Berhemahlah berbelanja Hari Raya ni

Posted by sazali

Salam.

Saya dan keluarga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada mereka sekeluarga yg follow closely blog saya. Maaf Zahir dan bathin. If can, buat sembahyang sunnat Tasbih dan sembahyang Taubat sebelum menyambut raya. Insyallah kita selamat dunia dan akhirat. Ameen. Biar rayo ni ..Allah redha kpd kita. Doakan kita akan berjumpa lagi bulan Ramadhan Kareem lagi dan lagi.

Kepada mereka yg suka membaca blog ni ..pun saya ingin jugak mengucapkan SHR juga. Maaz zahir dan bathin. Yang tak suka wajah saya pun , apa leh buat. Semua wajah ni datang dari rahim ibu saya. Tetapi pa pa pun saya bersyukur di sebalik wajah ini , Tuhan kurniakan kpd saya banyak nikmat dan rezeki bukan setakat di Kelantan tetapi juga rezeki di 6 buah benua yang lain sejak zaman muda lagi. Alhamdulilah. Berkat buat kerja dakwah tiru-tiru kerja dan fikir anbiya alai his salam especially Nabi Muhammad s.a.w. Saat raya, Sama-samalah kita bermaaf-maafan dunia dan akhirat. Tak rugi jika kita amalkan semangat bermaaf maafan ni sempena hari raya . He.he..

Sebelum saya menulis panjang .. ingin juga saya memanggil diri saya dan kalian ..agar berbelanja dgn cermat kerana ekonomi dunia / cuaca / bencana dunia semakin hari semakin menjadi. Sekarang kita berpeluang hidup dan melihat bagaimana Allah nak didik Russia dan Amerika bahawa yang berkuasa secara mutlak ialah Allah Azawajala. Tidak ada lain yg maha berkuasa selain dari Allah.

Kita perlu berjimat cermat kerana jika ekonomi Amerika runtuh, besar kemungkinan bank bank akan menaikkan kadar interest/ bunga/ riba ke atas sesiapa yg berhutang dgnnya. Jika kita ada banyak kad kredit .. jika la ni kita kurbankan duit gaji RM1000 - RM2000 sebulan untuk servis kad kredit .. besar kemungkinan bila bank bank menaikkan interest , kita terpaksa bayar 2 kali ganda hutang bank mulai sekarang. Secara senyap RM2000 - RM4000 akan terpaksa kita bayar kad kredit sebelum kita diistiharkan bankrupt. Pegawai kerajaan jika diistiharkan muflis , secara otomatik, jawatannya lucut dan 'good bye'. Semua kesan berlaku bila ekonomi USA jatuh merudum .. untuk makluman hutang Amerika sudahpun mencecah USD30-50 TRILLION. Semua ini datang kerana Tuhan turunkan bala kepada mereka melalui taufan IRENE dan banyak lagi taufan besar-besar telah mereka kena dgn kuasa Allah.

Satu perkara lagi, mulai 4 - 7 SEPTEMBER 2011 anak-anak akan pulang ke sekolah setelah bercuti raya. Abang kakak pulak akan mendaftar di universiti. Banyak belanja tu yang mak dan ayah / abah kena sediakan. Kasihan sangat saya melihat mereka yang mana mengharapkan sumbangan wang dari orang ramai bila anak nak masuk/ daftar universiti di dalam dan di luar negara. Banyak iklan dibaca di mimbar-mimbar masjid di Kelantan , menceritakan masalah kewangan begini dan begitu dialami oleh keluarga yg bermasalah/ bercerai berai/ kematian ibu bapa di atas jalan raya kerana gila nak balik raya ke kampung halaman pada tahun tahun yg sudah. Tinggal kenangan semua keadaan senang pada zaman mana mak bapak kita masih hidup bersama-sama kita. Walau bagaimana pun , yang masih hidup musim raya ni .. Susah-susah mana pun ..sang ayah dan emaklah yg terpaksa bekerja keras untuk memastikan semua wang saku, wang bank dan peralatan anak-anak untuk memulakan pengajian universiti/politeknik berjalan dgn lancar dan sempurna. Insyallah. Syukurlah kepada Allah jika mak ayah kita masih ada ..kita boleh beraya dgn mereka. Boleh bermanja dgn mereka. Boleh demand itu dan ini dgn mereka. Pendek kata apa yg kita nak ..semua dapat. Sekarang saya berada di kawasan Pasar Siti Khadijah Kota Bharu. Anak pompuan nak beli jubah. Macam-macamlah ..maklumlah musim nak raya. Tetapi saya selalu budget. Jika si ibu nak RM500 untuk shopping ..saya kasi RM350/ atau RM400/ jer. Pandai-pandailah mereka beramai-ramai nak gi shopping daging, telur, serbuk kari , nak buat sate, daging lembu dan macam-macam lagi. Yg penting saya dah berikan kpd mereka sekurang-kurangnya (350/500 * 100%_) = 70 peratus DEMAND mereka. He..he.. after that saya gunakan ayat keramat ..'nasib baik abah kasi' orang lain tak dapat apa-apa pun . Why? Ayah mereka dah lama mati. Bersyukurlah dgn apa yang ada itu. He..he..

Ada juga ayah yang mana kita mintak RM500 dia beri kita RM1000. Sungguh baik hati budi ayah sedemikian. Kita nak beli jubah .. dia beli kan kpd kita seluar jeans yg sendat dan hampir meloleh ..menampakkan punggung si anak dara nya. Siap dengan T-shirt Pagoda yang mana warna baju dalam anak anak dara mereka senang jer kita teka warna nya. (laughh). Ini semua dtg dari 'kebaikan budi' si ayah tadilah sejak anak masih kecil hinggalah ke zaman dewasa mereka. Astagh firullah hal azim. Maaf.

So pandai-pandailah menjaga diri musim raya ni. Jgn terlampau syok hingga tak sembahyang zuhur dan asar berjamaah di masjid pula. Pentingkan saudara saudara yg berkunjung ke rumah .. melebihi dari menonton TV3/ ASTRO ynag tidak ada faedah pun musim rayo ni. Sekarang anak-anak kita lebih mementingkan jemputan kawan-kawan mereka dari sekolah asrama penuh dari jemputan/ kunjungan sanak saudara ke rumah pada musim raya ni. jangan-jangan anak weh. Jangan! Pentingkan sanak saudara kita kerana berkawan hanya bertahan 3 - 5 tahun jer sedangkan silatul rahim cinta sayang saudara saudara kita ni akan bertahan sepanjang hayat .. kita susah / senang ..sanak saudara lah yg akan datang menjengguk tanpa syarat .. so Awaslah.

Sekianlah. Saya dengan rendah diri mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri/ Maaf zahir dan bathin". Maaf jika tulisan saya ada yg menyinggung perasaan pembaca semua. Mana ada bumi yg tak basah kena hujan. Selagi ada jari nak ketuk biji key board ni .. macam-macam saya akan tulis. Sekadar peringat-ingatan jer. OK pa? Semua kita ada berdosa.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment