Jangan terpedaya dengan tektik penjual musim rayo ni

Posted by sazali

Salam.

Shukur ..pegawai-pegawai kerajaan menikmati bonus separuh bulan gaji mulai semalam/ kelmarin. Hidung saya yang kemik tiba-tiba mengembang maklumlah dapat bonus.

Walaubagaimana pun saya dah bertekad tidak akan tertipu dengan gaya berbelanja pada musim-musim sudah. Mengapa saya berkata begitu? Ada 3 sebab.

Pertama - harga barang-barang kebanyakkan sudah mula melambung. Isu adalah kerana kerajaan sudah mula menarik balik subsidi minyak. Oleh yang demikian, kos pengangkutan lori treler toke cina tiba-tiba naik. Bila ini terjadi, bala ini dipindahkan kepada pembeli-pembeli macam kita semua lah. Tidak kira orang yg baru mendapat bonus atau pun tidak. Memang kerajaan ada membuat kenyataan bahawa harga barang tertentu sangat-sangat terkawal tetapi awas saudara .. poket kita tidak siapa pun yang dapat kawal bila harga barang-barang lain melonjak harganya secara senyap-senyap atau terang-terangan. Maklumlah penguatkuasa - penguatkuasa mana lah larat nak serbu gudang toke-toke perut buncit itu. Bodoh sangat lah kita menelan kenyataan kerajaan bahawa harga barang seperti minyak masak, bawang, gula, tepung semua terkawal kerana yang saya ttahu mertabak mamak bukan berharga RM2 lagi . Sekarang dag RM2.50 sekeping martabak. Harga air kelapa di Trengganu bukan RM1.50 dah sebiji ..tetapi RM2.50 sebiji. Tengok itu. Itu baru martabak dan air kelapa muda. Apa lagi dengan kueh , biskut , kueh tunjuk-tunjuk yang berlambak-lambak di tepi pasaraya dan sebagainya. Bukak mata saudara luas-luas dan pegang duit dlm kocek itu kemas-kemas (kuat-kuat). Jangan terlampau bermurah hati sangat.

- Harga baju kemeja / seluar slack / stokin/ kasut semua dah bukan macam dulu dah. Dulu RM300 boleh beli semua benda itu tetapi sekarang baju kemeja Arrow puteh - kegemaran lawyer yg bunuh Susilawati dan geng - berharga RM150 sepasang. Stokin RM19.99 , seluar slack yg menjadi rebutan jejaka macam saya RM300 ... kira punya kita RM600 - RM650 hanya untuk saya seorang sahaja. Penambahan harga RM150 dalam masa 1 tahun. Hushhh..ini sudah melampau. Wal hasil , musim raya ini saya beli t-shirt jer Sogo bahagian bawah RM30 - RM50 dah cukup bagus punya. Insya allah dan alhamdulilah, settle. Saya dah jimat banyakk duit sebanyak 75% penjimatan. Kontrol nafsu/ tutup mata / jeling jer .. kat pakaian cantik-cantik tu dalam Sogo. Toke Sogo sure tak leh marah jika kita tengok-tengok, pegang-pegang jer. Jangan beli. Banyak lagi baju kemeja saya di rumah. Mengapa mesti beli semua baru? kalau tak pakai stokin tak leh kah? haramkah? he..he.. cuba pakai soalan-soalan keramat ini dlm kepala otak saudara setiap saat di dalam emporium tu. Insyallah banyak duit kita leh jimat dan jimat.

- Duit raya? parah! orang kampung semua dah tahu. Anak-anak saudara semua dah dimaklumkan oleh ibu-bapanya gi rayo umah cikgu cikgi tahun ni. Jgn turun dari rumah mereka kalau tak dihulurkan duit warna merah terang-terangan. He..he.. jika ada 50 orang anak sedara sehari .. expected budget RM500 dah teris dari genggaman tuan hamba. Jika 2 hari beraya di kampung sekurang-kurangnya RM1000 dah terkurban secara sedar / tidak sedar. Di Kota Bharu, duit banyak dibelanjakan untuk membayar duit minyak kereta .. maklumlah semua jalan raya di sana di sana di sana tersumbat habis-habisan. Kalau dikira dengan orang cium punggung kereta kita dan kita mahu cium punggung kereta dia orang ... tahap kehilangan duit .. semakin menjadi-jadi. Astagh firullah. Conclusion: jgn dok lama-lama di kampung untuk beraya. Jom kita gi pantai cinta berahi dan gi sana bilang duit yg terselamat. ha..ha.. seronoknya raya dgn air n pasir tebing pantai yg cantik putih berkilau-kilauan. Buat action "abah pening kepalalah ,...nanti kita balik umah dkt dkt maghrib ker". ok tak?

Apa punya rayo ni .. main pantai pulak dio? Gilo! ha..ha...

Kesudahan cerita ialah berbelanja berhemah dan jangan belanja sangat. Insyaaalak kita kena ingat 5 dan 6 september hantar anak-anak pulang ke sekolah asrama penuh dan daftar anak ke universiti pulak. Kos maintain dan repair kereta jgn lupa tuan hamba.

Jom kita berdoa sungguh-sungguh supaya duit bonus boleh kita simpan untuk bekalan hari tua kita after pencen. Apa kata tuan hamba?

Sekian. wallah hu aklam.

0 comments:

Post a Comment