Salam
Ada orang mencari-cari populariti, maka sudah tentu dia sudah ada persiapan yang rapi seperti se orang bintang filem .. arwah P.Ramlee .. namanya dijulang di Asia Tenggara kerana bakat lakonan dan lagu lagu yang evergreen. Sehingga sekarang tidak ada lagi bintang filem melayu yg dapat menandingi arwah dalam bidang tersebut. Sayangnya Allah memanggil dia pulang ke pangkuanNYA. Al- Fatihah.
Ada students mencari cari pasangan hidup semasa di universiti, IPG dan di tempat-tempat lain. Sudah tentu ada strategi yg dia mainkan untuk maksud tersebut. Ada yang dapat markah cemerlang dalam matematik dan berkat dari itu namanya sellau bermain-main di atas bibir pensyarah, profesor dan rakan-rakannya. Lama kelamaan dia ditawarkan jawatan tutor kerana dia memperolehi ijazah sarjana dan .. dengan nikmat tuhan ..pihak universiti menghantarkan nya menyambung pelajaran ke pringkat yg lebih tinggi. Di Jepun dia mendapat isteri . Oleh itu , strateginya .. menjadi. Bukan setakat PhD di jepun .. orang jepun pun dia dapat tawan dengan berkat matematika dan ilmu kejuruteraan perisian nya. Alhamdulilah.
Tetapi pada masa ini , seluruh umat islam ..sedang berpuasa. Mereka sedang mencari-cari sesuatu. tahukah engkau apakah benda yg dicari-cari itu?
Benar ..tepat sekali. Kita mencari cari satu malam dipanggil 'lai la tul qadha' ..
mengapa yer? Faedah apa yer malam ini?
Mengikut Surah Al Quraan ( suah al qadri ..) .. malam itu bersamaan dengan 1000 bulan. Pahala ibadat kita digandakan seperti kita beramal selama 1000bulan. Syukurlah ...orang islam yg mencari cari malam yg penuh berkat ini.
tadi saya hadhir ke majlis ilmu di masjid. Ustaz ..mengajar tentang kepentingan malam lai la tul qadar ini. sambil tertidur - tidur ayam.. telinga saya terdengar satu berita. Kita kena bersiap sedia dgn rapi untuk memperolehi malam yg hebat ini. Why? malam ini adalah malam yg berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan setiap tahun.
Dalam 10 malam terakhir .. selalunya saku saya ada duit yg lebih. Mulalah nak beli itu dan ini. Ramai orang kita gi shopping ..pada malam malam 10 mlam terakhir. Kalau drebar tak shopping pun , dia berperanan sebagai .. body guard ..isteri dan anak anak daranya .. di shopping complex yg mewah mewah. Oleh itu, mungkin kerana kita terlampau ghairah dgn shopping ..kita tak berjumpa dgn malam lailatul qadar.
Kasihan kita.
Oleh itu .. jom kita pasang strategi yg baik baik ..supaya tahun ini ..kita akan berjumpa malam yg hebat itu ..malam lai la tul qadar .. 1 malam ibadat ..bersamaan dgn 1000 bulan (83 tahun) ibadat. Tak mahu tuan hamba?
Mengikut statistik, ramai orang melayu kita meninggal dunia dalam lingkungan umur 50 - 65 tahun. Nila mod ialah 63 tahun. Oleh itu, tak ramai orang melayu ..dapat menikmati umur sebanyak 83 tahun. Memandangkan keadaan yg demikian ..jom kita bisik bisik , slow talk dgn isteri ..milah kita shopping raya pada 3 shawal lah .. ok tak?
Mengapa bang?
Aku nak mencari -cari malam lai latul qadar lah. kau tak nak cari jugak kah?
Insyallah ..orang perempuan hatinya lembut. Lebih lembut dari beras pulut siam/thailand. Pandai pandailah membisik kat telinga orang perempuan kita .. ingat pada Allah banyak banyak. Bila lagi milah? mak kau meninggal pada usia kau masih sekolah rendah lagi/ ayah kau meninggal di kala kau kat UKM lagi .. so this year .. we go hunting for the night of power called lai la tul qadar .. ok milah?
He..he..
Semua kita mencari cari sesuatu. Biarlah benda yg dicari-cari itu ...membawa kita ke arah ..keredhaan Allah Taala yang maha pengampun dan penyayang.
Sekian. Saya sekadar seorang posman sahaja. Inilah surat dari saya. Maaf jika tak cantik, tak besar, tak gampang .. ini sahaja kebolehan saya menacri cari alamat tuan/puan hamba.
wallahu aklam bis sawab.
Dr S
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment