Pemikiranku hari ini

Posted by sazali

Salam.

Semalam aku cuba membaca Al-Quraan tetapi .. oleh sebab banyak perkara dunia .. niat itu tak kesampaian juga sepanjang malam.

Hanya pagi ni selepas Subuh ..Allah memberi aku sedikit taufik dan hidayah untuk membaca 10 ayat terakhir Surah Al-Imran. Ini sebenarnya amalan aku setiap hari sebelum maghrib dan selepas subuh. Salah satu ayatnya membawa maksud '.. dunia ini , kesedapan dunia inii ..adalah semuanya bersifat SEMENTARA.. akhirat juga yang abadi abada.'

Ayat terakhirnya bermaksud '.. bersabarlah dengan ujian ini (ujian dunia inI) supaya kau beriman dan beramal soleh .. pasti kau akan berjaya .. berjaya... dunia dan akhirat. Janji Allah tetap benar.'

Selepas membaca erti ayat ayat hafalan harian saya itu .. lama juga aku dok fikir-fikirkan ..apa lagi yang nak aku cari dari perut dunia ini. isteri baru? rumah banglo besar yg baru? pangkat , darjat ? .. aghhh ke mana itu .. kalau tidak ke lubang kubur sahaja.. tetapi awas ..awas .. seluruh penduduk dunia tak kira muda atau tua bangka .. semua (boleh dikatakan) terlalu sibuk ..mencari, maintain, menambah, jual beli , calling calling .. untuk apa yer? Yes ..semua untuk maksud dunia .Biar kaya sekayanya. tak lain tak bukan ..ramai orang kita .. terlalu obsess dgn kesenangan dunia. kalau kita pergi ke mana-mana , ramai kita seronok bercerita tentang pangkat, banyak mana keluasan kebun sawit kau, darjat kau di Kementerian, anak kau belajar di mana, kawin dgn anak siapa , .. , terlalu banyak objektif itu menjuruskan .. kepada kehebatan dunia.

Berapa keratlah orang-orang kita nak dengar dengan tawajuh kebesaran dunia akhirat .. amalan-amalan agama seperti berdakwah .. mengapa kita perlu berdakwah mengorbankan masa, duit, umur, tenaga untuk mengembangkan agama kita yg suci murni (islam); mengapa kita perlu berganding bahu tua dan muda ... untuk melawan paderi kristian yg bekerja keras siang dan malam untuk memurtadkan anak-anak muda islam kita di Kuala Lumpur mahu pun di Jakarta. Mudah sangat kerja mereka .. beri wang, beri makanan waktu berbuka puasa, beri kerja kepada anak-anak orang Felda Jengka 10, 11, 14 , beri wanita, ..berduyun-duyun budak budak kita mengambil agama selain dari islam yang hak. Pokoknya .. kita umat islam takk mementingkan agama. Itu lah sebab anak anak kita lupa akan janji janji Allah ..bertakwalah kamu ..pasti kamu akan berjaya dan selamat.

Sebagai orang tua (ketua bapak keluarga) kita boleh sukat ..sebanyak mana keseriusan kita dalam masalah agama? Tengok sahaja pendidikan anak anak? Banyak mana wang telah kita habiskan untuk anak-anak belajar dan mengamalkan agama dari mereka berumur 5 tahun hinggalah sekarangg.. sehingga kita mati. Saya percaya ..banyak sungguh wang kita telah kurbankan untu maksud ..anak anak kita biarlah fokus mereka kepada mencari ilmu dunia, kerja jurutera, doktor, guru, akitek, akauntan, banker, insurance, saleman , sales girls etc etc .. ini semua berlaku kerana kita juga . Iman kita ialah '..semakin tinggi gaji mu ..anak .. semkain berjayalah kamu di dunia ini.. ' lantas berpaksikan kepada iman ini lah kita membenarkan anak anak perempuan kita bergaul sebebas-bebasnya dengan pemuda-pemuda tidak kira bangsa dan agama. 1 Malaysia konon-kononnya. Tidak kah ..kita baca buku-buku agama dan mendengar ustaz memberitahu AWAS ..org kafir tak kan redha kepada kita selagi kita orang islam tidak berbuyun buyun mengikuti stail kehidupan mereka .. contohnya memakai pakaian ketat dan sendat .. if can biar nampak .. 'apam' di celah peha itu ..lagi nampak lagi bagus stail dewasa ini.. tetapi hairannya .. anak-anak dara islam kita ada yg bertudung .. tak cukup dengan stokin kaki di pasangnya stokin tangan .. tutup aurat .. tetapi pada masa yg sama .. pakain mereka ..terlampaulah ketat .. Bukan kah ini sesuatu yang Gila? Badan mereka besar tetapi mencari gila sangat mencari pakaian adik-adiknya di Darjah 2 dan 3. Terlampau ketat ..pendek..jarang..samar-samar ... entahlah ..kitab mana mereka ini telah merujuk pagi dan malam demi kejayaan mereka sebagai anak kita. Astagh firullah al azimm.


Di dunia ini Allah Taala sudahpun memberi kita sample balasan di dunia akhirat . Ramai kita tak lena tidur di waktu malam. Walaupun rumah kita ada sistem air cond 2 kuda .. sepanjang masa ..kita masih susah nak tidur di waktu malam atau pun siang. Di Malaysia payah lelap mata kita, pergi eropah pun dengan bantuan ubat tidur ..payah kita nak tidurrr..Mengapa yer? Sebenar ini adalah azab allah yg esa. Kehidupan , paksi hidup kita sudah jauh dari mendapat kerehdaan Allah .. ada orang makan macam-macam ubat-ubatan ..dari dalam negeri mau pun luar negara .. tetapi penyakit mereka tak kunjung padam .. mengapa yer? Rujuklah kepada kitab Allah dan rasulnya. Ambil agama islam dan sunnah nabi nya ..insyallah kita pasti selamat sepanjang masa mulai sekarang. Percayalah.

Bila kita terlampau percaya kpd orang lain membuat makanan, kilang biskut, kilang roti, reban ayam, bangsal kambing .. secara diam diam mereka telah berpakat-pakat menyuntik binatang ini dengan enzim cepat membesar berskala murah-murahan .. tak lain lagi dari enzim babi (khinzir). Secara bodoh (maaf) kita orang islam memakan semua ini tanpa soal periksa. Maka doa dan ibadat kita ditolak oleh Allah yang maha esa. Bila ini berlaku mana mungkin kita dapat pertolongan Allah seperti mana para para sahabat mendapat pertolongan 'direct dari malikat-malaikat di langit' bila berperang dengan orang - orang kafir di Peperangan Badar dan banyak lagi peperangan antara orang islam dulu dengan orang -orang kafir (crusades) christians dan yahudi. Sekarang pak arab tak menang-menang berperang dengan israels? just tengok pakaian wanita arab kita. Moden kan? Aurat macam mana? Tuhan happy ker?

Sebagai penutup ..jom saudara saudari insaflah ..kita ramai-ramai balik ke pangkal jalan. Mulakan dengan bersembahyang 5 waktu sehari, ambik masa belajar lagi hukum hakam agama, kurban duit untuk tuisyen membaca Al-Quraan dan lembutkan hati itu ..dengan mendengar ajaran-ajaran ustaz uztazah .. dan guru-guru misali .. yang masih ada (tak ramai dah yg ada).

Ayuh sebelum terlewat. Bila accident berlaku ke atas kita , akhirat pun bermulalah. dari titik saat kematian kita yg tak dijangka-jangka itu , maka perjalanan kita ke ajkhirat pun sudah bermula. Bertaubatlah dan buatlah sesuatu sekarang juga. Ikut dakwah tabligh 3 hari (try dahulu) adalah penyelesaian terbaik dalam dunia serba moden ini yg tak percaya lagi adanya ALLAH YANG ESA. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment