Kerja guru

Posted by sazali

Salam

Sebagai penjawat awam @ guru ... kita telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa perkara yang mesti kita buat bagi menjawat kerja guru.

Berikut adalah di bawah perhatian kita:

(i)  persediaan mengajar
(ii) silibus dan kurikulum subjek
(iii) perancangan peperiksaan dalam dan peperiksaan besar
(iv)  menanda buku , worksheet makmal
(v)  menulis reflection dalam diary persendirian untuk proses penambahbaikan PnP

-----------------------------

kalau kita buat beggitu setiap hari ..kita dikatakan memang buat kerja guru.

Begitu juga orang yang mengelar dirinya 'kerja drebar bas express Transnasional'.

Ada beberapa ciri ..  yang melayakan dia dipanggil drebar bas dengan pendapatan RM2000 sebulan. Alhamdulilah.

----------------------------
bagaimana pula dengan 'kerja agama'?

Sebagai umat nabi Muhamammad s.a.w. kita digelar sebagai umat terbaik kerana kita menjalankan ;kerja agama' sepanjang masa.

Apa itu kerja agama?  Kita buat perintah Allah , ikut sunnah nabi dan pada masa yg sama ..kita mengajak orang lain berbuat demikian.  Dengan amalan begitu '.. setiap patah mengajak manusia mengabadikan diri kpd Allah .. adalah kerja agama.. dan balasannya ialah syurga firdaus .. tempat destinasi terakhir kita.insyallah'.
Alangkah untung orang bergelar guru.  Setiap hari dia ada potensi bercakap benda baik , ajak murid muridnya kepada benda benda yg baik.  Jika kita memandang murid murid sebagai potensi/ modal kita .. Cukup luas skop dakwah kita.  Medan dakwah cukup besar terhampar di hadapan mata kita.  Guru boleh berdakwah sambil-sambil  mengajar ilmu matematik .. insyallah saham kita terus maju dan hanya Allah yang tahu jumlah keuntungannya di sana di sana.  Kita petik buah itu di sana.  Insyallah.  janji Allah tetap benar.

Tetapi bukan sesuatu yang senang nak buat kerja agama bang/kakak.  Why?

Tengoklah di sekeliling kita.
Ada orang itu cikgu ..tetapi otak dan fikiran dia selalu memikirkan aktivitas lain seperti jual rumah, jual kereta, jual insuran dan jual kueh raya dengan tag line '.. bukan kueh saya ini ..kueh kakak ipar saya ni '...

Sempena bukan puasa .. saya mengajak diri saya dahulu dan tuan hamba ..jom kita betulkan niat dan amalan harian kita.
Mintak ampun dgn Allah dan  kita buat kerja agama bersungguh sungguh hati.  Tak rugi.

Sekian.

Walalhu aklam bis sawabbbb.
Maaf jika ada yg silap.

0 comments:

Post a Comment