Proses memotivasikan guru-guru kita di Malaysia

Posted by sazali

Salam.

Hari ni Ahad 21 OGOS 2011 ada satu rencana mengenai memotivasikan guru dalam paper Sunday Star. Bnayak benda yang bagus ditulis itu. Tahniah!

Izinkan saya menambah sedikit sebanyak (tumpang semangkuk) melalui pengalaman saya mengajar di 2 buah sekolah menengah dan 1 buah Politeknik di Kelantan pada tahun 1980'an hinggalah 1990'an. Satu SM Tumpat dan SM KOta , Wakaf Che Yeh dan akhirnya Politeknik KOta Bharu, KOK LANAS.

Kebanyakkan guru muda sangat rajin menjalankan tugas kerana mereka masih muda. Mat Salleh kata " new brooms clean the best". Tidak boleh tek kato orang kelate. sangatlah rajin. Ada guru geografi menggunakan pensil warna untuk membezakan tanah semenanjung dengan laut Cina Selatan. Rajin dengan pengoreknya. Pencil sharpener.

Penyakit bermula di tengah-tengah warga guru iaitu dari guru-guru berumur umur 35 hingga 50 tahun. Staf room sangat bising. kadang -kadang payah nak bezakan ..ini pasarkah atau se buah sekolah GRED A. Musim musim nok rayo .. banyak ..bisnes transaksi ..jual kueh mueh. Menambah sedikit rezki yang sudahpun banyak.

Mereka hilang motivasi mengajar kerana 4 sebab:

1) baru sekarang mereka sedor , selama ini tenaga mereka telah digunakan oleh guru-guru senior . Contoh guru senior yg berkahwin dgn orang orang besar di JPNK, PPD, Hospital Besar KB, dan .. .. mereka selalu attend dinner di hotel-hotel. So merekalah yang suruh kita guru muda COVER / barua untuk mereka. Pergi bawa budak-budak lawan netball , rombongan sambil belajar . If any good name coke , mereka dapat . Bukan kita guru muda! Apa kita dapat? Letih kot.

2) selalu kalau kursus di KUMPUR, Pulau Pinang dan Genting Highlands, luar negara (INDONESIA, BRUNEI, THAILAND, JEPUN, UNITED KINGDOM) .. guru-guru senior lah yg pergi .. while mereka dapat bawak sekali suami mereka (tak berkerja kerajaan pun) .. kita guru muda hanya di hantarkan berkursus, berbengkel di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pengkalan Chepa. Dulu hostel PSPN berkipas dan berbunyi-bunyi. Kipas usang. Bila nyamuk bising ..kipas PSPN pun berbunyi. Berlawan kata orang.

3) pendidikan lebih tinggi bukan ukuran untuk kenaikan pangkat. Cuba tengok guru yang ada masters dan PHD . Mereka sekadar kuda-kuda tunggangan Pengarah , Timbalan Pengarah , Pengetua, Timbalan Pengetua, PK 1, PK 2, Ketua Sidang dan guru-guru lain yg ada banyak pengaruh. Saya pernah diminta buat working papers komputer oleh Dr Wan Zahid Noordin (Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan 1982 - 1987) tetapi lawatan ke Jepun Gunung Fuji ..orang lain pulak yang pergi.

4) kita hanya boleh naik pangkat ..DG44, DG48, DG52 dan DG54 .. jika kita berada di dalam buku orang atasan dalam keadaan 'ORANG ORANG BAIK sahaja' iaitu penunggkat dagu-dagu bos. Jika kita suara lantang dalam mesyuarat .. sebab kita berbadan besar, suara garau, isteri kita pun saiz jari besar dan permata intan berlian RM200 juta (may be) .. dan kita keluarkan bangkangan demi bangkangan terhadap idea bos .. besar kemungkinan rezki kita naik pangkat .. dok di senarai / senarai paling akhir sahaja. Orang lain yang berjaya tiba-tiba mati , nama kita naik lah untuk kenaikan pangkat DG44, Dg48 atau DG52.

Oleh itu nasihat saya pada guru-guru muda 6 langkah; pasang strategi supaya tidak kecewa di kemudian hari:

1) kahwin dengan pengetua sekolah walaupun sekadar isteri muda ke '2', 3 atau 4
2) banyakkan masa berdiam diri dalam mesyuarat guru. Jangan tunjuk kita pandai sangat maklumlah kita graduan Ekonomi , Matematik, Fizik dari (UM) sedangkan bos kita graduan UPSI sahaja ( Lukisan , sastera like that lah). Bawak alat pengerat kuku ker like that bila time mesyuarat. Jangan kasi idea bernas. Nanti kau jugak kena buat. Alah ..betul atuk cakap ni.
3) kalau ada kereta baru dan rasa rasa lebih mahal dari kereta Pengetua atau dayang dayang tua di sekolah tu .. awas ..jangan bawak ke sekolah. Bawak after school hours
4) pakai lah pakaian ala kadar sahaja. Sebenarnya .. dalam sekolah .. guru perempuan tua tak leh tengok kita lebih melawa dari mereka seniors especially if kulit kita seakan-akan kulit cerah mendiang Lady Diana Spenser.
Tu jer lah ..resepi hidup bahagia di sekolah. Motivasikan diri kamu dengan resepi- resepi di atas itu.
5) cakap pandang-pandang. Jangan cakap sesuatu yg tak leh anda lakukan seperti .. abang ipar ku itu Menteri Pendidikan la ni lah. lagi banyak lah tugasan mission impposible anda.
6) jangan kerap sangat melintas di hadapan bilik bos/ PK1/PK2. Nanti nama kita selalu di bibir mereka .. untuk buat kerja itu dan ini. Get me?

If you take heed my advice, insyallah proses motivasikan diri anda sedang berlangsung tanpa anda sedari. Selamat Berbahagia kita semua Warga Guru.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment