Salam
Dalam Star Malaysia 27 JULAI 2013 ..dilaporkan .. di Georgetown, pihak kerajaan telah menangkap ramai pengemis pengemis dari luar negeri sejauh Perak, Selangor dan Johor. Ada yang cacat anggotanya. Hasil tangkapan .. mereka menemui pengemis memperolehi duit derma RM100 lebih sehari dalam bulan ramai melayu yg baik hati budi dan hati perut.
Aghhh.. yang hairannya .. semasa sumbangan itu dan ini pada bulan Ramadhan yg berkah ini ..dilakukan secara online .. ke organisasi organisasi yg berkepentingan menperjuangkan nasib orang miskin ..makin ramai pengemis berkeliaran di tempat tempat strategik .. untuk menagih simpati kewangan , makanan dan lain lain lagi. Kalau mereka dibela ..sudah tentu .. imej agama islam tidak tercemar begini rupa. Imej islam ialah .. salah satunya ialah ramai orang miskin kedana dan kebanyakan mereka yg cacat anggota (buta, kudung tangan dan kaki, berpenyakit kulit melampau lampau .. ) akan menjelma dalam bulan puasa sahaja. Selepas bulan puasa .. mereka terus menghilangkan diri. Adakah ini drama tahunan ditaja oleh sindeket yahudi agar imej agama islam terus tercemar dari dulu sampailah ke satu hari nanti .. tak berkesudahan?
Ingin jugak saya bertanya .. buat apa sumbangan itu semua? Ke mana perginya?
2) Kalau dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM ..rakyat boleh melihat prestasi pencapaian calon calon yg menduduki peperiksaan tersebut dan dari situ kita boleh buat perbandingan dan penilaian sama ada terdapat kemajuan dgn prestasi anak anak kita melayu islam jika dibandingkan dengan anak anak cina dan india di negara ini.
Kenapa prestasi penerimaan sumbangan wang oleh sesuatu organisasi berkenaan di seluruh negara yg menguruskan kutipan derma ini tidak dilaporkan secara besar-besaran .. kepada rakyat jelata melalui akhbar dan media sosial yg lain? Adakah semua itu disulitkan dari pengetahuan rakyat jelata .. ? Apakah misterinya?
Kita sebagai rakyat mukmin, mukminah ingin sangat mengetahui .. ke mana sumbangan kami digunakan seterusnya .. terutama kita dah 12 hari lagi menuju ke Hari Raya Aidil Fitri.
Adakah wang kutipan itu ..diterima oleh orang orang miskin, fakir miskin .. mengikut masa yg dirancangkan agar dengan duit itu mereka dapat merayakan hari kemenangan kita melawan nafsu makan minum dan tamak haloba sepanjang 1 bulan ramadhan?
Saya rasa kita perlu jawapan dari pihak berkenaan. Selagi ..kita buta/tuli .. dari semua benda di atas , selagi itulah ... orang orang fakir miskin berhijrah dari kampung dan desa menuju ke kawasan-kawasan taman perumahan org org islam dan bukan islam seluruh negara untuk mencari wang .. untuk pelbagaian maksud. Tidak malukah kita fenomena sebegini rupa?
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment