Salam
Hari ni entah kenapa aku sibuk sangat sangat tetapi tak lah sesibuk Perdana Menteri Malaysia kita. Saya kena siapkan indeks buku sulung ku oleh pihak PENERBIT. kena baca seluruh penulisan buku itu .. macam-macam biar faham kandungan buku itu sebelum rancang bagaimana hendak buat indeks yang terbaik. (penerbit ada memberi nota ringkas bagaimana nak buat) Dalam kesibukan ini , tuhan masih sayang dan kasih kat saya. Dihantarnya satu jamaah dakwah untuk berkunjung ke rumah saya. Ahli jamaah ini bukan terdiri dari pak pak menteri atau penyokong kuat pasukan Harimau di Bawah 23 pun .. mereka adala orang islam biasa jer tetapi tuhan hantarkan mereka berjumpa saya.
2) Agh selalu gitu. Masa aku sibuk gini ..memang tuhan nak menduga aku .. mana lebih penting kerja agama (fikir iman dan amal) jika dibandingkan dengan kerja menerbitkan sesebuah buku kau itu? tak tahu lagi sambutan buku kau itu . tau tak? he..he..
He..he.. tidak terdaya aku menjawab soalan begini .. Yang aku tahu .. tuhan sentiasa mahu yang terbaik untuk makhluknya seperti aku yg serba lemah ini.
Ampunkan aku ya Allah.
3) Hari ini ..aku sangat sangat sibuk juga. Orang lain yang tidak ada kerja apa apa pun dia orang kata dia sibuk jugak sibuk mereka kerana tak ada kerja. Seorang ketua jamaah itu memberitahu ..mereka dari masjid baru UTHM .. nak jemput bapak ke majlis istima' mikro dalam kalangan students uthm ..plan .. plan .. ajak mereka kurbankan masa keluar dakwah semasa cuti semester 1 ini sesi 2011/12. If tak jemput mereka buat usaha agama nanti datang bala tentera uthm yang ajak mereka daki bukit gunung .. silap silap di panah petir kilat sambung menyambung musim hujan begini. jika kita tak ajak kpd agama / maka badan badan lain akan plan aktiviti untuk pelajar-pelajar mendaki gunung ganang, naik kayak, terjun bebas dari bukit tertinggi dunia memakai payung terjun dan ..lets fly into .. the biggest hole .. he..he.. aku raso gilo tu semua?
sambil mendengar cerita cerita jamaah dakwah dalam rumah ku , aku mintak isteri buatkan air minuman kopi segar acheh .. angkat kueh karipap ..dan apa apa lah.. sekadar menghormati tetamu dari Allah ini. Di pendekkan cerita aku tak semena mena bersetuju jer nak ke masjid uthm jam 1230 nanti.
tiba-tiba mereka minum cepat cepat .. dan terus meminta diri .. mereka beri salam dan selepas menghantar mereka pulang ke pagar utama rumahh sewa ku ini .. aku cepat cepat nak uruskan kerja duniawi ku ini. Tengok jam dah dekat 1030 pagi. Solat Dhuha tak buat lagi. baik aku start buat indexing dulu/ aku keluarkan beberapa buah buku Mahathir Muhammad Dr in the House, buku stats SPSS Salleh Abu UTM , dan beberapa buah buku lain karya scientist UK dan USA sebagai rujukan. Cepat cepat aku taip ke dalam komputer riba ku ini. He..he.. dalam 20 minit .. alhamdulilah .. dah nampak ..sikit sebanyak dah .. susunan indeks buku ku ini. insyallah malam nanti aku buat penelitian lagi dan lagi .. Syukur nampaknya Allah tetap mahu menolong aku ..memudahkan aku ..supaya aku dapat ikut serta majlis yang sangat mulia di sisi Allah.
3) Begitulah ..coretan untuk bacaan wahai anak anak ku. Di dunia ini ..kita mesti beri sedikit masa untuk kerja kerja agama. kalau time bola di stadium BUNG KARNO indonesia kita boleh kasi masa dari jam 0800 malam hingga 1200 malam memberi sokongan malaysia harimau menang ..pingat emas sukan SEA acara bola sepak .. kita mestilahhh berusaha bermati matian untuk mengembangkan agama islam kita jauh jauh ke seluruh dunia. Usaha hendaklah dibuat dalam kalangan mahasiswa siswa ini kerana mereka adala kalangan orang orang pandai .. kalau orang pandai tak mahu buat kerja agama .. siapa lagi mahu buat hah... kerja agama Allah ini.
ada satu ayat dalam al quraan mahfumnya ' jika kamu membantu Allah ..sudah tentu Allah akan membantu kamu'. Sadaqah llahal aziim.
memang benar kata kata mu itu ya Allah.
Sekian. Kita sama sama berjuang ya anak anak ku. Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment