Sudah seminggu berpuasa tiga minggu lagi settle kita

Posted by sazali

Salam.

Sudah seminggu kita berpuasa bagi tahun 2011 ini. Tinggal lagi 3 minggu lagi .. kita akan berjumpa Hari raya Aidil Fitri .. makan sate, ketupat, rendang dan macam-macam lagi. Sebagai habuan orang yg betul-betul berpuasa lah...

2) Setiap hari dalam bulan puasa kita dijanjikan oleh Allah .. setiap amalan fardhu digandakan 70 kali .. if kita pergi sembahyang fardhu dimasjid UTHM (contohnya) ..pahala kita 70 * 27 = 1890 markah pahala nya.

Jika 5 kali sehari .... 1890 * 5 = 9450 markah pahalanya. ( assume 10,000 jer lah ..senang nak kira )

Bayangkan jika 30 hari ..ulang alik ke masjid .. pahala sembahyang kita sudah mencicah 30 * 10000 = 300,000 TIGA RATUS RIBU Markah Pahala.

Allah Akbar... banyak nya. Jika Tuhan tukarkan nombor nombor itu kepada Malaysian Ringgit ..untuk kita anak beranak pi shopping di bandar .. tak larat nak pikul sebanyak itu duit ma. Lagi pun ..nampak kita gila bawak duit sebanyak itu semata-mata nak beli tepung kuih, gula, margarine, butter, penilla, telur ayam atau itik, anggur, kismis, buah pala, .., alat pukul telur , mesin buat kueh dan kek, oven, micro wave , .. silap-silap .. after shopping sure kena rompak. Banyak nya duit kitaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Itu baru gi sembahyang// belum lagi mengaji Al-Quraan. Ngajar ooarang mengaji Qurran dengan penuh tajweeed.. Sure banyaknya. Berzikir .. baca doa masnun .. bertambun-tambun pahala .. kebajikan di sisi Allah Yang maha Esa. HEBATNYA!! bulan Ramadhan kareem.
Membaca METRO paper? kirim salam jer lah that kind of paper .. Entah lah teman .. baik baca Quraan dan Al Hadith ..lagi bagus ..insyallah.

3) Dalam kita gila-gila berlumba-lumba membanyakkan amalan fardhu dan sunnat terawaih .. mengundang kawan-kawan, orang miskin, papa kedana, students overseas, anak dagang, musafir untuk berbukak puasa di rumah kita yg tak seberapa ..

jgn jgn lupa ..kita mesti ingat juga kepada saudara-saudara kita yang sudah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita semua. In short they had passed away (meninggal dunia OR mati ). Mesti mereka rugi .. tak dapat nikmat hidup pada bulan Ramadhan Kareem ini.

Oleh yang demikian , jom ..kita gunakan waktu hayat kita masih berada di bulan yg mulia ini untuk beramal dgn sebaik-baik mungkin mengikut cakna, peraturan, rubrik yg ditetapkan oleh Allah Taala yang maha AGUNG melalui ajaran nabi Hadith-hadith nabi Muhammad s.a.w .

Kita doakanlah dari sudut hati kecil kita yg sangat dalam (lagi dalam dari perut Lautan Pasifik, Lautan Baltic, Lautan India, Lautan Atlantik) ..supaya .. mereka yg berjuang dalam agama Allah akan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat .. taufiq dan hidayah tersebar luas oleh Allah yang Maha Tahu segala-segalanya. Orang islam Palestin dilindungi sepanjang masa Ya Allah

KIta doakan untuk arwah ayah, mak, nenek, datuk, nyanggg, toki , tercinta.. , sahabat-sahabat kita seperti Arwah Shahizul Ezza FTMM 2010 -Taman Istana, Batu Pahat Johor; Arwah Sazali Politeknik Kota Bharu technician , Arwah Prof Dr Abd Ghani kamaruddin Universiti Malaya, Arwah Abd Raus TM meninggal di South Africa , Arwah Cikgu Zaki Dakwah Tabligh meninggal ditembak oleh tentera Filipina pada tahun 1980'an .. dan ramai lagi kenalan kita masing-masing seperti Arwah Azmi pak Guard Kampus City UTHM . Tidak lupa juga ARwah guru-guru kita yg telah banyak berjasa kpd kita , ustaz-uztaz dan uztazah kita .. Guru-guru agama , guru al quraan kita .. dan ramai lagi ..tak laratnya saya dok menaip dalam WORDS 2007 ini ..

Ya Allah ampuni lah mereka ..tempatkan mereka semua d kalangan org2 yg kau redhai .. Ameen ya robbal alameen. Begitu juga kami ..pandanglah kami dgn pandangan kasih sayang ..ampuni kami ke atas semua kesalahan kami melakukan dosa secara sengaja / tak sengaja .. dirancang / atau tanpa dirancang maklumlah kami dalam dunia IT internet ni ..nak google " Adik " tiba-tiba muncul gambar gambar gila Ya Allah .. kami takk sengaja Ya Allah.. ampunilah kami .. sungguh lemah kami ..mata kami ..nafsu gila kami selalu menggila .. tarbiahkan lami..lembutkan hati kami bila mendengar orang berdakwah , mengajak kami untuk taat kpd mu .. seperti kumpulan dakwah Tabligh beroperasi di seluruh dunia ..lembut dan mudahkan kami mengikuti mereka ..berdakwah hingga hujung-hujung dunia dan ke hujung hayat kami Ya Allah.. kabulkan doa kami ini. Ameen.

Sekian. wasallam.

Wallahu aklam. Doa kan juga untuk saya tuan tuan hamba. Dr Sazali.

0 comments:

Post a Comment