Salam
Syukur .. kita ada 6 hari lagi untuk bertemu dgn Hari Raya Aidil Fitri.
Syukurlah.
Oleh itu kita kena ceria kerana ..
(i) tak payah berpuasa lagi. Alhamdulilah dan kita boleh minum minum kopi sambil membaca buku yg berat berat. He..he..
(ii) bila raya , ..ramai anak anak cucu kita balik untuk berhari raya
(iii) kita boleh makan makan dengan ibu bapa dan sanak saudara jauh dan dekat. Dapat bersalaman dengan atuk dan nenek .. yg masih ada ini. Apa khabar Atuk?
(iv) insyallah .. badan tak lah letih sangat untuk melakukan banyak aktiviti pada zaman lani terutama .. memandu kereta ke sana sini ; banyak negeri bila bertugas di luar kawasan pejabat kita
(v) dan banyak lagi ... alhamdulilah. Nasib baik tuhan kasi kita beraya lagi tahun ini.
Syukurlah.
-------------------
Tetapi awas tuan hamba ..
kesesakan lalu lintas menuju ke hari berbahagia itu. Ramai pemandu mengantuk dan badan pun letih maklumlah pemanduan meredah banyak buah negeri. Oleh itu bagus kita memandu dengan berhemah .. iaitu berhenti jika badan terlampau penat dan mata mengantuk.
Tak guna kita balik ..ke kampung tetapi dalam perjalanan kita terlibat dalam kemalangan kecil-kecilan atau besar-besaran. A u zu billah ..(mintak jauhkanlah)
-------------------------------
Memandangkan bulan mulia Ramadhan akan meninggalkan kita eloklah kita cepat cepat khatam Al Quraan buat doa banyak banyak agar tuhan memanjangkan usia kita ini dan kita dikurniakan taufiq dan hidayah untuk mentaati lagi dan lagi perintah tuhan . Malas sangat berzikirlah dengan menyebut 'subhana llah; alhamdulilah dan Allahu hu Akbar'. Tak kan tak boleh? Basahkan bibir mulut kita dengan menyebut nama nama Allah yg Maha Agung. Semua itu membawa pahala yg tersangat besar. Mintak Allah kurniakan kita .. kelembutan hati untuk sentiasa taat kpd suruhannya .. melalui saki baki hidup kita ini.
Insyallah.
Akhir kata ..nak ucapkan .kepada tuan hamba ..Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Bathin.
SEkian. Wasallam. Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment