Muhasabah diri (self reflections) - bilang-bilang kerja dosa pahala hari hari

Posted by sazali

Salam.

Nabi Besar kita Muhamad s.a.w kata "..bila nak tidur muhasabahlah (hisablah) diri mu itu..."

Why? Kita boleh check and improve amalan harian kita dari sekarang sampailah kita mati. Jika kita seorang guru cuba kita observe ..cara pengajaran kita di dalam kelas. Adakah cara itu yang terbaik untuk mendapat respons terbaik dari pelajar-pelajar? Jika bagus, alhamdulilah. Jika tidajk. kita mesti buat sesuatu. Di manakah kelemahan kita? Skill komputer kah atau cara cakap kita mengolah soalan ..

2) kadang-kadang cara kita bercakap dengan kawan-kawan se pejabat pun perlu kita perhatikan dan baiki cepat-cepat. Apakah kesilapan itu? Adakah kita bila bercakap selalu meninggi diri. Orang begini di mana mana pun orang tak suka. Maka tidak hairanlah ..kita ramai kawan tetapi serang pun yang tidak sudi berkunjung ke rumah kita jika kita mengadakan apa-apa majlis .. sambutan hari jadi anak, sambutan tanda kesyukuran dan bermacam-macam lagi. Kad jemputan banyak tetapi yang datang boleh bolang dgn jari sahaja. Hampanya kita

3) Jika kita guru, sudahkah kita menanda (marking) kerja-kerja budak budak kita? Sudah berapa lama kita tidak siapkan assignment mereka dengan markah skor - assignment work mereka. Mengapa begitu? Seseorang pelajar ..dia akn ingat bila dia hantar assignment itu dan sampai sekarang assignment itu tidak ditanda dan dibuat apa-apa komen dari sang guru. Jika ini berterusan .. kita sudah bisa berdosa dengan pelajar-pelajar kita tidak kira lah dari mana mereka datang. Dosa itu ialah rezeki kita sudah jatuh kepada "..makan makanan yang haram..".

4) Muhasabah kita masih diteruskan. Kenapa kita belanja banyak di kedai mamak tadi. Kalau kita makan RM3.00 se tiap pagi , tidak cukupkah itu? Mengapa kita belanja berlebih lebih tadi sampai mencicah RM12.00 sebab belanja rakan-rakan sejabatan. Agghhhh... mengapa ya? Are we rich enough to do that every day ..? Our hutang banyak lagi belum lunas ..baik kita banyakkan budget untuk clear hutang kita secepat mungkin.

5) tadi kita rasa kita bercakap kasar dengan anak bongsu kita. "tak patut aku kata begitu.. kesian dia... aku yang bersalah." So the next time, we can do better as a father when answering some needs of our own children. See the power of muhasabah diri?

5) Dengan cara muhasabah diri, otak kita di asah mencuba FOKUS di dalam semua bidang kerja. Dgn cara ini kita akan memperolehi kejayaan seperti skor 4.00 flat di dalam kuliah matematik diskrit dan sebagainya. Insyallah kita akan jadi orang yang cemerlang di dalam rumah tangga kita dan juga di mana-mana saja bidang kita ceburi.

SEkian. wasallam. Have a great day!

0 comments:

Post a Comment