Bulan puasa ni

Posted by sazali

Salam

Bulan puasa ini bagus jika kita fokus kepada beberapa amalan mulia seperti:

(a) membaca Al Quraan .. biar betul bacaan itu kerana bacaan ini kita bawa dalam ibadat sembahyang kita dari sekarang sampailah ke saat kita mati

(b)  baca Al Quraan dan tahu maknanya.  Baca dari KItab Terjemahan.  Bagus buat begitu ..baru boleh kita  insaf betapa untung kita ada ibu bapa sejak kita dilahirkan lagi

(c)  berzikir.  Sebutlah alhamdulilah , subhanallah dan Allah hu Akbar.  banyak banyak.  Basahkan bibir mulut kita itu dengan berzikir dari pagi sampai maghrib.  Try.

(d) hadhir diri ke dalam majlis agama - 10 minit sehari pun dah ok dah contohnya selepas Sembahyang Zohor di Masjid Universiti .

Baru baru ini saya hadhir ke majlis ilmu .  Tajuk perbezaan antara orang beriman dengan orang bertakwa.
Dalam Al Quraan .. Allah berfirman 'wahai orang-orang beriman ..'

tak ada lagi saya terjumpa ayat 'wahai orang orang bertakwa ...'

Mengapa yer?

Nanti dalam penulisan di lain waktu insyallah ..saya menulis benda ini.

(e)  bersedekah duit syiling, duit kertas RM kpd orang orang miskin termasuk students universiti, politeknik , SMK, SK dan lain lain lagi.  Termasuk janda yang kehilangan suami /  anak anak yg kehilangan ibu ayah kerana accidents dan lain-lain lagi.

(f)  membantu ibu dan ayah menjual di bazaar ramadhan
(g)  membantu guru dengan cara .. jangan kasi masalah kpd guru kita.  Dia pun letih jugak ..nak kejar kau .. selalu memonteng kuliah dan lain lain lagi.  Dia lari tak selaju kau lagi.

(h)  membantu ayam ayam di bawah rumah.  Taburlah nasi nasi basi untuk ayam ayam di bawah rumah itu sedikit pun jadilah .  Kasihan ayam ayam.  Kalau puasa itu ..setakat manusia sudahlah berpuasa ..tak kan ..ayam pun nak berpuasa jugak.  Kasihan dia. Dahlah umur nya pendek memandangkan raya puasa laju menjelang 25 hari lagi bukan?  .. berpuasa pulak ayam di rumah ini.

(i)   membantu jiran tetangga .. mengait buah kelapa muda.  Kalau banyak buah kelapa dikait ..jgn lupa mintak sebiji untuk guru guru mu ..  kasihan cikgu cikgu itu.  Berbudilah kepada guru guru mu ..banyak pahala insyallah.

(j)  jangan berhutang sana dan sini.  Cukuplah kita berhutang dengan bank bank komersial ..  & ceti itu sejak turun temurun.. Dah ramai orang melayu kita dibunuh kerana berhutang dengan si along bedebah itu.

Sekian.  Buatlah renungan wahai pembaca.

Tak rugi jika kalian ikut ..  petua saya ini agar kebahagiaan datang ke rumah kalian.  Ameen.

Yang baik baik semua dari Allah .. yang tak best sangat itu .. semua kesilapan saya secara total maklumlah saya dah 6 hari berpuasa.  Syukur .




0 comments:

Post a Comment