Hargai apa yang ada dengan kita

Posted by sazali

Salam

Ahad yang lepas .. satu artikel oleh Mr  Soo Ewe Jin  cukup menarik.  Tajuk ialah ..  bE HAPPY WITH WHAT you have now ".Rujuk:  Sunday Star 7 July 2013  Begitulah tajuknya lebih kurang.

Sebagai manusia yang baru sembuh dari barah Mr Soo meminta kita merenung jauh ..kepada anugerah tuhan kpd kita selama ini.  Kita diberikan kesihatan, kemahiran tinggi dalam bidang-bidang tertentu, anak anak yang ramai dan bermacam macam lagi.  Tetapi ramai antara kita masih belum menemui titik kepuasan dalam berbagai bagai segi.  Contohnya:

(i)  gadget teknologi pintar .. beli je ..TV set 15 tahun umurnya kepada flat screen , full HD 32 inci model, mesti ada orang lain komen ..kenapa tak beli 42 inci skreen , versi 3D yang itu ..screen lebih besar,  gambar lebih tajam dan jelas, power lebih tinggi dan bermacam-macam lagi

(ii)  sekarang ada orang lelaki berumur 50 - 60 tahun .. dari gaya percakapannya ..  dia terkilan tak berkahwin dengan perempuan bekerja seperti dirinya juga.  Contoh jika dia akauntan negara .. bagus jugak jika isterinya akauntan Bank Muamalat ke .. macam macam itu lah nadanya

Pendek kata .. ramai antara kita tak pernah puas hati dalam setiap kurniaan tuhan kepada kita.

-------------------------------------

Semalam .. Tuhan Rabbal alameen memberikan saya peluang ..memberi / menjayakan bengkel matematik pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah penglihatan di salah sebuah maktab terkemuka di selatan semenanjung tanah air ini.  Diadakan di  Hotel Aman Sari, Johor Bharu.  Cukup cantik hotel dan kawasan sekelilingnya.  Tetapi lebih cantik lagi .. saya lihat 30 orang pelajar bersama-sama dengan guru guru mereka setia menanti ketibaan saya ..  menjayakan bengkel tersebut.

Selama 4 jam bersama-sama dengan pelajar istemewa ini .. saya mulai sedar betapa beruntungnya kita bergelar  :

(a)  guru -  kita boleh membimbing anak anak orang membaca, mengira dan  memikirkan dalam proses menggali ilmu pengetehuan milik kepunyaan Tuhan yang Maha Esa.  Guru guru yang ada .. cukup bertanggungjawab ..membantu saya ..  agar pelajar pelajar tak kekok ... berinteraksi dgn saya ..  sepanjang seminar tersebut.  Guru guru mereka mundar mandir dalam dewan ..membantu anak anak didik mereka supaya tidak malu bertanya itu dan ini dari saya ..

(b)  kita manusia normal - sempurna  tubuh badan kita ..  kita tidak dikehendaki membayar apa apa pun untuk mendapatkan sepasang mata yang dapat membezakan nikmat  dan amaran tuhan.  Nikmat tuhan ialah .. kita tahu nilai warna di dalam pelangi iaitu 7 warna berbeza beza terlukis atas kaki langit pada bila bila masa , dan dari nikmat mata kita dapat belajar di alam persekolahan dan universiti dengan jayanya..  SEtengah kita ada yg mendapat  jawatan hebat melalui nikmat mata seperti juruterbang MAS, AIRASIA dan TransNasional.  Tanpa mata .. mungkin kita tidak dapat melihat ..keindahan alam disekitar kita 24/7. Amaran tuhan ialah apabila kita lihat peristiwa Tsunami kepada rakyat Acheh 2004.  Tak takut kau dengan ombak setinggi 4 kali ganda ketinggian pokok kelapa dan seberat melebihi 5000 tan air yang menghempap tubuh badan manusia sekerdil ini?

(c)  Sepanjang program seminar motivasi matematik ini saya menyaksikan betapa bersungguh-sungguhnya pelajar pelajar ini menaip mengunakan alat braille ..  dan dari taipan mereka ..saya meminta mereka menulis dan membaca apa yang telah dipelajari tadi .  Salah satu .. ayat yang menarik ialah ..  dia merakamkan ayat ayat berikut..  DOKTOR mengajar dengan baik .. saya seronok belajar dengan doktor.. Doktor cakap .. kalau kita seperti 1 batang lidi satay  kita senang dipatahkan ..  tetapi kalau kita berkumpul sebagai berpuluh puluh batang lidi satay .. maka payahlah manusia nak mematahkan kita.. maknanya ..Doktor cakap ...  kita perlu berkawan dengan orang orang lain dipanggil rakan sebaya ..dari perkongsian itu .. kita dapat berbincang dalam banyak perkara .. kita akan mendapat banyak ilmu jika kita saling kongsi berkongi ..dalam banyak perkara.     JIka kita mengajar orang lain pun .. kita dapat banyak ilmu dari proses pengajaran bersama-sama ini... Kita perlu ikhlas kerana tanpa keikhlasan ..tuhan tak akan memandang jasa bakti kita selama ini.  Mungkin skor jasa bakti kita ditolak oleh tuhan.

Yang menarik ialah ..  pelajar-pelajar ini terdiri dari 3 kaum .. melayu, cina dan india.  Semasa belajar , jika kawannya melayu nak ke tandas .. kawan cinanya tak teragak-agak .. memimpin tangan , tongkat khas dan membawa kawan cina nya itu ke tandas tanpa berkata apa apa ..  oh tuhan ..semua berlaku di hadapan mata saya ..

di sudut yang lain ..   saya saksikan bagaimana  pelajar pelajar melayu yang rabun bertungkus lumus memberi galakan kepada kawan indianya yang bernasib lebih teruk dari mereka membina ayat ayat ..  supaya ..mereka semua bersedia menerima hakikat .. tuhan menduga mereka dalam seksyen penglihatan sahaja.  Seksyen lain ..  mereka OK ..kerana .. mengikut .. informasi dari guru guru Pendidikan Khas ..  mereka mencapai keputusan UPSR, PMR yang cukup cemerlang selama ini.  Oh tuhan ...bantulah mereka menjadi insan yang mulia.    Ameen.

(d) Dalam perjalanan  pulang ke rumah saya 100km dari pusat bandaraya Johor Bharu  ..  saya merasai sesuatu keinsafan menyelinap kesegenap urat urat saraf saya yg halus  .. dikurniakan oleh tuhan ..  iaitu sebelum penulis blog ini mati  pun ..tuhan memberi saya peluang merenung dan insaf .. banyak perkara..nikmat Allah dengan mata , bau, rasa, fikir dan  ..  bukan macam Firauan di kala ditelan oleh air laut Sungai Nile ..  barulah dia tahu siapa tuhan Nabi Musa alihis salam.  Keinsafan  Firaun terlampau  lewat dan tuhan tidak menerima taubatnya sedikit pun.

rumusan nya ialah

COUNT YOUR BLESSINGS my dear out there.  Verily you have so much blessings with you and around you.  Which nikmat of Allah can you deny ?

Sekian.

Kita tak kaya pun tak apa ..  yang penting kita menghargai semua nikmat kesihatan, penglihatan, fizikal yang sempurna anak isteri, kecemerlangan sekolah dan universiti, berbagai bagai lapisan sahabat handai jawa, kelantan, gganu, JDT, banglabest, vietnam, iraq, somalia, yaman , nigeria, yang mewarnai kehidupan kita .. dan lain lain lagi.  Selamat Menunaikan Ibadat Puasa Ramadhan yang mulia ini.

Subhnallah, alhamdulilah dan Allah HuAkbar.
Wallahu aklam bis sawabbbb.

0 comments:

Post a Comment