Salam
Orang ramai memerlukan perkhidmatan dari agensi agensi kerajaan untuk urusan hidup masing-masing. Melalui pertolongan pegawai kaunter diPejabat Pos contohnya , banyak masalah dapat di atasi.
Hari ini saya pergi ke salah satu Pejabat Pos di kawasan institusi saya. Jarak 2 kilometer dari fakulti tempat saya mencari makan untuk ahli keluarga saya siang dan malam. Syukur tidak ramai orang dan keadaan opis ini gelap jer. Mungkin hendak berjimat cermat kot .. maklumlah selepas PRU13 5 Mei 2013 hutang negara masih lagi 500 bilion Ringgit Malaysia. Selalunya .. ramai orang berkunjung ke pejabat ini untuk usussan ASB, ASN, pos laju dan bermacam macam lagi selepas solat zohor.
2) Saya ingin mengeluarkan sedikit wang untuk maksud tertentu maklumlah bila anak ramai di universiti IPTA .. masalah anak adalah masalah ayahandanya juga.
Bila tak ada orang dalam pejabat pos .. saya rasa sedikit seronok kerana .. saya dapat kembali ke opis saya sendiri dengan kadar segera.
Aghh.. saya tak bawak cermin mata hari ini. Penglihatan saya tidak sebagus dahulu lagi.
Dalam keadaan opis Pejabat Pos yang sedikit gelap , saya meraba-raba untuk mengisi borang keluar duit .. sekadar apa yang saya nampaklah.
Ada ruangan yang tak dapat saya penuhi mengenai nombor ahli dan tempat ruangan untuk tandatangani.
Bila saya serahkan borang yang 89%siap .. kerani perempuan itu cepat cepat bertindak .. Encik tolong isikan borang ini ..dengan sempurna.
Saya jawab .. saya tak nampaklah ..spek tertinggal ..
Kerani: kalau begitu ..mintak orang lain ...isikan ..
Saya: Haik .. pejabat ini tak ada orang lain lagi kecuali .. saya dah kakak kakak semua di belakang kaunter pejabat pos ini ..
mintak Tolong boleh ..
( dari muka yang masam .. bercampur keletihan wajah disebabkan berpuasa .. saya mengalah jer ..
Saya: Damn you! (saya juga yang siapkan tugasan memenuhi detail .. borang tersebut ..). He..he.. [ sorry aku curse ..menggunakan bahasa orang Inggeris & Amerika.
--------------------
Bila dah selesai .. saya mengucapkan terima kasih .. kepada tuhan kerana saya telah bekerja di sektor kerajaan seperti sekolah, politeknik dan universiti sepanjang usia mudaku .
Sekurang-kurangnya .. ada program tazkirah ..seminggu sekali ..dengan berbagai-bagai topik .. fokus mengenai sikap tolong menolong antara satu sama lain. Tambahan lagi .. khutbah jumaat 20 minit seminggu di masjid masjid sekitar universiti tempat saya bertugas.
sambil sambil memikir .. Bagaimana dengan pejabat pos ini .. ada tak tazkirah .. seminggu sekali ke, sebulan sekali ke , atau ... setahun sekali dalam kalangan warga pos seksyen kaunter hadapan ini?
Saya rasa ..kurang benar kualiti .. cara layanan orang kaunter pejabat pos ini ,,bukan setakat di sini sahaja ..bahkan .. banyak pejabat pos yg saya sudah kunjungi di Malaysia ini.
Mengapa begitu hah?
-------------------------------
Saya yakin jika kakak kerani ini ..baru berkhidmat 1 - 3 bulan .. cara layanannya kepada pengunjung kaunter cukup bagus dan memuaskan hati .. berbanding dengan staf yg sudah memasuki zon selesa .. seperti ..sah dalam jawatan, rumah berdekatan dengan tempat kerja dan mungkin mungkin .. ketua pos itu ..suaminya yang dicintai.
Betul tak?
---------------------------------------
Memang bulan ini bulan puasa. Tetapi .. ramai para sahabat Nabi yang terkorban dalam peperangan Badar dan Uhud beribu ribu tahun yang lalu pada bulan puasa yang mulia juga. Pengorbanan melayan orang ramai dengan stail tertentu di dalam pejabat pos sudah tentu jauh berbeza dengan cara para sahabat sanggup berkorban nyawa untuk agama dan bangsa. Dengan cara pengorbanan para sahabat nabi itu agama islam telah tersebar ke seluruh dunia hingga ke tanah melayu ini. Apakah bentuk layanan yang saya maksudkan ini?
Senarai di bawah. Bacalah:
a) tak boleh mula ker .. dengan ayat power .. BOLEH SAYA BANTU pak chik?
b) borang ini tak lengkap pak chik. Mari saya tolong isikan .. boleh tak?
c) pak chik ada RM5000 jer .. dalam akaun .. Pak chik nak keluarkan berapa banyak .. ni?
Bukankah ini sedap didengar .. lagipun .. kami pengunjung Pejabat Pos .. banyak masa kami habis semata mata nak cari tempat parking ni. Kadang kadang .. kami terpaksa berjalan kaki .. dari tempat parking kereta .. lintas jalan besar .. semata mata nak berurusan dengan kaunter Pejabat Pos. Bukan kami nak duit kakak pun. Kami sekadar nak layanan yang profesional sahaja.
Cuba saudara/saudari tengok.. ayat ayat power orang kafir di Leeds/ Birmingham ..bila berurusan dengan student muslim satu ketika dahulu...
(a) Yes Love ..what can I do for you love?
(b) Oh I see .. common ..let me help you .. filling the details .
(c) are you sure you want to take out STRG300 only from your account Love?
(d) Well .. that's seem in order.
(e) Have a nice day LOVE!
Dengan layanan profesional sebegini rupa, tak hairanlah ..orang orang Afrika berduyun duyun memeluk agama kristian. Mereka tertarik .. dengan lengok ayat ayat ala bisness orang barat ..
belum diambik kira lagi .. dengan wajah / stail pakaian / warna kulit betis dan peha ..minah minah salleh di sana .. He..he.. (maaf)
Saya yakin .. ada pembaca yang mengalami nasib yang sama dengan staf pejabat pos , atau staf perkhidmatan kaunter semi kerajaan yang lain di negara ini. Senyum senyumlah sedikit kakak, tak boleh ke?
Apakah yang tuan /puan rasa .. dengan stail mutu .. perkhidmatan mukmin mukminah kita ini? Rasa rasa kalau aku lahir dari keluarga Hindu 50 tahun yang lalu ..ada chance tak aku .. tertarik dengan agama islam yg suci murni itu sebagaimana di war warkan oleh PM kita yang dicintai?
Sekian. Maaf .. elok juga kita bincangkan .. kerana bulan puasa pun tuhan mintak kita memperelokkan lagi kuantiti dan kualiti dalam banyak aspek pekerjaan kita nor?
Walalhu aklam bis sawabbbb .. maaf ...jika ada yg tersinggung. Saya bakal pesara sahaja.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam, saya ada pengalaman yang sama di Pejabat Pos UTM beberapa tahun dulu. dahlah servisnya macam nak x nak, senyum pon payah. saya rasa, saya dah berkali2 pegi PP tu tak penah nampak dia senyum dengan mana2 customer pon. kalau cakap dgn customer nada tinggi sampai saya penah rasa sakit hati dengan dia.
Rupa2nya abg saya sendiri pon penah ada experience dengan orang yang sama. Jadi kami pon berbaik sangkalah.mungkin die berpenyakit. penyakit x boleh senyum.hehe