Dasyat juga ... isi kandungan khutbah jumaat itu

Posted by sazali

Salam

Penulisan ini adalah 'sebahagiannya'  dari apa yg saya dengar dari Khutbah Jumaat di Masjid Sg Gelugor , Pulau Pinang.

Tajuknya 'taqwa'.

2)  Syurga adalah untuk orang bertaqwa.
Syurga bukan untuk orang arab.
Syurga bukan untuk orang melayu. Tak ada faktor 'bangsa' untuk masook  syurga.
Syurga bukan untuk orang lelaki.
Syurga bukan untuk orang perempuan.  Tak ada faktor 'gender' untuk masuk syurga.

Allah tak pernah dia  muliakan ..orang arab, melayu, lelaki mancho atau perempuan muda ..  jika tak ada taqwa.

Allah hanya muliakan orang orang bertaqwa sahajaa ..tak kira melayu, cina, kampuchea, rohingya, pakistan, bangla, arab, yemen, kelate, trengganu .. tak kira dio muda atau tua.  Janji if ada taqwa .. dia barangan syurga.

3) Besarlah kesilapan kita jika kita ingat ..hanya bapak bapak keturunan arab dan melayu sahaja ..yg akan menjadi penghuni - penghuni syurga.  Org syurga orang bertaqwa.  Apa itu taqwa?  takut kpd  Allah 100%.

Orang menipu, orang rasuah, orang menyeleweng fakta kes mahkamah .. ini bukan orang takwa punya orang ini ..oleh itu ..  mengikut khatib .. tak ada syurga untuk mu.  Mengapa?  kamu tak bertaqwa.

Aduh sakitnya telinga ..dan hati bukan.  Tetapi itulah .. intisari khutbah jumaat hari ini.

Jika cina masuk islam .. dan dia bertaqwa ..  dia berakhlak mulia dan berbudi bahasa .. dia adalah barang syurga.  Wajib ..Gerenti syurga. Alhamdulilah.

Jika melayu sejak lahir ..mok ayah pergi haji dan umrah setiap bulan dengan jet sendiri ker, jet peribadi ker , jet dia beli dari Megamall ker ..  tetapi dio punya akhlak -  buruk, adab tak ada ..  menipu orang siang dan malam / sekejap begitu dan sekejap begini...  menipu semua orang kampung, menipu orang satu  negeri, satu negara .. bangsanya di tipu hidup hidup ... mengikut skrip khutbah ..  dia bukan barangan syurga.

Aduhai .. sakitnya hati dan telinga..mendengar benda yg betul tetapi pedih.  Ubat mujarab ..memang pahit brother!

Kita sebagai manusia ..tak leh lari dari mati.  4 letter word ..MATI.  Biloo mati ..kita akan jumpa semua janji janji Allah itu.  Bila akhirat bermula ..tak mampu .. bintang bintang , pangkat, darjat negara , Tan Sri Tan Sri , Datuk Seri, Datin Seri,  ..  yg dulu bintang bintang tentera  ini tersangkut atas bahu seperti sayap burung merok , bintang dan darjat dikapik atas sikit dari 'tetek ' pemimpin pemimpin negara ini..  benda benda ini tak mampu dah untuk menolong kalian bila berada di mahkamah Allah.  Betul tak?

Kasihan.

Memang di dunia ini sedap. Kita boleh lari dari mahkamah dunia ..kerana semua orang menolong kita.  Tetapi di sana di sana ..  baru kita tahu ..syurga bukan tempat untuk orang yang tak bertakwa.

Tuan Mufti kito tu ..  apa itu takwa?

Baca gak sikit ayat Al Quraan tu ..apa itu taqwa?

Orang yg selalu menipu,  ..  tuhan tak kasi .. depa paham pun ..tafsiran Al Quraan  dalam BM/ BI ..kerana hati mereka sudah gelap.  Hadith. Satu dosa ..satu titik hitam atas hati mu.  Dah menipu rama orang .. banyok juta bintik bintik hitam atas hati dio lah .  Aduhai..gelap gelemak hati orang kito.  Penat.

Aduhai .nasib melayu.

4) Perjuangan semata mata untuk bangsa melayu kor . perjuangan untuk bangsa arab sahaja kor ..bangsa pelestino sahaja kor ... ini semua perjuangan .. khatib kata ..  it is a big waste of time/ effort. A useless struggle. Why?  syurga bukan untuk orang orang yg berjuang atas dasar satu bangsa/ satu kaum  Syurga adalah ..untuk orang orang bertaqwa.  Khatib kata ni ..bukan aku.

Guru sekolah rendah Tahun 1 ..jika dio mengajar dgn baik ..prepare PdPnya dgn baik, mengajar A B C , 1 2 3 dgn baik,  layan budak budak ke tandas , pakai seluar kecik mereka dgn baik ..pimpin budak budak berhingus ke dalam kelas dgn elok ..buat hari hari ..ini adalah barangan syurga.

Tetapi ustaz memakai serban hijau pekat ..pun ..jika mulut nya asyik mengumpat .. mencaci orang lain .. bahasanya kesat, biadap ..  khatib hari ni ..berkato .... dio bukan orang syurga.  Aduhai ..penat ... beli serban .. semutar besar bakul ..bila kita ..bukan barangan syuurga.  Aduhai mok wehhh.  Khatib wayak tu wehhhh...

Syurga untuk orang bertaqwa.

Takut kpd azab Allah ..takut kepada janji janji Allah.  Menjauhi diri dari membunuh anok orang hidup hidup, zina, rasuah, menipu , belot, judi, .. tenung nasib , syirik dengan bomoh bomoh siam, indon, India maghi, mandi air bungo,  macam macam dio mandi .. ini syirik ber ..tuhan tak akan ampun ..lo.  Syirik ..satu dosa paling besar .

Aduh ..

itu dululah .. apa yang aku faham berkenaan dengan khutbah hari ini.

Keno juga atas batang hidung aku sikit sebanyok. Astaghfirullah hal azeem. Kita kena bertaqwa,  Melayu takwa, arab taqwa, bangla taqwa ..kita akan masuk syurga.

Insya allah.

Janji Allah tetap benar sepanjang masa.  Aku sampaikan jah.... benda begini.

Al Fatihah.
Wallahuu aklam bis sawabbbb

0 comments:

Post a Comment