a new friend

Posted by sazali

Salam

Dunia research amat menyeronokkan.

Semalam dengan ikhsan dari Allah Taala dapatlah saya berada di UTM Skudai .. mendengar syarahan 'Prof Zekeria Karandag' dari Turkey.

Banyak perkara yg saya dapat dari GeoGebra ..  terutama slides darinya.

2)  Terima kasih UTM, Prof Madya  Dr Zaleha Ismail, PM Dr Yusdariah  dan anak anak buahnya yg bersusah payah menguruskan Prof pelawat ini.

Syukur saya dpt sedikit ilmu dari ini. Bolehlah saya sebarkan untuk org org lain - politeknik KPTM pulak.  Lagipun, saya sudah dapat kawan yang baru dari Instanbul kali ini.  Bukankah ini dinamakan rezeki?

Allahu Akbar.
Rezeki bukan sahaja wang tau ?  Dia meliputi 1999 jenis lagi -  kesihatan, selera makan, pasangan hidup yg baik, mertua yg baik, mertua yg loaded, rakan rakan satu kampung yg baik , satu negeri, satu rantau asia  tenggara dan satu dunia seantaro.  Minat nak dengar org berilmu pun satu nikmat rezeki.  Betul tak?  Firauan laknatullah dikejam oleh Allah Taala kerana dia pasang telinga pekak badak kpd ajakan Nabi Musa a.s.  Dia tidak dpt rezeki ..memikirkan selain dari empayarnya sahaja.

Sekian.

Wasallam

1 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    MashaAllah penulisan tuan telah memberi semangat & inspirasi bagi saya. Terdapat ketelusan di situ yang mampu membuka hati sesiapa shj yang membacanya. Keep up the good writing Sir!

Post a Comment