Peluang hendaklah dihargai dgn baik

Posted by sazali

Salam

Kita diberi peluang itu dan ini.

Ada orang diberikan peluang jadi Perdana Menteri.  Rakyat akan ingat jasa PM jika peluang mengepalai negara digunakan sebaik baiknya untuk membina negara.  Contoh PM Pm yg hebat ialah Almarhum Tg Abdul Rahman, Allahyaryam Tun Razak Dan Tun Mahathir.  Kalau kita anak peneroka Felda, setiap masa kita akan ingat bakti Tun Razak memberi rakyat miskin meneroka tanah hutan untuk dijadikan harta dgn penanaman buah kela sawit dan bermacam macam lg.  Dengan kejayaan itu, anak anak felda dpt meneruskan pengajian di UiTM , Jengka, Pahang.  Semua ini terjadi bila ada PM menggunakan akal dan keberanian untuk membangunkan tanah air dan membina hidup bangsanya.

Jika tidak, PM mana mana pun akan dilupakan sejarah.  Begitulah manis pahitnya peluang menjadi kepala kerajaan ini.

3) BEGITU juga antara kita diberi peluang oleh tuhan menjawat tugas sebagai guru guru, cikgu sekolah atau pensyarah.  Dengan peluang itu, tuhan memberikan guru guru untuk mendidik pelajar pelajarnya dari ilmu peringkat rendah sampailah ke peringkat yg tinggi tinggi menembusi awan biru dan gumpalan awan putih yg berarak ke sana sini dibawah pentadbiran Pencipta yg agung.

Jika dari didikan kita, terhasil pelajar yg hebat, sudah tentu ada saham yg akan kita nikmati di dunia ini dan di dunia sana iaitu alam akhirat.  Tetapi sayang seribu kali saayang..mengikut laporan demi laporan, ada sebilangan kita tidak menghargai peluang di atas.

AdaGuru Besar sekolah menanggis di atas pentas di saat saat memberi ucapan persaraan. Mengapa menangis ini? Air mata akan mengalir kerana guru itu tahu..peluang menjadi penjawat awam sudah berakhir.  Tidak ada lagi tepukan gemuruh untuknya selepas ini. Tidak ada lg nimat elaun elauan perbatuan untuk nya lagi apatah lg kesedapan enak menginap di hotel 5 bintang dgn kadar sewa yg berpatutan untuknya. Dahulu sebelum bersara, isteri dan anak anak dpt menumpang semangkuk dudua tidur dan makan minum di hotel. Alangkah sedapnya?  Tetapi sejurus selepas bersara, guru besar akan bergelar pesara atau ayam tua.

Firaun laknatullah pun di saat saat ditenggelami oleh lautan merah ..pun memahami maksud istilah peluang ini.  Aghhh..jika dia beriman di masa hidupnya..sudah tentu nasibnya tidak seburuk ini dan akan datang.

4) saya menaip ayat ayat ini untuk memberi ingatan kpd diri saya sendiri dan pembaca untuk menghargai 'peluang peluang keemasan' ini. Jangan disia siakan peluang dan nikmat sihat, kaya, waktu lapang, berilmu, muda dan hidup atas muka bumi ini.  Gunakanlah peluang ini sebaik baiknya.

jika kita ada anak dan isteri..bimbinlah mereka ke jalan yg tuhan redhai.

jika kita guru Bahasa Inggeris , gunakan peluang bertutur dgn baik dgn pelajar pelajar mu dlm Bahasa Inggeris yg baik. Bila lagi nak bertutur Bahasa Inggeris dgn cemerlang, bila pihak KPM dan sekolah telah memberimu peluang seluas luasnya untuk mendidik pelajarmu secara terbaik. Memang budaya bangsa inggeris itu hebat contoh liga bolasepak inggeris dgn team bola Manchester City..tetapi kehebtan itu tak sehebat guru bahasa inggeris yg gigih mendidik anak anak buahnya mempelajari selok belok bahasa inggeris secara profesional.  Jangan jadi guru B.I. tetapi 99 peratus masa bertutur dlm loghat kelate atau jawa.
Adus..kita akan dilupakan sejarah tamadun manusia. Insaflah diri ini.Buat sesuatu yg terbaik untuk kebaikan diri sendiri dgn lafaz lillah hi taala.

Sekian bangsaku bergelar melayu dan rakan rakan mudaku..bergelar cikgu cikgi dan para para profesor yg ulung.

saya mohon maaf jika ada yg tersilap itu dan ini kerana saya bukan insan yg mana hati dan jantungku dibedah bersih olehpara malaikat. Saya adalah saya.

wallahu aklam bis sawabb

Nota:aku menulis kerana diberikan peluang untuk menulis. Jgn sia siakan peluang ini. Subhanallah, alhamdulillah dan Allahu akbar

1 comments:

  1. Anonymous said...

    Terima kasih atas nasehat dan saran yang diingatkan kepadaku.Kalau dalam bahasa Indonesia, peluang dalam tulisan ini berarti kesempatan.Allah yang Maha kuasa masih memberi kesempatan kepada diri saya untuk hidup dimuka bumi, semoga Allah yang maha kuasa senantiasa memberiku petunjuk dan keselamatan dalam menjalani kehidupan ini, semoga bisa meraih kebahagiaan hidup di dunia sekarang ini dan diakhirat nanti yang kekal abadi.Salam dari kota Semarang, Jawa Tengah.

Post a Comment