penat penat penat jadi ayoh zaman moden ni

Posted by sazali

salam.

Dunia semakin moden.  Semua org bermula dari seorang ayah dan ibunya.  tak kira bangsa apa dia ... kito semua berasal dari ayah dan ibu lah kito.

2)  Dalam Al-Quraan dan al-hadith .. muslim, bukhari ... dan mcm mcm sumber yg boleh dipercayai .. syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.  Saya tak heran kerana dia mengandung kita semua dari hari 1 hinggalah ke bulan 9.  Perutnya besar, berat, .. ,  susah dia .. pada zaman ini lagilah kasihan tengok ibu muda berbadan 2 dah melebihi bulan ke sembilan gi maghi gi maghi gi pejabat, sekolah, pejabat, gudang, dan ... mcm2 lagi tempat .. mencari rezki .. (mcm lah tak cukup cukup lagi .. duit di rumah ) ..zalim suami ..sanggup melihat si isteri gitu mor cari pitih.

3)  Tulisan saya pada kali ini adalah mengenai si ayah.  Peranan si ayah pulak.  Memang kita mesti ikut ibu 3 kali ikut itu dan ini 3 round .. baru leh kito lihat/ pandang ayah.  semua betul.  Ayah di belakang sana.  kalau ikut ilmu matematik , topik siri janjang arithmetik,  .. urutan nya begini,  ibu, ibu, ibu, then ayah ..

why?  mulianya si ibu.  Tetapi biarlah ..now giliran kita pujo ayah kito pulok.

Sekarang pada zaman moden ini .. bukan senang cari ayah cerdik, pandai, terror, hebak, .., (letakkanlah .. semua sifat nama , adjektif yg kamu tahu mengenai seorang lelaki ygg bagus ).

Mengapa saya gunakan 'zaman moden' sebagai latar belakang penulisan saya ini.

Di zaman ini.. kita lihat .. ada rumah tangga diketuai oleh seorang lelaki ..

kadang-kadang ilmu agamanya kurang, iman nya lemah.  Bukti?

masjid kosong.  majlis ilmu agama .. sepi.  tapi ..majlis ini ramai peserta wanita lagi dan lagi.  oleh yang demikian, ilmu agama itu banyak berada dalam kalangan wanita muslim dari lelakinya.

tanpa ilmu yang banyak .. bagaimana nak mengemudi rumah tangga yang diredhai oleh pencipta sekalian alam.

Ini beralainan dengan stadium bola.  ramai lelaki berkerumun di sana.  wal hasilnya ..jika balik ke rumah ..selepas selesai menyokong team bola sepaknya .. ilmu bolasepaklah, idola bolasepaklah .. yang akan masuk ke dalam rumah tangganya .. bukan seorang tetapi cukup lah ramai.  Wal hasil .. ada setengah suami ..tidak dapat membimbing isteri dengan baik dan sempurna.

Another snap shot!   sekarang .. ada setengah tengah isteri belajar lebih banyak ilmu akademik dari si suaminya. oleh yang demikian, si isteri membawa pulang wang gaji yang jauh lebih banyak dari si suami.  Bila ini berlaku dari tahun 1 hingga 10, tahun 10 ..hingga tahun 20, 30, 40, 50, ... ,mati

besar kemungkinan .. suami kalah dalam bahagian memberi tunjuk ajar yang baik kerana selama ini dia hidup pun .. berteduh di bawah usaha keringat si isteri.  mana dapat respect dari isteri, ibu dan anak kalau begini?

Oleh yang demikian, tak hairan ..banyak cerita .. dalam rumah tangga .. yang bergolak .. isteri, anak, tak hormat kat suami.  kasihan dia.  Ayah kita?

Saya ada jugak gi umah kawan kawan, rakan taulan sejak zaman muda sampai sekarang .. bila masuk umah nya ..ada terasa tension jer.  why?  Mungkin .. dia kalau nak bawak tetamu (teman) kena sound kat isteri dahulu.  Check peti sejuk itu dahulu.  Kalau ada ayam, itik, angsa, lembu, kerbau, kambing, biri-biri, .. , baru leh ajak kawan sahabat handai ke rumah.  kawan kita tension mungkin .. selama ini .. semua benda dalam rumah .. kena dapat green light dari si isterinya dahulu.  Kena ada banyak banyak banyak makanan dalam peti sejuk baru boleh ajak .. orang datang menjamu selera.  Free dinner kata orang.  Itu belum check ..sama ada .. isteri badannya sihat, free, senang ..nak layan tetamu atau tidak.  maklumlah .. suami cikgu sekolah rendah .. isteri pulak .. CEO Telekom mana-mana lah.  payah-payah jadi suami zaman moden ini?  Mana lagi amalan menghurmati tetamu.. sahabat handai. saudara mara .. dan kaum kerabat.  zaman dahulu.. Allah puji sepasang suami isteri yang sanggup berlapar dengan anak-anaknya .. se mata-mata menjamu tetamu rasululllah s.a.w   = pendek kata payah nak contohi .. kehidupan baginda Rasulullah dalam zaman di mana .. sang suami rendah dalam semua bidang.  bayangkan ..jika mak dan ayahnya sendiri nak datang ke bandar main main main dgn cucunya pun kena isi borang approval ..si isteri.  kasihan sungguh suami zaman moden ini.

Another point is .. suami zaman moden ramai jadi drebar jer.  Ke mana mana pun dia yg jadi drebar.  Sejak zaman budak berumur 1 tahun ayah jadi drebar .. sekarang umur 25 tahun anak pompuan pun ..ayah jadi drebar.  Why?  mana gi ibunya?  Bila ayah banyak buat aktiviti lasak ..sejak zaman muda hingga kini .. dan memandu ambik anak, isteri, hantar anak, hantar isteri ... maka reng (tenaga kekuatan lelakinya) nya pun menurun dan turun ... yg tragedi ialah ramai suami dah tiba-tiba mati.  Why?  zaman muda ayahnya ..tension masa muda lagi .. nak bawak kawan pun tak leh .. sampailah .. sekarang dok asyik bawak kereta jauh jauh jauh perjalanan .. ke sana ke mari .. maka .. bila badan dah letih, mata dah mengantuk ,  layanan lain tersangatlah kurang dari isteri .. dan anak anak yg dah dewasa ..dan sudah berumah tangga... maka Allah wak naik nyawa ayah awal awal awal lagi.  maka satu kampung .. melayu ..yang ada .. hanya ramai janda sahaja lah lagi.

Mungkin  mungkin sebab itu .. kita kena taat pada ibu, ibu, ibu  3 kali .. lebih banyak ..lebih utama ..kerana ayah kita dah lama pergi.

Tidak ada ayah di kampung .. lagi untuk kita memberi taat dan setia kita kepadanya.  U see my story?

Kasihan ayah zaman la ni.  Saya tak tahu bagaiaman anak settle this story (cerita) kerana .. umur lelaki bukan saya yang control.  saya rasa .. ramai wanita bergelar ibu, emak .. boleh tolong menjawap dilema saya ini.

Ajaib!

Wallahu aklam.   Bertaubatlah.  Mengikut satu cerita malam isra' mikraj .. baginada Besar kita Muhammad s.a.w.  terlihat dalam .. neraka ..ramai penghuninya .. adalah terdiri ..dari kaum wanita/ibu kita jugak lah.  How?

ustaz   berkata lagi .. mungkin ibu, isteri tidak berterima kasih kpd adanya suami di sisi mereka.  So layanlah ayahmu dengan baik .. kerana umurnya ..mungkin ..tak sepanjang ..ibumu ..di desa itu.  Tengok?

Sekian.  wallah hu aklam.

0 comments:

Post a Comment