ke sekolah,
seterika baju suami lah, kemas kemas dapurlah ..

rush ke sekolah dengan keadaan pening, tak cukup tidur.

Kesannya..  ada berlaku tragedy.
Kemalangan jiwa ..  di jalanraya lah,
masuk parit lah ..
maklumlah pemandu  tak cukup rehat.

--
Kita bukan Robocop tau?
ingat tu.

Sayangi lah diri anda.
Klau nak beribadat 100% puasa pun
ingat Negara ini secular

kita diminta berlumba dengan kaum lain -cina dan india.
kalau main bola di masa kita berpuasa

Ronaldinho , Ronaldo ..pun boleh jadi maut.
Mengapa?
badan mana boleh berlari ..  berkilometer jauhnya atas padang yang bodoh ..  tanpa minum air.
Betul tak?

Prestasi saya .. sangat rendah pada bulan puasa.
Maaf begitulah hakikatnya.  Saya bercakap benar.  Kalau kita pergi ke surau politeknik, sekolah, KK raai staf tidor waktu tengah hari sebelum zohor.  Best?  Itu staf lelaki.  Tak tahu  pula staf perempuan.  Mungkin mereka ke pasar kot.

Banyak riwayat dalam kitab kitab agama .. peperengan besar islam dengan kafir berlaku waktu ramadhan.  Orang islam menang. Why? penulisnya dari orang orang islam.
SEkarang jika berperang..saya lah orang paling awal shahid.
Mengapa?
kalau tak shahid awal pun
jangan risau ..lama lama bila berperang ..kita shahid juga.  Baik shahid awal lah.  Cepat sedikit masuk syorga!  Alhamdulilah.
tak larat nak pikul pedang dan tombak itu dan ini.
Cubalah ..  berat nak mampus ..senjata senjata yg digunakan oleh pahlawan islam Sayiddina Khalid Al Walid itu.

Sebagai rumusan,
waktu rehat eloklah kita berehat.
Waktu Ramadhan ini pun , eloklah berehat.
JIka saya dilantik PM
saya kasi 2 bulan rakyat di sini berehat.
BUlan pertama ramadhan ..all rehat.
Bulan kedua ..syawal ..rehat juga supaya ..  boleh beraya di seluruh kampong halaman, Bandar, negeri dan Negara tetapi

selepas rehat ..

waktu kerja ..  bermula  jam 0730 pagi dan pulang opis jam 0700 malam.

Ok tak?
Sekian.
Allah Taala sayang kita jika kita ikhlas dalam semua ibadat kita.
Jangan berlakon.  JIka penat , tidorlah.
Tak payah bergegas gegas ke sekolah.  Bahaya! (bahaya kepada orang lain di jalan raya itu).
Wasalam.
 

buat baik dibalas 10 kali ganda

Posted by sazali

Salam

Baru habis membaca buku REZEKI MMR1  dan MMR2 oleh ustaz Fathuri Salahuddin
bagus sekali.

Banyak amalan kita akan dibayar 10 kali ganda seperti:

* sedekah RM50 hari ini ,  tiba tiba tuhan kasi balasan RM500 tak terduga kita
*  sedekah tenaga kita yang sedikit, tiba tiba Allah beri kita nikmat sihat untuk menjual bermacam macam lauk pauk di bulan Ramadhan yang mulia ini


Betullah ,,buat baik ..jika kita yakin 100% bahawa Allah Maha Kuasa
semua itu akan dibalas oleh Allah Jua.
Ameen.

Cuba di fasa begini?

a) dekat dekat dgn akhir bulan
kita beri sdekah memberi makan 10 orang fakir miskin di Masjid Kampung Pandan
untuk berbuka puasa

boleh tak kita settle duit bank 3 bulan dah tak bayar duit kereta BMW itu?

b)  dekat dekat nak datang dah tuan rumah
kita sedekahkan duit RM100 kepada orang Rohingya

boleh tak tuhan tolonng settlekan tunggakan sewa rumah kita setahun dah ini?

TRy?
tak cuba tak tahu.

Bagus kita eksperimen seperti di atas.

Allah Maha Agung.

SEkian.
Wasallam

Bulan puasa

Posted by sazali

Salam

Tak lama lagi bulan ramadhan akan menjelma.
Ramadhan paling terbaik untuk beramal kerana semua amalan akan berlipat ganda ganjarannya.

Ramai orang menunggu nunggu kedatangan bulan ramdahan yang Mubarak ini.
Mengapa?

1.  makan free di masjid, surau
Kalau satu hari jimat RM10, sebulan orang islam seperti pelajar university boleh berjimat RM300 dah.

2.  makanan semua best best di pasar pasar.
Orang cina. india suka sangat  bulan puasa di KOta Bharu Kelantan.
SEgala moknikan makanan dan kueh mueh akan dijual di tepi tepi jalan terutama di pinggir Bandar.
Walaupun mahal, setahun sekali apa salahnya.

Kasihan ..
orang cina sedap makan
kita orang melayu masih lagi berlapar.
Kasihan.

Kadang kadang bila terlalu sedap makan seperti nasi kerabu ayam percik YATI
terlupa kita nak khatam al Quraan.

terutama dekat dekat nak maghrib.  Sepatutnya kita berdoa supaya kita
menjadi ahli syorga,
dosa kita beranika jenis ..semua tuhan ampunkan sempena bulan puasa tetapi bulan makan macam macam ini.

Apa boleh buat?
sudah dekat nak kiamat dah ..

iman kita hanya 10% sahaja
kerap solat itu ini , ada orang sanggup menipu
kerap berumarh pun, makan harta anak yatim dan rakyat semakin menjadi jadi

Dulu tahun 1900 , mana ada ustaz  makan duit zakat
sekarang tahun 2017 macam macam sudah berlaku.
Dasyat.
Tengoklah kes pegawai zakat pulau pinang berpakat pakat dgn kontraktor ..melarikan duit zakat untuk maksud 'perut' mereka sendiri.

Aduhai ..cukup memalukan bukan?

Apa apa pun jom kita menjalankan amalan amalan baik di musim puasa ini:

a) puasa biar gred A ++
b) jaga mata dan mulut laser
c)  jual jer handset itu
tak payah FB, watsapp selama sebulan ini.  Boleh?
Mati tak ..jika kita bergaduh dengan FB atau Watsapp

d) banyakkan sembahyang sunat terutama hari JUmaat, Sabtu dan Ahad
buatlah solat dhuha, tasbeeh, tahajud ..try lah.

Dulu musim rambutan dan durian kita beri banyak alas an
sekarang musim serba mulia dan ganjaran berlipat lipat kali ganda
jomlah kita buat amalan beramai ramai

tadarus al Quraan,
belajar mengaji ..muqaddam
betulkan sebutan huruf huruf al Quraan itu.

bila betul sebutan al Quraan
kualiti solat kita bertambah baik dan disayangi oleh Allah Taala
doa banyak banyak sedikit untuk ibu kita itu.

Kalau Tanya aku, apa plan bulan puasa ini:

* aku nak keluar dakwah 10 hari terakhir bulan puasa
keluar dakwah dengan rakan rakan tabligh di kampong

** banyak duit boleh jimat jika ' banker' tidak ada di rumah pada waktu waktu kritikal begini.

Cubalah.

Tak kiamat punrumah tangga jika kita MIA pada waktu waktu sedemikian.

Entah entah bila balik saja dari dakwah
rasa sayang isteri semakin meningkat.

In syalllah.

SEkian.
Marilah kita beramal dengan baik kali ini.
Bayangkan ini adalh ramadhan terakhir kita.

Ayuh.
Wasallam

amalan baik orang melayu

Posted by sazali

Salam

Orang melayu memang terdiri dari manusia yang terbaik di dunia.
Pernah termimpi, ramai penghuni syorga adalah orang orang kita.
Tengoklah senarai amalan baik orang orang melayu di sini, Indonesia dan Brunei Darul Salam.

Orang melayu suka:
1.  memasak lebih sedikit , untuk maksud berkongsi dengan jiran sebelah rumahnya.
Dari amalan ini, mereka dapat berkenalan satu sama lain.

2.  menolong orang orang susah terutama fakir miskin dari Negara luar.
Tak percaya ..tengok sahajalah selepas sembahyang jumaat di Negara ini
ada orang Arab Palestin ke, Pakistan Karachi ke ..jika mereka bukak serban mereka di tangga besar masjid, untuk maksud derma .. sudah tentu kain serbannya akan dipenuhi dengan RM.
  Atas sebab itu, mereka akan datang ke Negara ini berkali kali walaupun masjid di Negara mereka sudah lama siap.

3.  membawa orang ke masjid, Bandar dan ke kedai

Di tengah jalan, jika ada orang yang berhajat untuk ke masjid, surau..
jika mereka tahan kereta kereta yang ke masjid juga
sudah tentu orang kaya melayu akan tolong membawa mereka ke masjid untuk bersembahyang bersama-sama.  Mereka tak lokek pun.  Kalau sebelum ini kereta mereka ialah PROTON, selepas berbuat baik ke masjid itu pun PROTON mereka tetap unggul dan ternama.  Tak luak apa apa dari segi lunturnya warna kereta atau pun lain-lain lagi.

4.  ada guru menumpang anak anak murid murid ke sekolah.
ada pensyarah menumpang pelajar-pelajarnya ke university atau dewan kuliah

Payah nak jumpa ini di Saudi Arabia.  Di sana semua kena duit.
Tak percaya Tanya jer mak chik mak chik yang baru pulang dari umrah atau Haji
mana ada free di sana.

Upah haji mahal.
Upah mengelilingi kaabah pun mahal
naik bas ekspress pun dikenakan berbagai bagai charge/ tambang

atas sebab itu ..Saudi Arabia semakin kaya raya.

Kalau aku Mayor, Ketua Bandar, Bandar Mekah
sudah tentu aku kasi semua benda percuma.

Mengapa?
Mereka adalah tetamu Allah.
JIka kita melayan tatamu Allah , sudah tentu ganjarannya syorga.
He..he..he..  nak apa lagi kan?

Jadi cerita dalam isra mikraj bahawa ramai penghuni neraka adalah orang itu dan ini
saya rasa .. tak ramai orang melayu malang di sana.
Mengapa?

ramai kita sudah berada di syorga. IN sya Allah kecuali
kaki penipu, rasuah, buat buat cerita, tak ikhlas, boros dan macam macam lagi.

Percayalah..
jika kita membantu orang susah di dunia
Allah akan membantu kita pula berkali kali di mana mana jua.

Sekian.
Fikir fikirkan lah.

Wasallam.

alahai big police

Posted by sazali

salam

Arwah ayah saya polis.
Nombor polisnya PC 10452.  Police Constable. Prebet.
Paling tinggi pangkat dia sebelum bersara ialah korporal.  Dua cekok di bahu baju polisnya.

Hidupnya susah.  Gaji akhir sebelum pencen ialah RM800 sahaja. Bersara pada tahun 1985.
Aku jadi guru , dia pun pencen.

2) kasihan dia,  aku
nak beli buku fizik Tingkatan 6 pun tak cukup duit. Nelkon Physics ..RM50 ..bila aku beli ..terbeliak biji mata dia..kerana harga tersebut cukuplah mahal.

3) ini lain dengan geng polis di Melaka Tengah pada 17 Mei 2017.

OCPD  -  polis paling tinggi punya pangkat dalam satu satu kawasan seperti Melaka Tengah.

arwah ayah cukup hormat pada semua OCPDnya.
ASP - Assistant Superindentemnt Police pun ..arwah ayah cukuplah hormat.
Kalau dia di tandas ..jika ada panggilan balai dari ASP ..  rasa rasa arwah akan cepat bertindak ..lupakan makan minum semata mata tugas negara dipikul oleh OCPD, ASP

tetapi sayang ..semua kehormatan, ketaatan ..
begitu sia sia belaka pada era Datuk Seri Muhammad Najib Tun Razak.

Why?
kerana OCPD, AS dan inspektor ..  tergelap mata.
'ter'  perbuatan tak sengaja.
tetapi mengikut laporan akhbar ..

bukan 'ter' dah ni ..

memang sudah lama menjadi tabiat, peeel, nak makan rasuah
tolong orang jahat ..ibu ayam, toke judi ..dan mcm mcm.  Balasannya ialah

mereka dapat habuan dari orang orang jahat berbentuk wang,hadiah itu dan ini .
Bukan sedikit ..

3) hasil rasuah ini .. ada kereta kereta mewah,jam tangan mewah di pakai oleh James Bond, dipakai oleh jutawan jutawan Amerika,, perabut Italy engkau ..kalau setakat gaji , elaun polis
banyak manalah duit.

Ini tidak..semua orang kaya ada ..
si polis polis ini ada juga.

Dasyat!
4) Mengapa terjadi benda benda begini?

tak payah bincang sangatlah ..
nama baik kepolisan di negara ini sudah hancur sehancur hancurnya.

Dulu wayang India sahaja tunjuk hero kejar adiknya ketua perompak.
Sekarang dalam negara islam contoh
tiap tiap hari orang cina, india, kafir dihidangkan dengan sarapan

'beginilah kehidupan sedap orang orang di dunia bernama .....

in sya allah selepas ramadhan ..Allah akan ampunkan semua dosa'.

5) Barah rasuah di negara ini sudah mencapai satu titik .. tahap 4, 5 ...  selepas ini ..mati.

begitulah.

6) apa patut kita buat sebagai rakyat?
kita kena desak kerajaan ..buang jer ..

pegawai kerajaan yg tidak jujur ini.
kalau menteri ..rasuah .buang jer .. buat apa nak siasat itu ini..merugikan masa , duit rakyat

kalau penat ..  bunuh ..macam era Idi Ameen di Ghana.

Bila rakyat jelata nampakhukuman bunuh ini dijalankan di masjid, surau, kawasan bandar
insya Allah ..  barah rasuah ...boleh dikawal. Contohilah negara Saudi Arabia.

Paling berkesan tukar jer barisan kerajaan serba sedap ini.

7) Saya cukup kecewa .. sebagai anak polis dengan contoh teladan ..
yg ditunjukkan oleh sesetengah

pegawai pegawai atasan polis, askar, kastam, imegresen

satu hari nanti ..  guru, pensyarah pun akan menjual semua kertas soalan .dengan harapan dapat duit lebih dan hidup mewah.

Hasil kemewahan itu ..kita boleh ,melancung, main golf di California, Miami ,shopping di London,
kutip semua beg yg kecil-kecil untuk maksud menyimpan botol lada jeruk , bawang jeruk se biji dua nak makan KFC, McD di kota London dan New York.

Kalau tanya budak budak SPM 11 A ++
apa fungsi beg mewah tetapi saiznya terlampau kecil ini?

ha..ha..ha..

bila sudah mabuk duit,
benda tak perlu pun .,..  nampak terlampau kepingan untukmempunyainya - status mewah bila memakainya.

Kalau aku tanya ibu..
mesti dia pilih beg yg besar sedikit untuk maksud
toto, kelambu, ubat nyamuk dan mcm mcm. Lebih betul otak ibu ku ini dari otak orang kaya hasil rasuah .
astagh firullah

bertaubatlah segera.
minta ampun dengan semua rrakyat di negara ini.

Aku tunggu satu hari aku nak tuntut semua kebaikan orang orang pangkatnya besar berpakaian oren dlm lokap SPRM
yg akan, telah pergi berumrah, haji itu ini, solat tasbeeh dan bertaubat di musim ramadhan tak lama lagi.

tuntut apa?
rasa malu yg teramat sangat.  Malu rakyat itu mahal.  Mampuslah depa tu.  Maaf.

Sekian.
Amacam?

Wasallam



cukup memalukan

Posted by sazali

salam

Di kampong gelaran ustaz dan ustazah cukup tinggi dan mulia pada pandangan  masyarakat.
Tetapi mutakhir ini,
di Pulau Pinang, Jabatan
Zakat Pulau Pinang dicemari , dimalukan apabila satu team 'ustaz' telah menyelewengkan duit zakat bersama sama dengan kontraktor.

2) Dalam akhbar Star ..
satu bala sedang berlaku.  Remand extended.

3)  Kalau TLDM Lumut tahun lalu
ada pegawai tertingginya terlibat dengan 'rasuah'
rasa rasa boleh dimaafkan lagi kerana
tahap kefahaman agama, akidah dan iman dalam kalangan mereka yg bukan 'ahli agama'
tidak seberapa mantap lagi.

Tetapi jika 'rasuah' dan penyelewengan dalam kalangan ustaz
berlaku
ini satu bala
dan tamparan besar bagi kumpulan kumpulan agama islam di Negara ini.  Apatah lagi Negara ini terkenal sebagai 1 model Negara islam di seluruh dunia.  Bahkan al marhum Tengku Abdul Rahman adalah orang besar dalam OPEC/ secretariat islam se dunia satu masa dahulu.

Bagus dibuat post-mortem mengapa ini boleh berlaku?

Faktor berikut mungkin ada asas kebenarannya:

1.  pergaulan antara pegawai agama dengan pihak luar tidak dijaga
2.  tahap keimanan orang beragama pun sudah jatuh ke tahap yang tragik;tamak harta; tamak kebendaan
3.  tompok tompok dosa kecil jika dibiarkan akan membesar
maka satu hari nanti pengkhianatan dalam urusan zakat (duit) tidak menjadi satu masalah besar lagi
4.  taqwa, taqwa, taqwa -  di mana kau berada?

Apa itu takwa?
Adakah ia se ekor harimau/ singa/ buaya yang patut ditakuti oleh umat islam?
Selalu istilah taqwa disebut sebut dalam khutbah jumaat di seluruh dunia
so ..apakah itu takwa?

Mengikut Ustaz Saifuddin ( Panji, Kota Bharu) dalam bukunya

Taqwa ialah takut melakukan larangan , tegahan Allah dari kita melakukannya.
Seperti perzinaan, penipuan, khianat duit anak yatim dan asnaf, perjudian , saksi palsu. Kita ditegah melakukan semua itu ..walau dalam apa jua keadaan sekali pun, maka kita tetap bertaqwa dengan mentaati segala suruhan Allah sama ada yg wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

*
MALU

kita jika ada takwa ,,, mesti ada perasaan malu.
Malu untuk menipu sewaktu menyeleweng duit rakyat yg membayar zakat perniagaan, zakat harta, zakat pendapatan dan lain lain.

Duit zakat ditujukan khas untuk faedah anak anak yatim, kumpulan asnaf
dan orang orang miskin tetapi beragama islam.

Jika ada ustaz mencuri duit zakat ini
ustaz itu tidak ada rasa malu kepada Allah sedikit pun lah.

Dasyat!

jika budak berhingus tak malu ..rasa rasa ok jugak
tetapi jika ustaz berumur 50, 60 tahun
entah apakah makna ustaz ini?

Kasihan.

Dunia sudah nak khiamat.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Memalukan seluruh umat islam pada hari ini.

Bertaubatlah.

Sekian.
Buatlah sesuatu.
Buang ustaz ini ke daerah lain sebagai hukuman.  Amacam?

Dulu guru yg lawan kerajaan dihantar ke Sabah/ Serawak
bagaimana dgn mereka yg khianat dengan duit zakat orang orang islam yg miskin ini?

Wasallam

Rujukan
Tazkirah bagi Orang Mukmin
Bertakwalah anda di mana sahaja.

Ustaz Saifuddin (2017). No 8


Amanah Part 1

Posted by sazali

Salam

Bilaertitah  khawin, tukang nikah sebut banyak kali pasal amanah.
Jangan tipu tipu pasangan masing- masing.
Mengapa?
Semuga kalian berbahagia mulai saat perkhawinan hingga ke saat kematian.

Bila berjawatan , JPA selalu ingat kan kita biar jadi pegawai yang beramanah.
Mengapa?
Ada 5 sebab:

1.  isu integriti
2.  maruah kerajaan
3.  halal semua makan minum kita
4.  majority kita beragama islam -  Allah mahu kita menjadi pegawai yang beramanah.
5.  hidup kita tenang dan in sya Allah umur kita panjang.

--
Dulu mana ada al sultan bertitah .. dia menyentuh pasal integrity.
Guru, pensyarah, professor
polis, askar, jururawat , bomba, imegresen, kastam
pemandu kereta kebal, pemandu ambulan dan
ustaz, ustazah, pegawai agama, pegawai zakat

mesti amalkan konsep integrity ini.

Bila ada integriti
bila ada manah
baru senang agama islam berkembang.

Sekarang setelah 60 tahun merdeka
berapa ramaikah orang cina, india sudah memeluk islam?

Di kampong tuan/puan
berapa ramai?

kalau tak ada seorang pun ..

mesti ada kaitan dengan amalan hidup kita seorang pegawai di opis kerajaan.
Sedikit sebanyak ada pengaruhnya.  Orang berbangsa asing selalu perhati amaln harian kita seorang staf kerajaan.  Besar nikmat kerja kerajaan ini apatah lagi jika bekerja berhampiran dengan kampong halaman sendiri. Pendek kata ..kerja dalam syorga.

Cuba tengok amalan ini:
masuk opis jam 0800 pagi
start kerja 0900 pagi
cakap cakap, bincang pasal harga ikan di pasar, orang parking kereta di kota bharu
betul betul kerja 0930 pagi,
Jam 1000 pagi -  rehat sekejap - waktu kopi panas dan biskut tawar di kantin
Jam 1030 pagi ..masuk opis semula
buat kerja, buat itu ini
terima pangilan luar ..
sibuk cari nombor fail
tak jumpa jumpa fail
oops.. tak ingat ..fail kita bawak balik hari itu
Mampus.
Boss nak nombor fail segera ..  ada kaitan dengan KOTA DARULNAIM ..pusat pentadbiran kerjaan negeri Kelantan

pegawai start motorsikal ..nak pulang ambik fail
tiba tiba ..nahas
motor dia melanggar budak sekolah .. budak ok ..dia meninggal
1200 thari - berita kematian diketahui
Staf semua dah sibuk; piker anak anak sekolah berumur 7 - 12 tahun
1400 tengah hari .. ramai staf dah ada di rumah si mati
1600 ptang ..  staf disimpan dengan baik di Tanah pekrkuburan
1700 petang ..  staf nak pulang rumah masing masing .. dengan perasaan sedih dan terkilan
2100 malam -  majlis tahlil

--

So macam mana ini?
Kalau kita buat  kerja dengan baik
mungkin tak mati mati pegawai kerajaan tersebut.

Betllah hidup mati semua di tangan tuhan
tetapi .. bak po  wat balik fail opis  tu?

Kasihan.

Itulah sedikit sebanyak sketsa ...
amalan integrity

Muga muga dapat sedikit pengajaran.

Yang baik dari Allah
Yang tak bagus ..semua kelemahan saya sendiri.

Sekian.
Wasalllam..

macam-macam

Posted by sazali

Salam

Macam-macam berlaku sekarang ini

Contoh popular

1.  rasuah - polis menerima rasuah dari orang kampong.  Bila ditangkap , polis ini dibuang kerja dan banyak benda sedih berlaku di dalam rumah polis tersebut.  Kehilangan pencen dan wang hadiah kerajaan bila dibuang dari perkhidmatan polis.

2.  rasuah -  Menteri kebas duit. Tipu duit rakyat.  Mereka berpakat pakat dengan pegawai pegawainya supaya semua urutan rasuah ini dapat dilakukan semudah yang boleh.  Hasil pakatan ini pegwaia pegawai melayu membuktikan wang yang banyak tersimpan di dalam mesin basuh, laci , cabinet dapur dan banyak lagi tempat di dalam rumah nya.  Bayangkan gelang emas dan permata sebanyak 1 ton berat dalam genggamannya.  Walaupun baru berkerja selama 10 tahun , jumlah emas 1 ton banyaknya.

3.  Umrah , haji , puasa ..semua ada muka dia dalam FB
Ini menandakan Allah cukup faham agama yang dianutinya.
Jangann risau .. Allah akan ampunkan semua dosa mu walaupun banyak seperi buih dilaut.  Kalau aku ini mualaf 3 hari, mesti aku berfikir ..inikah agama islam yang akan membawa aku ke syurga.  Inikah sifat sifat orang yang akan memasuki syorga Allah.  Semua benda buat di samping umrah, haji dan berpuasa.

Terbayang 1 periuk besar penih ayam halal. Dimasak ayam ayam ini berjam jam lamanya.
Sebelum diangkat, dimasukkan 2 mangkuk sop dan tulang babi.  Apakah yang terjadi pada  makanan mereka itu?

Bertahun tahun buat kerja baik baik untuk faedah rakyat.
Sebelum bersara, dicampor sedikit rasuah sana dan sini.
Apakah yang terjadi dalam rekod kita di sisi Allah Yang Maha Esa?

4.  pendatang asing
Dulu pendatang asing dari INdia menyelamatkan parti kerajaan.
Sekarang mungkin pendatang asing dari benua China akan mengambil alih ..peranan menyelamatkan parti kerajaan.  Mungkin. Entah betul entahkan tidak.
Pandai ..cukup lecik oarng orang kita agar barisan mereka yang kuat rasuah terus berkuasa.
Manalah tahu tak lama lagi pramid firaun buatan emas dan permata akan berada dalam semua rumah orang orang dari parti kerajaan.

5.  Jasa kerajaan cukuplaj banyak.  Membangunkan sekolah, memasukkan frog ulv agar pelajar pelajar semua boleh access bahan bahan bermutu dari seluruh dunia.
Jawatan kerajaan sudah mula dibuka.
Kasi orang melayu happy agar ..   bila mood happy banyak ..peluang menang oleh pihak parti kerajaan terjamin.

6.  Dulu PAS lawan gila gila UMNO/BN
Sekarang macam dah mula rasa UMNO brother dia.  Boleh masuk bawah ketiak UMNO demi menyelamatkan parti melayu / asobiah?

Begitulah ..macam macam benda sudah berlaku di bawah hidung saya sejak 50 tahun yang lalu.
Dasyat.
Tak percaya benda ini berlaku ..

blum 1000 tahun pun
pegangan agama umat islam sudah mula goyah.
DUIT kuat pengaruhnya.
Rasuah ialah DUIT.
Bila ada kuasa ..DUIT datang bergolek golek dalam laci , mesin basuh rumah kalian.
Kita makan banyak banyak  rasuah. Jangan bimabnag

time nak mati da;am Ward ..mkita bertaubat banyak banyak
kita infakkan duit kita untuk masjid dan pondok tahfiz.

Begitulah kepandaain kita beragama, beramal dan bertuhankan Allah selama ini.

Dasyat.
Azab Allah menanti semua kita.
Sudah bersedia kamu?

Wasallam. 

rasuah

Posted by sazali

salam

Setiap hari kita terbaca , membaca dan mendengar  berita mengenai  rasuah.

Pegawai kerajaan muda berumur 37 tahun  sudah mempunyai aset tak terbayang oleh kita.

Macam macam dia ada ..kecuali piramid Firaun sahaja.

motobesar ada, duit cash rm1 juta , rumah rumah mewah ..  jam tangan mewah dan lain lain  lagi.  Semua diperolehi se masa servisnya di PUTRAJAYA.

Begitu juga pegawai tua yang akan bersara ..penuh rumahnya dgn barang barang mewah hasil rasuah.  Bukan dia sahaja dipuja , isteri dan anak anak dipuja oleh semua kerabat kerana kekayaan yg bersifatt sementara.

2) syukur aku seorang guru.
apalah yang hendak dirasuahkan oleh kontraktor cina, india kepada guru melayu tua seperti aku?

ha..ha..ha..

syukur tuhan buat aku pasrah dan redha dgn tugas ku mengajar  dan menanda buku latihan pelajar d bawah amanah itu.

3) sekarang berlangsung ..ulangtahun UMNO yg 71

ini kiblat .. rasuah kot?.

dulu ..mereka berjuang atas dasar melayu menolong melayu

sekarang  tidak.

Ini boleh dibuktikan kes demi kes.  Jika kelebek fail di mahkamah Kuala Lumpur sudah tentu banyak bukti kes rasuah ini.

Kalau  kepala melarikan duit berbilion RM
jangan hairan jika orang orang bawahnya dirasuahkan oleh kontrator kontraktor berbangsa lain.

Tidak takutkah  mereka azab Allah menanti mereka ?
Atau mereka hidup berpandu hadis ..selepas Ramadhan Allah ampunkan semua dosa kita.  Begitu ke kefahaman  orang melayu terhadap agama Allah yg suci?


Kasihan.

Mengapa mesti kita puja UMNO lagi?
Mereka sudajh lari dari perjuangan asal Tengku, Dato Onn dan Tun Mahathir.

Dasyat.

Ada orang sanggup menghabiskan 2 hari cuti hujung minggu semata mata  nak dengar nasihat kepala 'shit'.( rujuk buku Shit oleh Shahnon Ahmad).

Dasyat.

Ayuh berubahlah.  Istighfar banyak banyak.  Kita kena berani berubah.
Bertaqwalah kita kpd Allah sebanyak banyaknya.  Takwa ialah takut kepada azab Allah yang menanti kita sejurus kita mati pada bila bila masa.  Ingat tu?

Tk. wasaam.        


panas

Posted by sazali

Salam

Sekarang musim panas di negara ini.
Bukan setakat Kuala Lumpur sahaja panas, Kota Bharu Bandar Islamik pun cukuplah panas.
Allahu Akhbar!
Kasihan bayi dan ibu ibu yang bekerja , bergegas ke sana sini bertudung dan macam macam assesori ..mesti panas ini.

2) mengapa panas?

mungkin faktor geografi
tetapi mengikut kitab kitab agama - kepanasan ini terjadi bila:

2.1 ramai umat islam tak menunaikan solat 5 waktu sehari
2.2 banyak maksiat merata riti (berzina, menipu,khianat amanah, rasuah, berjudi dan mengambil riba)
2.3 umat tak sabar - kereta terlekat dalam lorong terus bunyikan hon hon ..lantas ada orang menyerang dan terjadilah pertengkaran, pertumpahan darah , maki hamun
2.4 umat tergesa gesa mengejar macam macam benda kecuali keredhaan Allah
2.5 amalan riba sudah menjadi satu lumrah alam dari si pegawai yang rendah pendapatannya hinggalah kepada pemimpin -pemimpin politik (diandaikan) berpendapatan tinggi.  Ramai yang tahu riba itu haram tetapi mereka terus mengambilnya tanpa ragu ragu demi kelangsungan hidup
2.6  ibu bapa dilupakan
2.7 anak anak dilupakan , tidak dihiraukan dengan pendidikan agama dan akhlak yang baik
2.8  kurang sangat umat ini menjadikan pembacaan al quraan dan solat malam (tahajud) sebagai amalan hidup seharian
2.9 hukum hakam agama dipandang enteng
2.10  kurang sangat  kita berdoa kepada Allah

Semalam di kampung saya Pasir Puteh, kami menerima hujan selama 2 jam di petang hari
Syukur.
Mungkin doa kami diterima. Alhamdulilah.

Hari ni langit gelap sahaja .. tetapi hujan belum turun turun.
Dinasihatkan jangan membuang air dari tempayan lagi
tunggulah sekejap lagi
bila hujan lebat turun ..
boleh buang air kotor dari tempayan dan kita pakat pakat tadah air hujan yang ;bersih'. Boleh?

Sekian.
Harap dapat satu keinsafan. Allah tolong kita jika kita menolong agamanya.
Bagaimana?  bila anak anak muda sudah mula menjalankan solat beramai ramai dan mereka menjauhkan diri dari maksiat.

Insya Allah.

Wasallam


Baru segar demam

Posted by sazali

Salam

Syukur ..saya masih ada di sini.  Alhamdulilah.
Demam yang lama.  Sorry.
Bila umur sudah banyak , kita senang dijangkiti kuman, virus dan macam macam.

Walaubagaimana pun saya bersyukur. Dengan demam dan batuk tuhan memberi kita sata petanda bahawa satu hari nanti kita berjumpa dengan kematian.   Dulu kita sibuk dengan orang lain mati, satu hari nanti giliran tuan pula.

Oleh itu kita jangan bersusah hati.
Syorga/ Neraka ialah 50:50.  Ini bermakna jika Allah suka, kita dimasukkan ke dalam syorga dengan rahmahnya dan jika DIA tak suka .. kita akan masuk ke neraka berjumpa dengan geng geng Firauan, Abu Jahal dan ramai lagi mereka (abdi) yang tidak ikhlas, kaki rasuah, penipu, tidak amanah, pengkhianat denganNYA.  Na u zubillah.

2) Dua malam yang lalu
saya berkesempatan mendengar ceramah agama oleh Ustaz Dr Farid Ravi Abdullah.  Tajuk "diambang ramadhan" di masjid Langgar, Kota Bharu.

3) Bagus ustaz ini.
Dia tak menyentuh lapisan 1,2,3,4, .. langit di mana Nabi Muhammad saw naik turun merayu agar solat 50 waktu di kurangkan menjadi 5 sahaja.

Apa dia ceritakan ialah..

3.1  bagaimana dia mendapat islam di kala berumur 18 tahun / 1990.
3.2  belajar agama di Kelantan selama 4 tahun , belajar al Quraan dengan tok guru Al Quraan seramai 3 orang di Pengkalan Chepa, Pasir Tumbuh dan ..  Perkim, Pengkalan Chepa.  Dia lari ke Keningau Sabah.
3.3  bagaimana dia menolong arwah ibu dan abangnya menganut islam;  Subramaniam., Gopi., orang kuat sembahyang dalam hindu ada tanda 3 garisan putih di atas dahinya
3.4  bacaaan Al Quraan nya cukup bagus.  Malu besar orang islam lama lama yang masih merangkak membaca muqaddam.  Mengapa?  Ustaz Farid belajar dengan tekun sedangkan kita belajar al Quraan sekadar melepas batuk di tangga sahaja.  Betul bukan?
3.5  mengapa berkata begitu?  Di Langgar ni .makmum tegar pro PAS.  Ustaz Farid mengimami solat maghrib dan isya di sini.  Sukar untuk mendapat kedudukan istemewa begini jika imam tidak bagus bacaan al Quraan nya
3.6  dia belajar di UKM dan Jordan hingga ke peringkat PhD
3.7  paling best ..isterinya orang Kubang Kerian, Kelantan
3.8  selagi ada isteri tua, jangan ambil isteri kedua dan ketiga
Ikut cara Nabi Muhammad s.a.w   Rasulullah tidak beristerikan nmbr 2, 3 .. semasa Sayidina Khadijah r.anha masih hidup bersamanya.  Amacam aban abang kita itu?  Can follow or not?
Ustaz ada juga menceritakan Sayidinna Aisyah r.anha cemburu sangat dengan Sayidina Khatijah ranha ..  rasululllah selalu tersasul memanggil khatijah sedangkan Aisah ada di sampingnya.  Ini menunjukkan rasulullah sangat sayang pada Khadijah walaupun Khadijah sudah lama meninggal dunia.  Sekarang ada tak benda ini terus berlaku di Kuala Lumpur , JB apartment mewah mewah? Full stop!

He..he..he..  sewaktu perkhawinan

Khadijah berumur 40;  Rasulullah berumur 25.

Still can go.
Allah taala bagi keremajaan kepada Khadijah di waktu perkhawinan tersebut.
Allah Maha Kuasa.
Bukan benda yang susah perkara ini pada sisi Allah Taala.
Bila bila masa sahaja Allah boleh buat macam macam.

Pernah Allah hentikan hari berterusan.  Masa tak bergerak.
Jika selalu kita perhatikan item bergelar ' masa'  berdetik
Allah Taala boleh juga STOP/ Berhentikan saat , minit, jam dari terus bergerak
Peristiwa?  tak ingat .. kerana saya sibuk berulang alik ke dalam tandas kerana sakit perut dan batuk (ketawa).

Rumusan:
Rasa rasa bagus juga ceramah Dr Ustaz Farid ini. Sayangnya 1 jam 15 minit sahaja.  Patut beri laluan  dia berceramah sepanjang ramadhan al mubarak ini.  Boleh?
Macam macam juga saya ceritakan kepada isteri saya sepulangnya saya dari Masjid Langgar.  Tanda saya boleh ikut banyak benda dari ceramah tersebut.  Rupa rupanya isteri saya tahu banyak benda mengenai Ustaz Dr Farid Ravi ini.  Alhamdulilah.

Stail dia bercerita .. sangat procedural, langkah demi langkah.  Berkat belajar di UKM dan JOrdan. Ini berlainan dengan ustaz ustaz lain yang mengajar secara 'ikut sedap/selera/musim' sahaja.  10 minit ikut kitab dan selepas itu .. terus komen peristiwa semasa seperti PAS, PKR dan Pribumi.

Sekian.
Wasallam



belajar Bahasa Arab

Posted by sazali

salam

Selagi hidup elok kita belajar banyak bahasa.

Saya yakin kita boleh in sya allah.

Kalau kaum tiongwa mampu menguasai 3 bahasa di negara ini,
mengapa kita tidak ?

Orang cina boleh menguasai 3 bahasa iaitu bahasa ibundanya Mandarin, BM dan BInggeris
jadi

saya mengambil keputusan untuk belajar Bahasa Arab dengan baik.

He..he..he..

2) niat?
boleh buat dakwah ke negara-negara arab seperti Saudi Arabia, Oman, Jordan dan Qatar.

3) Mengapa negara arab?
kerana negara ini menerima begitu ramai nabi nabi dan rasul semata mata untuk
membawa mereka ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Tengok kepada gelagat pak arab mutakhir ini
mereka sudah banyak tergila dengan fesyen, ICT dan bolasepak.  Tak nampak langsung kumpulan manusia ini dapat apa apa kesan dengan dakwah nabi alahistus salam pun.  Mengapa?

Oleh itu baguslah kita orang melayu/jawa pergi ke sana
manalah tahu ..hijrah kita itu
Allah cukup gembira dan memasukkan kita ke dalam syorga.  Kita perlu berusaha sahaja, bekerja sahaja
dan taufiq hidayah ..Allah lakukan seterusnya.

Untuk berdakwah dengan orang arab , elok dai-dai mempersiapkan dirinya dengan bahasa resmi mereka iaitu
bahasa arab baku.

4) Saya pernah ke Morocco.
Ikut gaya, mereka faham Bahasa INggeris tetapi bila sudah lama berada di sana 30 hari
adalah didapati mereka 'action' sahaja.  Nampak sahaja faham BI tetapi tak faham faham apa yang tersurat dan tersirat bahasa Queen Elizabeth itu.

Jadi langkah terbaik ialah kita berdakwah dengan bahasa arab baku.   Senang kita baca dan sebutkan ayat ayat al Quraan ke muka orang arab ini.  Jnagan takut. Badan mereka sahaja yg besar .. jiwa kecil macam telur ayam / telur burung  puyuh sahaja.  Mengapa berkata begitu?  Jawapannnya senang sahaja..  mereka cepat terperdaya dengan nikmat dunia + kaum an nisaaaa.

Mempelajari bahasa mereka secara serious, doalah dengan harapan ..  ikhtiar kita ini Allah Taala ciukup gembira dan memasukkan kita ke dalam syorga.
Amacam?   Mustahil ke?

Angan angan ke?
Tak apa.
Dulu saya berangan angan juga buat PhD..tetapi saya 'go ahead' sahaja dengan azam itu, alhamdulilah,
tiba tiba setelah beberapa tahun berhempas pulas
Phd berjaya juga diperolehi.

Dulu saya berangan angan berkhawin dengan orang Selangor sedangkan saya orang kelantan..  plan
agar senang gi mari anak anak cucu cicit  belajar di kuala lumpur nanti
..  dengan angan angan dan langkah berani
saya berkhawin juga akhirnya dengan ibu zaki solihin, ilyas sobirin.  (ketawa)

Semua bermula dengan angan angan dan jom langkah demi langkah yang berani ..

begitulah kesudahannya.

Sekian.
Marilah belajar .. walaupun kita sakit , tua dan macam macam.  Jangan tunggu masa terbaik..kerana masa terbaik tak pernah ada kerana kita orang melayu ..
semua benda masuk dalam telinga dan otak kita selagi kita berada di kampung halaman sendiri.

Bagaimana?

Wasallam., maaf jika terasa,  bukan plan begitu .. maaf.