Salam
Bulan puasa Ramadhan mubarak yg mulia hanya seminggu sahaja lagi .. menjengguklah Ramadhan kat kita seluruh umat islam seluruh dunia. Sebut jer berpuasa ..rasa rasa semasa aku muda muda dahulu .. rasa lembik jer kepala lutut .. maklumlah .. sembahyang sunat tarawih 20 rakaat dan witir 3 rakaat ..pula setiap malam. Pulang dari masjid .. kita pakat makan colek mempelam muda dengan cuka, belacan dan cili padi bersama sama dgn adik beradik kita tercinta. Kalau tak ada mempelam muda ..kita cari penggantinya iaitu .. buah betik muda. Best you! Malam itu takleh tidur kerana .. sakit perut .. kerana penangan colek bercampur air tebu waktu berbuka puasa. Adushhh kerap sungguh melawat tandas malam itu.
Di saat saat begini ..teringat .. kat arwah ayahanda (AL FATIHAH) .. yg suka makan cendol manisan buatan tangan bondanya yg tercinta. Dia kata ..cendol paling best di dunia ini .. cendol mok dia lah .. (ketawa). Betapa bangga ayah kpd hasil juadah berbuka puasa buatan bondanya tersayang.
Selain dari itu, ayahanda suka membaca / tadarus Al Quraan dari pagi (selepas Subuh) hinggalah matahari mengalah tinggi. Setiap hari ..di muka pintu rumah kami di Lorong Petani 3, Jalan Ibrahim, Kota Bharu, Kelantan. Bacaan ayah tak sesedap ...arwah Ustaz Hj Ismail .Qari hebat Malaysia di sekitar 1978- 1990. Tetapi ayah baca .. saya follow .. di dalam bilik tidur sambil berdakap dgn bantal busuk kami adik beradik.
Cepat sungguh .. masa berlalu ..sudah 10 - 11 tahun .. ayahanda hilang dari mata anak anakda mu semua tetapi .. amalan bulan puasa // yg ayahanda lakukan .. masih terbayang di mata kami sekalian.
Selain dari membaca Al Quraan .. ayahanda suka menunaikan sembahyang fardhu berjamaah di surau Kubur Kuda Kota Bharu .. 5 kali sehari semalam. Paling best .. ayahanda .. suka memakai serban putih dan berjanggut putih bila hadhir bersembahyang fardhu di surau atau di masjid mana mana pun.. lain sungguh wajah ayah semasa bertugas sebagai anggota polis PDRM di Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan dibandingkan saat ayah sudah bergelar 'pesara polis'. Ayah meninggal pada umur 75 tahun.
2) Walaupun .. ramai orang tak gemar berkawan dgn polis .. tetapi ..sebagai anak polis .. saya tetap menyanjungi semua jasa bakti ayahanda ..kerana dgn keringat ayahandalah . saya dapat bersekolah Inggeris di Rengit, Batu Pahat, Alor Lintang (Tengku Mahmood) dan STAR Ipoh. Jika tidak ..entahlah ..apa yg akan berlaku kepada saya ..kalau tidak susah payah ayahanda tercinta.
3) Pada saat ini .. inginlah saya menulis 1 atau 2 patah ayat .. kepada anak anak muda ..bergelar pelajar, penjawat awam atau pekerja swasta sekali pun .. di luar sana ..
semasa ayah ibumu ada di samping kita .. berbaktilah banyak banyak kpd mereka.
Jika tidak .. kita terlepas peluang paling besar dan mulia .. berjasa kpd ayah ibu kita sendiri.
Antara amalan yg patut kita buat banyak banyaklah ialah:
3.1 bertanya khabar mereka sekurang kurangnya seminggu sekali .. cakap biar lama lama sedikitlah
3.2 dengan cara begitu ..hilang rindu mereka kpd kalian
3.3 kurangkan lah ..bertengkar itu dan ini. Terimalah .. hakikat ..bahawa ..ayah ibu kita orang kampung jer .. manalah dia tahu SURIA KLCC itu apa dia di sana...
3.4 kalau ada duit lebih .. belikanlah kasut CLARK kat ayahmu. .. tak mahal sangat RM500 jer sepasang/ kalau mahal pun ...apa salahnya.. bukan kita beli Clark shoe setiap hari satu. Suka sangat ayah pakai Clark warna coklat jer.
3.5 kalau tak ada duit sebanyak RM500 itu, belikan ayah .. baju cantik cantik branded ..sikitlah .. boleh dia buat raya ..dgn kawan kawan dia .. pagi raya ke3 ke4 ke 5 .. bukannya apa .. baru sedap feeling dia .. anak dio sendiri yg belikan.. tak lama dah raya ni .. 38 hari lagi .. rayalah kita. Jom tanda hari hari ini kat tiang rumah kalian (ada ke tiang lagi ?).
Tak mahu juga?
3.6 jangan beli neck tie sudah lah .. mana ada orang tua beraya ..ke hulu hilir pakai neck tie ..anakku sayang
terutama ..kawasan raya sekadar ... bendang sawah di Kelantan dan Selangor sahaja.
Kau faham anak anak ku?
Sekianlah .. sekadar satu peringatan kpd saya sendiri yg masih mempunyai ibu yg semakin tua .. tua dan sakit sakit selalu. Kalau nak ikut amalan saya ialah.. saya sentiasa menginfakkan sedikit wang saku untuk ibu .. bila melawatnya di mana mana jua dia berada. Bukan apa.. sekadar .. nak cakap .. aku masih ingat kat ibu.
Itu jerlah.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawwabbb ..mintak Allah jumpakan kita dgn Ramadhan yg mulia ini kan?
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment