fire fly tak leh fly

Posted by sazali

Salam

Semalam hari Sabtu jam 1000 mlm ..semua penerbangan Fire Fly dan Malindo ..diistiharkan ..  dibatalkan penerbangan dari Kota Bharu ke Subang.  Landasan untuk berlepas dan mendarat cukup kabur ..bahaya/ nyawa?

2)  Huru hara dunia.  tak sangka.

3)  Ingat bila ada fly ..semua hari semua jam ..boleh fly.

Tetapi Tuhan itu Maha Berkuasa.  Dia kasi manusia 'jerebu' jer.

Tiba tiba satu dunia ..kelam kabut.  Teknologi fire fle, malindo semua grounded.

4)  Oleh yang demikian keesokan paginya ..saya cadang nak bawa anak dan keluarga saya ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dari Kota Bharu.

Rupa rupanya hari Ahad ..  bukan setakat jerebu ...jalan utama seluruh SEMENANJUNG MALAYSIA lagilah ..berstatus ..JEM/JEM/JEM..

anak saya menumpang rakannya ..dari KB- Kemamang - Gombak - Kumpur  0900 pagi -  0200 pagi baru sampai.

Gila kan?

Kami ...so easy .. memandu 4 wheel drive KB Penang dalam 6 jam sahaja itu pun kerap juga kami berhenti shopping keropok, jeruk, tandas dan macam macam lagi.

5)  Saya mengambil keputusan ..tahun depan kita raya depan CCTV sudahlah.  Jangan bergerak ke mana mana.  Senang?  Lega?  Jangan menzalimi diri sendiri.  Tuhan pun tak suka itu.  Untuk makluman,

Malaysia dan rakyatnya tak mampu lagi untuk handle benda alah ini.

Menyebut pasal handle ..handling ni ..  Mekah pun sama

700 ++ pak haji /  mak haji mati  kerana ..  runtuhan bangunan di sana semasa melontar 3 kali sang sang syaitan dari sebesar nyamuk hingga ke saiz draculla kot.

Dasyat.  Ingat syaitan mati ..kita pulak yg mati beramai-ramai.  Aduhai dunia islam sana sini.

Sebelum itu ..10 orang bakal haji malaysia mati ..kerana crane jatuh dan terhempap ke atas mereka.

Kasihan.  Sepanjang kehidupan ..mereka bersusah payah ..  menyimpan duit ..  tiba tiba crane tok arab ..yang jatuh. matilah mereka ini sudah.

Orang tua saya bilang ,...jangan risar (nada sedih)  .... mereka ahli syurga.

Entah betul atau tidak ..ini?

Jika benar ..syurga penuh dengan orang orang arablah.  Mereka hidup di Mekah dan mati di Mekah. Senang ..tiket ke syurga.

Sekian.  Otak saya menafsir lain pulak ...  'orang kita tak smart ..bila berhadapan dengan sedikit masalah cuaca, pengurusan dan pentadbiran berskala besar 2 juta jamaah ..  semua manusia di globe ini menyaksikan kita semua ..

termasuk orang kafir kecil dan besar; apa reaksi mereka hah?  agak-agaknyalah".

Wasallam.






0 comments:

Post a Comment