baikilah kualiti solah kita

Posted by sazali

Salam Pagi yang mulia ini ..saya diberi sedikit hidayah taufik untuk membaca tulisan Tok Besan saya dari Panji, Kelantan. Tajuk "Khushukkah solah anda?" Beliau i.alah seorang guru agama lulusan Deoband, India dan Universiti Azhar, Kaherah, Mesir. Solah ialah istilah merujuk kpd upacara sembahyang fardhu 5 waktu itu ..zohor, asar, maghrib, isha dan subuh. Di Malaysia,..istilah sembahyang kena digunakan secara berhati hati kerana Malaysia ada populasi terdiri dari 3 kumpulan terbesar melayu, cina dan india. Orang Cina , India sembahyang lain sikit dgn org melayu islam, mukmin, mukminat dan .. Teringat satu ketika saya mengajar pelajar - pelajar india dari kumpulan Diploma Pemasaran bergegas gegas mahu berjumpa saya. Saya tanya ada apa ini ..Kumari? Dia jawab saya mahu permisi/ izin tuan untuk cuti 3 hari. mengapa? Saya kena pergi sembahyang di Batu Caves. Tengok? Otak saya ..hairan org india sembahyang 3 hari sedangkan kita muslim sembahyang 5 minit jer satu pada 1 1 solah. Oleh itu ..istilah solat, solah lebih sesuai untuk muslim agar kita tak terikut sembahyang org org india di Batu Caves. O yer ..saya memberi izin kpd kumari ..dan minggu hadapan saya nampak ada tanda kapur putih di dahinya. 2) Tadi sudah saya bilang ..ada hidayah taufik dari Allah ..baru dpt saya baca buku tazkirah tok besan saya itu. Tanpa hidayah dari Allah..saya bisa menonton Astro Sports Channel atau program masak masak daging panggang oleh sang adam dari Peranchis. Yes..kita perlu banyak hidayah..untuk membaca sesuatu mengenai agama dalam era ICT/ maksiat dari langit terbuka ini. 3) tajuk buku - Solah kita berkualiti tak? Adakah kualiti solah kita setara dgn kualiti solah waktu kita berumur 14 tahun ..anak dewasa? jika dah berumur 70 tahun..tetapi kualiti solah adalah setanding dgn kita berumur 14 tahun..rugi besarlah kita. Why? Solah adalah perkara pertama akan ditanya oleh Allah Taala di padang masyar itu. Jika beres..insya allah semua amalan amalan lain dikategorikan baik dan berehhhh. else..payah kita saudara saudari sekalian. 4) Pertama..khusyuk tak kita bersolah ini? Kalau khushuk..alhamdulilah. syurga kau? tetapi rata rata kita mungkin kita ..tak kushuk sangat ..why macam macam ada dlm kepala kita. betul tak? ada orang pakai seluar ketat..bila sujud di atas tikar sembahyang..terkeluar alur punggungnya dan ada juga ternampak lubang keramatnya itu. Aduhs..sakitnya mata aku..jika aku bersembahyang di belakang insan bedebah ini. kedua..ada ayah muda muda..bawak anak umur 4 tahun..ke dewan solah. Waktu kita sembahyang ..berjamaah tiba tiba..anaknya menangis dan pampersnya terlondeh bawak baja. Kuat gila tangisan anaknya itu. Bolehkah kita khusyuk? ketiga..ramai kita ada handphone. Bila imam besar membaca al fatihah..tiba banyak hp hp berbunyi. Macam macam nada kedengaran. Ada nada ala hindustan, ada nada ala rod stewart i am sailing, dan ada nada..kambing betina menggerang nak beranak kali pertama...pendek kata payah nak khusuklahhh. satu lagi..kusyuk kita terangkat kerana ada orang suka menipu, menzalimi orang, buat perniagaan haram, suka jual beli berunsurkan riba..dan mcm mcm lagi (pukul isteri, pukul anak anak, pukul mertua..) bila kita solat tetapi kita tak berhenti melakkan penipuan, kezaliman, jual beli haram..maka sembahyang ini tidak ada kualiti. Tidak khusuk ..sembahyang..payahlah tuhan nak terima amalan amalan ini. Patutnya melalui solat .. maksiat boleh terhenti begitu sahaja tetapi .. tak salah ..after solat pun kita masih menipu kawan kawan dan boss kita. Punca rezeki pun boleh mempengaruhi tahap kualitas kualiti solat kita. bila tak khusyuk..doa kita tak diterima pun. Sebab itu banyak masaĺah menimpa orang orang islam seluruh dunia. Di Burma..ramai rohingyas lari dari kampungnya menuju ke Malaysia..sebuah syurga dunia. Aman damai tapi nowadays tarak bekalan air pun. Di thailand..ramai lari dari pattani ..menuju ke malaysia. Syurga dunia. Di Pahang tu..tiba tiba banjir. Syurga dunia di kelilingi air. Ajaib. Di indonesia, ada rakyatnya..lari dan berenang ke Malaysia..syurga dunia ..4 juta PATI. Hairan dan ajibbbb ... mengapa tak lari ke Mekah dan Madinah Munawarah ... hah? Bukankah tuhan mu di sana. Yes ..syurga is Malaysia now. Full Stop! Ini berlaku..kerana umat islam tak cakna bersolah. Cakno is a simple malay word for do not care much. tak cakno bermakna ..tidak ambil peduli sangat. Sebab itu tuhan turun 9999 macam masalah kpd Malaysia. Kes cerai menjadi-jadi. Belum settle hutang dgn bank..anak anak dah mula nak bercerai. Oleh itu..jagalah solat kita adik kakok sekalian. Jagalah solat anak anak kita. Bila umur anak anakmu kurang dari 10 tahun ..boleh rotan jika tak sembahyang. Ingat ..kes Sweden itu? Payah bukan? Jaga solat bini kita. Mintak mereka solat awal awal waktu sayang. Jika bini kita ramai (masyallah)..suruh bini bini itu jaga solat kita. Bacaan al quraan mu dlm solat, takmakninah kito. Jangan do express solat. Subuh 2 rakaat dalam 20 saat flat. Jangan sembahyang terlalu laju. Why? Kita bukan Perdana Menteri Malaysia pun. so go steady..bersolatlah lama sedikit. Contoh 4 rakaat zohor selama 30 minit lamanya bukan 4 rakaat dlm 1 minit jer. Bila bersolat..lipat sikit kaki seluarmu itu. Pakailah songkok atau kopiah adik adik ku sekalian. Jangan tak pakai. Hormat sikit. Jangan ikut segelintir ustaz ustaz zaman lani .. cakap berbuih buih pasal cinta pada Rasulullah s.a.w.. kopiah pun tarak. Janggut ala anbiya alai his salam pun ..semua kasi cukurrrr. Wajah mukmin biar ..ada meh meh Nabi. Baru betul kata sayang. Kereta BMW mahal mahal boleh beli ..kopiah 5RM pun tak mampu ka? Malulah sedikit ..bukan? Bila lipat kaki seluar .. biar nampak buku lali. Jaga kaki seluar mu itu..ada najis kot ? Hissshhh..kau ni. Bila ada najis..tubuh kau tak sucilah. Common baby. Tak sah solat mu itu. Sekian. Aku panggil diriku dulu..jagalah kualiti solat mu abah...dan aku ajak pembaca budiman..ayuh jaga kualitas solat mu itu. wallahu aklam bis sawabbb... tuhan maha tahu .. aku serba serbi tak tahu. Maaf sedikit ..if laser sikit di atas tu. Maaf ...

1 comments:

  1. Hj Mohamad 013 3377 242 said...

    Buku SEMBAHYANG ANDA MUNGKIN DITOLAK Walaupun Sah adalah satu-satunya buku untuk mereka yang amat berusaha memelihara sembahyangnya. Faktanya adalah suatu realiti kerana ditulis berdasarkan analisis. Penulis melihat ibadah sembahyang dari sudut roh dan semangatnya. Rukun-rukun, bacaan-bacaan dan hukum-hakam dalam bab sembahyang itu semuanya di analisis dan didapati ada roh dan semangatnya yang harus dihidupkan supaya maksud ayat 45 surah al Ankabut itu menjadi realiti. Dan banyak lagi. http://sembahyangditolak.blogspot.com

Post a Comment