Why itu macam da?

Posted by sazali

salam.


Why org christian berani murtadkan anak-anak muda kita ialah :

1) kita tak sokong kerja dakwah tabligh yg sedang beroperasi disekeliling kita dan di seluruh pelusuk dunia. Kita selalu pandang serong kepada mereka yang sanggup berkurban wang ringgit, masa lapang mereka dan jiwa raga mereka. sepatutnya kita sokong mereka 110% sementara nyawa kita di kandung badan

2) terlalu complacent/ relax orang-orang di Jabatan-jabatan agama seluruh negara. Entah kalian sibuk apa tah? Sekarang bukan time sibuk sangat dgn majlis tajweed quraan kerana a medan peperangan kita ialah budak budak muda dah tak minat lagi baca Kitab Allah .. Mintak tolonglah pak Mufti, Timbalan Mufti, para para alim , DOKTORATE berfalsafah agama islam semua jom turun ... turun ke kampung dan melawat lah orang-orang miskin , papa kedana, dhaif, mualaf, lelaki dan perempuan.., ibu tunggal dan ayah tunggal , pergi melawat ni .tak payah ikut time pejabat .. tak payah sibuk nak claim perbatuan dan claim hotel penginapan .. buat program secara 'Lillah hi taala' seperti orang dakwah tabligh tu semua .. dan jom kita sekat secara terang-terangan program gila seperti "JOM HEBOH" yg heboh dgn nikmat dunia , maksiat ... dan program bola sepak yg telah masuk ke semua rumah pak imam dan pak lebai. org main bola dedah aurat tau .. pakai seluar pendek nampak aurat. bukan setakat pompuan jer yg dedah aurat tetapi ni 22 orang lelaki yg gila mengejar bola ke hulur ke hilir semata-mata nak sumbat gol .. mereka tak tutup aurat secara yg betul .. dan terlalu ramai orang yg tak sembahyang di stadium itu. Seramai ramai orang yg bersembahyang di masjid di kampung kita, ramai lagi yg sembahyang di rumah dan seramai-ramai orang yg bersembahyang di rumah ..ramai lagi yg tak sembahyang apa apa pun setiap hari dan waktu. Penghidupan islam sudah jadi orang dagang dah. Tak ada orang nak ambil peduli. kau (islam) ada ke atau kau tak ada pun ..sama saja. Tuhan bukan berhala lagi .. tetapi .. berhala hati orang-orang kita ialah wang ringgit siang dan malam. La illa ha i lla llah Muhamad dur rasul lullah

Sekian. Saya tumpang bersedih sangat-sangat kerana duit zakat lambat sampai kepada orang fakir miskin sedangkan kita dah ada system komputer terbaik di dunia. Senarai orang miskin pun mungkin jabatan agama tak ada yg paling terkini kot. Lihat? SPR pun tak ada senarai pengundi terkini .. jabatan agama islam mungkin tak ada jugak ..senarai orang islam terkini di setiap pelusuk negeri, daerah, bandar, kampung, lorong.. Apa dah jadi? (lagu S.M, Salim)

Mualaf cina dan mualaf India .. siapa jaga mereka jika mereka susah? PERKIM manalah cukup. Kita mesti tarbiahkan semua ahli masyarakat kita sama-sama berganding bahu membantu saudara-saudara baru ini tua dan muda, siang dan malam. kasihan ni mereka.

Kita terlampau laro (lena) dengan semua nikmat dunia dan secara diam-diam dah ramai belia kita murtad se murtad-murtadnya. Mereka dah lama berjaga (celik) di waktu malam dengan berbagai kemudahan teknologi dan ..waktu siang mereka tidur se tidur-tidurnya. Jika mereka bangun pun ..mereka bangun tergesa-gesa membawa kereta ke opis .. dan mematikan diri mereka di jalan jalan raya. kalau mereka tak mati ..mereka matikan orang-orang yg tak berdosa temasuk adik kakok kalian bukan?

A u zu billah ..


Saya lepaskan .. apa yg ada dalam hati saya. Jom ..kita bersatu ..dan kembalikan sinar islam dalam dada anak-anak muda kita mulai sekarang melalui berdakwah fi sabili llah. Harta dan nyawa. janji Allah ialah .. syurga firdaus jika kita sibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah. Kita tak mampu lawan orang kristian, yahudi, india, cina kerana mereka kawal semua teknologi moden dan kilang proses makan minum kita termasuk negara saudi arabia... apa yg boleh kita buat ialah keluar dan berdiri berdakwah di tengah-tengah masyarakat semata-mata kerana Allah. Apa kata melalui dakwah ini orang kristian, yahudi , india dan china memeluk agama islam. Secara automatik teknologi mereka .. kita islam yang punya. Simple ABC cara nya.
Wallah huaklam. ABC = Allah berikan CARA. how? Spread islam through dakwah day and night. The rest Allah yang buat. Tawakal kpd Allah. Dia mampu melakukan semua ini. Kita? buat apa yg patut sebaik-baik mungkin semasa hayat di kandung badan . Ayuh tuan hamba.

0 comments:

Post a Comment