febuari 1

Posted by sazali

Salam

Sudah 1hb Febuari 2014 hari ini. Syukur kita masih sihat dan terus bernywwa lagi. Harap harap kita dpt mulakan hari ini dgn solat berjamaah di Masjid Jamek berdekatan dan istiqamah membaca Al quran sehelai dua. Insya allah.

Tadi ternampak yahoo news pihak Jakim sibuk memberi peringatan kpd muslim mengenai tipu helah org org kafir kristian dan yahudi. Aghh mengapa sekarang Jakim berbuat demikian? Kenapa tak dahulu dahulu lagi?

sejak kebelakangan ini banyak sangat isu yg dimainkan oleh pihak kerajaan. Dahulu bila Dun Gelang Patah dan Dun Kota Melaka jatuh ke tangan PKR, pihak BN cepat cepat menuding jari kat org org cina dengan mesej berbunyi cina lupa jasa baik kerajaan ini.

Untuk makluman pihak kerajaan bersungguh sungguh mencipta Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara. RAkyat diasuh untuk menerima kesan kita hidup berbilang bangsa dan  agama di negara ini.

Waktu BN kuat satu ketika dahulu , BN jugalah yg menjadi juara menghentam idea Hukuman Hudud. Nah sekarang Waktu BN dah mula lemah dan terus lemah ..mengapa Jakim dan kerajaan sibuk pukul gendang menuduh org org kafir selalu menyesatkan kita melayu? Pelik sungguh sandiwara 56 tahun ini.

Yang saya tahu banyak teknologi hebat adalah ciptaan org org kristian wa yahudi dan dipromote oleh kaum cina di negara ini. Org org melayu pandai membeli dan memakainya sahaja. Contoh sistem loud speaker di masjid masjid walaupun dah lama dibeli nampaknya jika sistem bunyi tak bagus, kita cepat merujuk kpd tauke cina dan teknician cina. Sistem latihan penerbangan TUDM , menfapa askar askar tentera udara (pilot) dilatih oleh org org kafir dari Peranchis?

pelik bukan?
Pihak jakim baru sedar kesan teknologi kot. Anak anak muda la ni ramai yg telah meninggalkan amalan fardhu sembahyang. Terutama subuh. Ramai yg masih tidur di waktu pagi sehinggakan bila matahari dah jauh tinggi di langit..barulah pelajar pelajar universiti mula bangun dan lantas ke kuliah dan mcm mcm lagi.

Saya rasa.. Al Quran dah lama memberi warning pasal syurga untuk org org bertakwa dan takut kpd suruhan tuhan. Tempat bergelar neraka dikhaskan kpd org org kafir dan kaum hipokrit.  Itulah rumusan cerita dari Al Quraan. Kita makhluk manusia dingatkan agar bersiap sedia sepanjang masa dgn amalan pro agama dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Itu je lah surat dari saya. Yg baik dari Allah, yg tak bagus dan tak enak dibaca semua adalah kesalahan saya sendiri. Saya mohin maaf kpd org org kita.
wallahu aklam bis sawabbbb.

0 comments:

Post a Comment