Buat baik berpada-pada

Posted by sazali

Salam

Dekat dekat nak berhari raya ini .. ramai orang meminta bantuan kewangan / derma masjid, surau dan pondok tahfiz.  Bukan tahun ini sahaja .. dah lama dah stail dan proses meminta derma begini.

Ada ramai orang islam .. yg telah menyumbangkan wang, tenaga ke arah itu - sesuatu yg dituntut oleh agama islam tetapi .. saya perhatikan masih ada lagi kes berikut:

(a)  tandas surau / masjid tidak terjaga dgn baik ..  pendek kata kotor, tidak ada air dan ..  saluran paip air .. tersekat-sekat .. cukup menjjijikkan hati ..orang yg datang beribadat sebulan dalam setahun.  Wang kutipan sepatutnya digunakan untuk maksud menguruskan masjid termasuk tandas dan keadaan sekitar masjid.

(b)  orang orang miskin .. orang tempatan/ pendatang asing / glokal/ global ramai yang memasuki kawasan taman perumahan org org islam  .. untuk maksud meminta derma ..untuk berhari raya.  kasihan juga ..jika kita melihat mereka dari jauh. Ada yang membawa 'babies' masih berkeadaan merah merah .. baru lahir kot .. datang ke pintu rumah org orang islam dan rumah org org bukan islam mengemis .. gemis.

Kadang-kadang syaitan, iblis meniup/ berbisik-bisik ..dalam telinga saya ..  beginikah  .. umat islam pada hari ini?

Maaf saya menggunakan istilah / panggilan syaitan dan iblis ini .. kerana mengikut hadith ..pertama .. bila dtg musim ramadhan ..  syaitan/ iblis dirantai .. habis habisan .. tak ada skop mereka nak memperdayakan .. umat nabi muhammad s.a.w ini ..tetapi  ..  geng syaitan/ iblis .. sentiasa membisiklah ..

wang derma ini ..  banyak yang disalahuruskan atau disalahtadbir dari peringkat awal hingga ke peringkat akhir.  Ke manakah perginya wang ..yg sebanyak ini ..sejak negara mencapai status kemerdekaan lagi?

2)  Saya rasa .. saya nak beri sumbangan secara .. ikhlas jer .. malas lah nak isi borang ..  itu dan ini kerana .. cara begini .. rasa rasa lambat sampailahh  ke tangan si fakir miskin yg berada ..  disekeliling kita .. saban waktu dekat dekat dgn hari raya aidil fitri.  Maaf zahir dan bathin.

3)  Kalau disumbangkan terus ke dalam akaun surau, masjid , .. dan macam amacm institusi .. orang miskin fakir miskin masih aktif mengetuk pintu rumah kita ..  memberi salam tanpa putus-putus contoh di Taman Desa Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Tak nampak lagi .. orang masjid dan alim ulama besar besar yang memakai serban  ke .. beratur .. ramai-ramai kat jalan jalan raya berhampiran dengan masjid mereka.. menyumbangkan terus wang derma kita mukmin dan mukminat kepada kumpulan org orang miskin melarat ini.  Pendek kata .. baiklah kita simpan RM100, RM200   .. dalam kertas RM1  .. khaskan 100%  untuk disumbangkan terus kpd mereka yg susah ini.  Sebenarnya dalam dunia .. ini orang / masyarakat melayu lah orang paling baik kerana .. sifat pemurah dan baik hati. Ada kadang kadang kita senang ditipu hidup-hidup. (bukti:  mintak google hati melayu).  Makan minum kita pun ..dipermain-mainkan oleh org yg tidak bertanggungjawab dgn konsep halal dan haram.

Dengan cara ..menyumbangkan terus kepada fakir miskin di hadapan rumah kita .. saya rasalah ..Hatipun senang ..  kerana mak ayah saya menasihatkan saya untuk berbuat baik berpada pada dan buat jahat jgn sekali.

Sekian.  Renunglah bersama-sama adik kakok sekalian.  Wang / derma kita banyak yg tak sampai ke destinasi terakhir.  Bak por jadi gitu ?

Wallahu aklam bis sawab............

Allah Maha Mengetahui .  isi hati kita dan apa yg ada dlm poket baju melayu kita masing-masing. Settle?



0 comments:

Post a Comment