Aku sayang benor Malaysiaku ini. G jauh-jauh

Posted by sazali

Salam

Aku dilahirkan dalam sebuah negara bernama Malaysia.  50 + tahun yg lalu.  Anak merdeka katakan?

Di sini izinkan saya menulis keberuntungan orang yg lahir hidup hidup di bumi bertuah ini.

(i)  kita hidup aman damai , sihat sejahtera.  Orang cina dan india boleh masuk kampung kita dan cari makan sampai ada yang kaya raya.  Mereka boleh beli tanah jika mereka mahu.  Seronok betul depa!

(ii)  sistem sekolah di sini membenarkan mana mana ibu bapa - bebas nak hantar anak anak ke sekolahmelayu, sekolah inggeris , sekolah cina, sekolah tamil , sekolah tajaan Parti Politik PAS ... tanpa berperang dan hilang nyawa dikandung badan. Hantarlah .. jadikan anak kau pandai   .. boleh speaking dan singing maa mana lagu pun boleh.  Sebab itu filem hindustan 'Sanggam' cukup popular di sini satu masa lalu

Dulu sistem biasiswa .. 1970'an ..kerajaan utamakan anak anak melayu ..gi ngaji luar negara.  Sekarang hasil usahamurni kerajaan ini ramai intelektual universiti adalah dari kalangan orang melayu jati.  Walaupun begitu, kita warga universiti tetap bekerjasama dengan pihak swasta untuk memaju ekonomi dan industri negara bersama-sama.  Ado pitih berbilion bilion .. kita sama sama raso faedahnya.

Sekarang meritokrasi.  Dari 10 calon untuk biasiswa dalam dan luar negara  , ada kemungkinan 4 orang melayu, 3 cino , 2 india dan 1 kaum lain  akan merasai faedah biasiswa tersebut. Probabiliti kejayaan anakanak melayu , cino dan india ..  ada lebih kurang sana sini jah.   No hard feeling any more kerana after ngaji luar negara ..anak anak kito Malaysia keno balik ke tanah air dan memberi khidmat bakti untuk negara tercinta. Sekarang PLKN,  kerajaan nak semai jiwa kita anak bangsa Malaysiadalam kalangan belia belia malaysia.  Bila kita bersatu hati,  kita akan bangun gagah sebagai sebuah negara yg hebat dan terulung dgn izin Allah jua.

(iii)  sistem persiaran  radio TV mass communication -  kita boleh dengar berita melayu TV1, TV2 atau Astro ..ikut tuan lah.  Tak ada orang yg larang.  Dengar dan tontonlah.    Bukan setakat berita, macam-macam filem kita boleh berseronok dengan ahli keluarga.  Dengan ASTRO kito boleh dengar Ustaz  Don mengajar agama /  cara beribadat ..  bagus betul sistem TV kito.  Dengan ASTRO kito leh tonton Manchester City lawan Manchester United.  Makin banyak bola, makin kayo mamak india restoran.  Bijok mu Mamak?

Sekali ada agama / tetapi banyak lagi unsur hiburan / sukan.  Entah?  nok wak kito jadi punoh kor?  jawak tuan.

(iv)  sistem kepolisan dan ketenteraan -  semua aman. Arwah Ayahku polis. Arwah Pak saudara ku Askar Wataniah di Port Dickson, Garrison.  Sepupu-sepupuku ramai askar komando ,  TLDM dan TUDM.  Semua bereh.

(v)  sistem perkhawinan . Ikut ajaran islam dan kuat ikut budaya tok nenek melayu kito. Ada kahwin dgn jawa , ada khawin dengan orang kelantan.  Ada kawin campur melayu dengan cina;  melayu dengan mamak india;  cina kahwin india; pompuan melayu kahwin dengan jejaka idaman dari amerika.  ada nok kat orang arab dan ada yg gilo dengan awang hitam afrika.  Why?  Merdeka punya pasal.

(vi) sistem perjawatan dalam kerajaan.  Jika ada kelayakan , boleh mohon.  Ada anak orang kampung jadi PTD Kementerian Kewangan.  Ada budak melayu kelate boleh jadi pegawai daerah sana sini rata riti.  Ada anok orang tu penoreh getah jah tetapi now pilot kapal terbang .  Why like that hah?  merdeka punya pasal.  Hasil pendidikan tinggi dan peluang perjawatan dan pekerjaan .. ada orang kampung kita boleh melamar anak orang bandar yg kaya raya.  Boleh duduk dan berdiri sama rendah dan sama tinggi. Dulu gateh basikal gajah gi sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu ..tetapi sejurus selepas angkat nikah ..dia leh bawak kereta ferarri tok tua dio dah ..  Semua ini ramai kita dapat lihat benar-benar berlaku .. kerana kita merdeka tuan hamba.

(vii)  sistem undang-undang negara.  Mu wak silap mu keno jail.  Ada menteri keno jail .  Ado orang sesok (miskin) kena hukuman gantung mengedar dadah atau bunuh anak orang.  Semua nampak adil.  Why? kita merdeka.

(viii)  sistem raja -  semua beres.  Dengan adanya sistem raja, agama islam dan hak-hak keistimewaan orang melayu selaku pribumi dipertahankan siang dan malam sepanjang masa.  Insyaaalah!  Tak lama lagi raja aku Al Sultan Muhammad ke lima akan jadi agung pulok. Insya allah dan  Alhamdulilah.  Sistem giliran raja jadi agung naik satu demi satu.  Allah Akbar!  tok lambat bangatttt doh.

(ix)  sistem perniagaan - semua orang dibenarkan membeli dan menjual barang-barangan yg ada permintaan dan subjected to supply and demand. Mu paham kor sistem ekonomi ni?   Semua boleh beli dan jual kecuali dadah dan bom tertentu.  Kena ikut undang-undang tanah airku yg tercinta.  Nikmat boleh beli dan jual macam-macam ini .. tuhan sahaja yang tahu ..  negara malaysia yg mengamalkan demokrasi.  Kita boleh beli kereta Honda dari Jepun walaupun kereta sendiri Proton banyak cantik dan murah belako belako serbo serbi .  Jika negara ini mengamalkan politik komunisma - sudah tentu ramai kita naik basikal vietnam saja gi sana dan gi sini.

(x)  sistem sukan tanah air.  Dulu Pasukan Bola sepak Malaysia menang johan di Indonesia ....satu negara sokong mati matian.  SEkarang olimpik London 2012 - Datuk Lee Chong Wei .  Sekali lagi seluruh rakyat Malaysia menyokong Datuk Lee / walaupun tewas dengan 2 mata jah.. kita anggap dio wira kita sepanjang zaman.  Mana ada negara di dunia ni ..  walaupun kita banyak bangsa, budaya dan bahasa ..bila main sukan ..jah ..kito sokong semua atlet / ahli sukan macam anak beranok kita jah.  Suka duka kita tanggung sama-sama. Tok best kor duduk dalam negara ini bernama Malaysia?  Kalau tok suko ...nanti aku hantar mu ke Somalia.  Mampus mu .. lapar dan berperang mu.  Besar palo dari tubuhmu takcukup makan?

(xi)  sistem politik .  kita boleh pakoh UMNO - BN, PAS, PKR atau DAP.  ikut selero kita masing-masinglah.  ikut aku aku.  (laugh). Jiko kito orang pandai , kita sokong parti yang mana wakilnyo bersih dalam banyok segi.  Bebas itu dan bebas ini.  Pokok pangkalnya kita boleh undi siapa yag kita suka.  Akhirnya tertubuhnya..negara Malaysia yang tercinta ini.  Kalau tok nenek kalian nok pakoh Hija .. tak boleh mana-mana polih maroh tok tentu pasal.  Kalau mu pakoh BIRU kapal layar dacing sekalipun .. orang kita denuh tak jealous apa-apa pun. Paling barbariccc  dio orang may be may be  kato 'mu tok cerdik jah ..awang'

Oleh itu .. jom kita sama-sama raikan Hari Kemerdekaan ke 55 nanti.  Hidup Malaysia dengan izin Allah.  Syukur negaraku tak keno lagi tsunami Acheh dan tsunami Jepun ..  berehhhnya ya Allah.  Sujud Syukurlah ni.  Orang yang tahu bersyukur dengan nikmat NYA ..Allah akan beri lebih banyak nikmat lagi lagi dan lagi kepada kita semua rakyat Malaysia ini.  Kepada PM Malaysia  Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak -  I would like to say Thank you .  Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Bathin.  O yes ..kerabat FELDA senyum memanjang jer Tok Jik .. sejak naik saham dio orang.  jadi peneroka tanah sawit , ramai jadi jutawan.  Ajaib?  TQ.

Sekian.

wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment