Duit

Posted by sazali

Salam

Duit adalah penting.

Kita boleh tahu nilai duit jika kita belajar di luar negara sebagai pelajar tajaan kerajaan/ sendirian.

Jika kerajaan kreditkan duit biasiswa lewat sedikit , ramai pelajar cukup sengsara dengan kos hidup yang tinggi di kota London, New York dan lain-lain tempat di dunia ini.  Tambahan pula, penangan GST (ilham Dato' Seri Hj Mohd Najib Tun Razak) dan kemerosotan duit ringgit malaysia di pasaran matawang dunia.  Dulu jika FAMA hantar RM3000 untuk makanan sebulan sudah memadai ..kini RM4500 sebulan ..tak tahu lg cukup atau tidak.

2) jika kita sudah berkeluarga, nilai wang semakin terasa.

Ini adalah kerana duit digunakan untuk membeli makanan, ubat-ubatan, sewaan rumah dan lain-lain lagi termasuk kenduri kendara dan mati , beranak sanak saudara . Mengikut, statistik JAIJ, faktor perceraian adalah banyaknya  berpunca dari duit.

Pasangan bergaduh kerana duit.

Dan ada pasangan bahagia pun kerana duit.
Kita boleh sukat benda ini .. tengok jer wajah pasangan di hujung-hujung bulan.  Mereka cukup gembira.  Tahap cahaya di wajah suami isteri cukup terang bercahaya  bila mereka berada di hujung bulan dan ..mula pudar pada 10, 15 dan 23 hb setiap bulan.  Rugi bekerja makan gaji.  Mereka dapat duit sekali sebulan.

P.A.R susah kerana duit dan pegawai tertinggi kerajaan pun susah kerana duit juga.

Rujuk kes .. pegawai tinggi askar laut di Lumut (bersara) yg dituduh dgn duit suapan RM800,000 baru-baru ini kerana dia bertindak sebagai bos dan adiknya pula berjaya membekalkan alatan-alatan askar laut.


3)  Disebabkan begitu, duit menjadi 'nadi' rumah tangga, markaz tentera  dan juga negara.

4) Greece muflis kerana duit dan Malaysia ..kelihatan hina dina kerana duit juga.

Cuba semak sumbangan duit dari negara luar kpd kerajaan kita sebanyak 2.6 bilion pada 2013 - 2015 ini.

Dasyat bukan?  Tetapi yg pelik .. benda sumbangan duit tak timbul pun pada perhimpunan UMNO 2013, 2014 atau dalam mesyuarat umno mana-mana.

Tiba tiba benda ini muncul ..sekarang.

Kambing hitam di kampungku ..pun senyum mendengar benda alah duit sumbangan ini.

(ketawa).

Sekian.

Wallahu aklam.

p/s: pesanan mat salleh .. penipu kena cerdik dan bijak sepanjang masa supaya .. cerita ceriti pasal sumbangan ini mesti selari dari skrip asal 2012 hinggalah skrip terakhirnya ..  pada bila bila masa.  Boleh kah memanda kita buat begitu ?


0 comments:

Post a Comment