Kesat air mata mu itu ..

Posted by sazali

Salam

Semalam dah keluar senarai tampal ..  keputusan peperiksaan Statistic BIT11603 ..

ada yg berjaya dengan cemerlang dan ada yang kecundang ..  gagal.

2)  Sebagai pelajar universiti ..  kita kena telan keputusan itu walaupun pahit macam racun berbisa dari mulut seekor ular kapak bersaiz 'XXXS'.

Kita kena terima fakta bahawa .. kita tak berjaya kali ini.  Sebenarnya .. ada pelajar tak leh jawab apa apa dari kertas 2 jam 30 minit itu.  Skornya rendah dari titik shafaat shifumu 20/100 di telaga kausar Parit apa ni?  Tak ada jalan .. saya nak tolong anda lulus dalam kertas peperiksaan ini jika skor anda dlm kertas peperiksaan serendah itu.  Kesat jer air mata mu yg tumpah berderai derai itu.  Saya faham tetapi .. silap saya atau silap siapa ni nor( Kedah stail) ?

Mungkin ada benda yg tak kena ..  yg jelas ialah ..  skill  kira mengira dan hujah anda pada tahap pengajian universiti tahun 1 terlampaulah lemah.  Pelajar luar negara pun ..gagal/kandas/ fail.  Mereka langsung tak leh buat apa apa walaupun .. soalan adalah dalam bahasa inggeris.  Kalau mereka jawab dalam Arabic pun .. saya tak pangkah apa apa .. mereka sekadar menyalin soalan yg saya dah sediakan 3 bulan yg lalu untuk kalian.

3)  Bagi yg berjaya dengan gred skor 'A' dan 'B' ..saya ucapkan syabash.  Teruskan belajar bersungguh-sungguh supaya layak ke peringkat sarjana/ Ph.D.  Tuah ayam nampak di kaki, tuah pelajar saya .. mungkin ada dlm skor skor statistik 'A'  dan Diskrit Matematik 'A'.  Insya allah.  Gred 'B' alright jugak. B is for BEST/  B for Berehhhh.  C  for cemerlang/ chao jauh jauh dari mata saya ..(laugh).  D don't cry for me Argentina ..and E ..  expired.  A =  automatic promotion towards Ph.D study.  mau kau?

Sekarang saudara/ri   kena belajar ..  pakai smart-smart/ lawa lawa ..dan belajar berkomunikasi dgn baik.  Bila bercakap dgn rakan taulan .. biarlah isi kandungan percakapan itu .. berat ke arah akademik dan ..org buta bawah khemah tepi tasek sekali pun itu bila mendengar sok sek sok sek anda .. dia tahu .. anda ada brain matematical like Prof Mustafa Mat Deris et al.

Syabas!

Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb.

0 comments:

Post a Comment