Amalan puasa bulan Ramadhan

Posted by sazali

Salam

Bulan Ramadhan bulan yg mulia.  Semua amalan baik akan digandakan sebanyak mungkin dgn izin Allah.  Mengikut pemahaman saya melalui pembacaan hadith hadith Nabi Muhammad s.a.w ..  kalau kita sembahyang sunnat ..  pada bulan Ramadhan ..  pahala ibadat ini digandakan setaraf dengan pahala sembahyang fardhu pada bulan bulan yg lain.  Rugi besarlah kalau kita sembahyang  di rumah sahaja pada bulan yg mulia ini.

Jika kita sembahyang fardhu pada bulan Ramadhan .. pahalanya diangkat 70 kali pahala sembahyang solat fardhu pada bulan bulan di luar Ramadhan.  Alangkah bagusnya ..  bulan ini  dan rugi besarlah kita jika kita masih bersembahyang fardhu di rumah sendiri pada bulan terbaik ini.

Tetapi untuk ganjaran kita berpuasa per se  .. hanya Allah Taala sahajalah yg tahu ..betapa kualitinya ... puasa kita itu semata mata kerana DIRINYA yang Maha Agung.

----------------

Untuk maksud itu..kita kena jagalah .. cara cara kita berpuasa dari Jam 0600 pagi hingga 0730 ptg se tiap hari bulan Ramadhan ini.

Bagaimana?
(i)  puasa bermakna tak leh makan minum dan melibatkan diri dgn hubungan seks sesama suami isteri
(ii) jangan mengumpat  jiran tetangga dan rakan taulan
(iii) jangan mencuri, merompak, membunuh, menipu, menzalimi orang lain , mengkhianati, berbohong
(iv)  dan lain lain lagi  (rujuk kitab Ilya Ulumiddin , 1990.. karya Imam Ghazali rah. alihih)

Mengkuruskan pahala puasa?

(i)  baca novel yg tidak membawa diri kita dekat dgn Allah dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w
(ii) baca, menonton imej, FB dari internet, iPAD, iPOD , tablet, handset dan lain lain peralatan teknologi .. perkara yg membatalkan puasa
(iii) menonton TV, youtube, FB .. yg mana menaikkan syahwat sehingga keluar cecair bernama 'semen'  atau air maniz

So .. sebagai umat islam yg cinta dan rindu kpd keredhaan Allah ..jom kita puasa dgn  baik ..tahun ini/ biarlah ..puasa tahun ini lebih baik dari puasa puasa tahun tahun lalu. Biar puasa kita yg dah mendirikan rumahtangga lebih baik dari berpuasa di kala kita solo/ bujang dan bagi orang yg dah menunaikan ibadat haji di Mekah dan Madinah .. biarlah puasa kita berkualiti tinggi setimpal dgn pengorbanan kita menunaikan ibadat haji baru baru ini.  'Tidak cerdik' benarlah kita mengamalkan ibadat puasa sekadar .. sedarjat atau setahap  dgn budak budak hingusan yg tak tahu apa apa fadhilat dan kemanisan ibadat puasa di saat saat mulia ini walaupun kita berstatus TOK HAJI , TOK GURU, TOK AYOH  dan lain lain lagi.

Rugi ..kita tak puasa elok elok kerana

mungkin ..inilah puasa terakhir kita ..sepanjang hayat ini.

Mengapakah saya sanggup berkata begitu ....  ?  Kerana ..

dalam bulan serba serbi mulia ini ada juga

(i)  kematian yg tak diduga menjemput kita ..
(ii) kesakitan berat yg tiba tiba datang kpd tubuh badan kita di mana DOKTOR menasihatkan kita .. jangan berpuasa lagi Encik .. puasa akan memudaratkan kesihatan encik berprostat cancer ... dan
(iii)  tiba tiba kita jadi gila/ tidak siuman lagi seperti sediakala
(iv) dan .. macam macam bencana ..  yg mana orang lain pernah rasakan ..  dan sekarang .. tuhan menduga kita sekeluarga.

Oleh itu ..jom kita (saya mengajak diri saya terlebih dahulu dan pembaca sekalian ) ..  banyakkanlah masa ini untuk :

(i)  membaca Al Quraan + terjemahannya  + renungkanlah nasib diri sendiri ,
(ii)  berbincang pasal agama seperti belajar tajwid , makraj
(iii) kerja opis , sekolah, politeknik, universiti, pasar perniagaan dan di mana mana jua .. biar betul betul bagus pada sisi Allah Taala kerana DIA MAHA MELIHAT dan serba serbi tahu
(iv)  mengambil bahagian dalam usaha dakwah
(v)  menolong isteri di rumah pada jam 0400 pagi ..contohnya bersiap sedia untuk bersahur .. 10 malam Ramadhan pertama ..si suami masak dan mengejutkan anak anak yg berumur 15 tahun ke atas untuk bersahur ;  11 - 20 malam Ramadhan .. si isteri pulak yg menyediakan makan minum di dapur untuk bersahur dan malam 21 - 29 ramadhan pula ..suami isteri berganding bahu ..menyediakan sahur itu .... Boleh tuan?  Insyallah kalau diamalkan gaya hidup gini gini ..  payahlah kita nak bergaduh sampai bercerai berai ,
(vi)  menolong ibu dan ayah; menolong anak anak dlm pelajaran mereka dan jgn lupa
(vii)  menolong diri sendiri dalam pelajaran, perniagaan dan terus belajar untuk menjadi manusia yg tuhan sayang kepada kita siang dan malam
(viii) menyediakan makanan berbuka puasa untuk musafir lara di masjid masjid berdekatan dgn rumah tangga tuan hamba

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab.  Saya mohon maaf.

p/s:  Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam dipanggil malam "lai la tul Qadha ..  malam ini seperti 70 bulan skala .. pemberat pahalanya'.   Carilah dia pada malam 21, 23,25,27 dan 29 Ramadhan.  Muga muga Allah mengurniakan taufiq dn hidayah untuk kita sama sama mencari keredhaan NYA.  Ameen ya robbal alameen.  Doakan untuk penulis ini .

2 comments:

  1. Anonymous said...

    Salam Dr. hari tu saya fail inerview tok jd lecturer kat 1 u ni. Dr mesti pernah jadi panel interview kan, bleh xsaya nak tau apa kriteria yg diperlukan tok jd lecturer. sy ada master, ada pengalaman mengajar kat sekolah n mrsm, tapi panel ckp sy xd pengalaman mengajar bdk2 mature. thats why sy kena reject. yang herannya, ada bdk ni fresh graduate, takde langsung pengalaman mengajar even ajar tuition pon xd. tp diorg amik dia. i know bcoz i contact her. i did ask her did panel asking about ur experience in teaching? she said no, they just asking about my FYP only! my questn is are they looking for someone who can teach or who interested in doing research? But Panel interview xtny pon i pasal my FYP n my dissertation. Rasa xadil...

  2. sazali said...

    Wa alaikum salam Cikgu

    Memang ..sekarang trend Universiti IPTA, IPTS ..mengambil staf yg ada potensi buat research dan publications. Ph.D potential atau tidak si pemohon ini. lain panel .. interview .. lain soalan dan expectation mereka.

    2) Kebolehan mengajar satu satu subjk ..di lihat bukan prioriti utama lagi/ yg paling penting si pemohon ..mampu ..membawa universiti ke ranking 100 universiti terbaik dunia atau tidak. Sabarlah cikgu. Cuba lagi ..dan pandang positif kpd keputusan interview hari itu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Bersabarlah.

Post a Comment