Salam
Hari ini kerja saya ialah melihat kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar pelajar yg akan melangkah ke tahun 3 Sept 2013 ini. Sepanjang pagi ..saya menanti mereka ini. Bertuah punya pelajar ..
Tugasan mereka selama 1 bulan lebih ini ialah membina sistem I.S. secara berkumpulan.
Selama beberapa hari ini , pelajar tidak dapat :
1) menulis proposal dan report dgn baik
2) rujukan mereka tidak rapi .. jika mereka merujuk kpd Buku Panduan Tesis/ tesis dalam Bilik Tesis Fakulti ..barulah mereka tahu ..apa yg mereka buat ini .. banyak yang cincai sahaja.
-----------
Bila buat kerja berkumpulan dalam bulan puasa yg berkat ini ..
nampak sangat mereka tak membaca secara rapi cara cara penulisan senior yg lepas lepas ..sebagai panduan dan contoh terbaik;
saya rasa mereka tidak memberi fokus kpd ..penulisan teknikal
Banyak masa mereka gunakan untuk membangunkan sistem. Bila pembangun sistem buat kerjanya .. saya dok fikir jugak ..orang orang lain ..buat apa hah?
Ada tak mereka terjumpa istilah 'sleeping partners' dlm kerja kerja kumpulan?
----------------------
Saya dah berada di sini selama 10 tahun lebih. Saya perhatikan tak banyak kumpulan yg berjaya menghasilkan satu projek yg tinggi mutunya dalam erti kata - sistem berehhh (settle) dan report pun berehhh jugak.
Yang saya lihat ialah report mereka 50% siap dan projek I.T mereka 70% siap.
Kenapa begitu lagunya? Dah buat projek beramai-ramai ..sepatutnya .. hasil kerja sangat tinggi mutunya.
Lagi pun bilangan hari menuju bulan SEPT 2013 sudah tak berapa banyak lagi dah. Pada masa itu, mereka kena buat projek secara solo. PSM1. Final Year Project. Settle FYP ..insyalalh cerah masa depan bergraduat + MUET Band 3. He..he..
Lagilah payah bukan?
Sekian. Masa terus berlalu. Masa tak menunggu sesiapa.
Selamat Menyambut Hari Raya. Maaf Zahir dan Bathin. Insyalalh saya nak ambik cuti yg lama sedikit dari tahun tahun sudah. Ada 2 buah negeri nak 'cover'. Kelantan dan Johor. (laugh)
Raya sakan , orang kata?
Wasallam.
Wallahu aklam bis sawabbb.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment