Kuasa tuhan

Posted by sazali

Salam

dah lama saya dok fikirkan beberapa perkara:

(i)  seekor lembu makan rumput sepanjang hari di atas sebuah padang sekolah.

Dari rumput itu keluar susu lembu untuk faedah manusia.  Tetapi jika kita menjalankan ibadat kurban dan proseskan lembu tersebut secara bergotong royong ,  dari perut lembu keluarnya najis lembu yg terdiri dari 99.99 % rumput.  Mana susunya? Urat mana dalam perut lembu ..terkeluarnya susu?  Jadi tuhan telah menyembunyikan urat tertentu ..  kalau kita silap memotong  perut lembu ..  akan keluarnya darah.  So mananya susu?  Ajaib bukan?  susu tersembunyi di antara aliran najis dan darah lembu.  Masya allah.

(ii)  seekor kucing melahirkan banyak anak-anaknya.  Ada musim dia dapat 4 ekor anak kuching.  Ada musim 2 ekor anak kuching.  So sepanjang hayatnya mungkin ibu kuching sudah melahirkan 20 - 30 ekor anak kuching.  Tetapi saya perhatikan ..ibu kucing pandai menyembunyikan anak-anaknya dari musuh seperti dari ancaman sibapak kucing/  biawak/ anjing dan juga manusia. Dia akan cari tempat yg strategik supaya anak anaknya tak terkena basahan dari air hujan dan cahaya panas matahari jg terik.    Satu hari ..saya terserempak dgn satu sarang kucing.  Di bawah daun daun besar dan  panjang di tepi rumah saya.  Di belakang pasu bunga isteri.  Soalannya ialah..  ibu kuching setia dgn anak-anaknya. Dia tak cepat nak keluar dari sarang untuk mencari makanan apa apa pun. si ibu kuching sanggup berlapar dan tahan dari tarikan dunia sana sini seperti ke dapur isteri untuk mendapatkan makanan untuk dirinya sendiri. Mengapa ibu kuching mampu berbuat demikian sedangkan manusia bernama melayu .. sanggup membuang sahaja anaknya yg baru lahir.  Lagi pun manusia ini baru melahirkan 1 orang anaknya.  Gila?

tambah gila .. manusia telah diangkat sebagai makhluk paling bijak pernah diciptakan oleh tuhan.  So ..  saya tak faham fenomena ini.  Siapa yg dapat ..  membantu saya ..boleh beri response supaya ..saya dapat belajar sesuatu yg baru.

Sekian.  Wallahu huaklam.


1 comments:

  1. FRSR said...

    kerana bezanya manusia dengan haiwan adalah terletak pada akalnya.
    yang mana akal manusia jika tidak digunakan sebaiknya,ditambah dengan kurangnya ilmu agama di dada,bisikan syaitan di telinga,tidak dapat membezakan antara khayal dan nyata,caca merba dunia.subhanallah.

Post a Comment