Mengapa ini berlaku lagi wahai kawan?

Posted by sazali

Salam

Tak lama lagi universiti akan menerima pelajar baru.  Saya dengar 2500 pelajar baru akan mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda sesi pengambilan 2012/13 di universiti wakil MTUN di hujung semenanjung ini.  Mengikut rekod , jika 60% datang betul-betuul datang ke sini untuk mendaftarkan diri...  1500 orang lah muka-muka baru.  Selamat Datang pelajar-pelajar baru.  Tahniah!

Ramai 1500  itu bukan?

2)  Sejak bulan Jun - Ogos ini,  saya dan rakan-rakan saya kena buat RPP (rancangan pengajaran dan pembelajaran) untuk memenuhi selera MQA, KPTM dan pelajar-pelajar baru ini.  Saya rasa nak bersuara sedikitlah.  Boleh tak?

3)  Mengapa payah sangat kita kena buat RPP ini?

Dah lah kita sediakan kurikulum pengajaran .. buku buku rujukan dari Perpustakaan pun kita kena maklumkan/ hebahkan  kepada pelajar.  Mengikut logik , banyaklah masa mereka yang dapat dijimatkan sana dan sini. Dahlah waktu pendaftaran nanti mak ayah mereka memikul baldi, besin , beg pakaian , rak baju , penyangkut baju .. dan macam-macam peralatan rumah  dan sekarang kita warga universiti kena tiru pulak macam mak ayah mereka.  Macam-macam kita nak bekalkan kepada mereka.  Wal hasilnya

banyak manjalah mereka.  Banyak sangat 'spoon feeding' menyebabkan pelajar-pelajar tidak pandai berdikari.

4)  Jom kita discuss (bincang) apa mereka buat dengan masa yang terjimat hasil dari kita (pensyarah-pensyarah tua dan muda)  beri macam-macam kepada mereka termasuk ..  url address untuk setiap buku library yg ada terpampar dalam RPP itu. Dalam sistem Author , kita pensyarah akan bekalkan semua nota kuliah.  Mereka boleh muat turun dan cetak sahaja nota itu.  Lain benar .. dengan masa saya belajar dahulu.  Dahulu , mana ada nota pensyarah kita boleh simpan 2 - 3 minggu lebih awal dari bermulanya kuliah.  Kami cari sendiri, buat sendiri nota dan ..macam-macam buat sendiri.  Dulu saya kena pikul sendiri beg pakaian naik treler 20 tayar, naik kapalterbang QANTAS Australia .. dan terus mendarat ke London.  Pikul sendiri!

Sekarang berkat kesabaran mak ayah moden dicampur pulak dengan ilmu motivasi Datuk Dr Fadhilah Kamsah ... ramai mak bapak jadi kuli anak anak sejak mereka lahir dan sekarang .. melangkah ke dunia universiti.  Bila banyak benda telah kita uruskan untuk mereka , masa mereka yang telah dijimatkan .. pelajar akan:

4.1  tidur banyak sedikitlah
4.2  relax banyak sedikitlah
4.3 belajar main-main Facebook /  internet/ SMS sama rakan-rakan .. dengan demikian mereka leka sedikitlah
4.4 main motorsikal, jadi mekanik motorsikal
4.5 sewa kereta kancil sekali sekala .. visit Melaka.  visit JB/  visit Singapura
4.6 dan ada jugalah  manja dan bertambah lemaklah mereka

Tak caya?  Saya sudah melalui zaman bila anak-anak  sedang mengikuti kuliah di universiti  IPTA Malaysia ini.  Sama pattern dgn pelajar-pelajar di sini.

---------------

5)  Kalau tak silap saya ..  setiap kali kami melawat mereka ,  .. kami yang tunggu mereka kat bawah blok asrama.  kalau tak di blok asrama/  kami menunggu kemunculan mereka di kantin asrama  ..gitulah.
Belum pernah .. kami sampai itu .. mereka dah 30 minit menunggu ayahanda dan bonda.

Tunggu punya tunggu .. baru mereka muncul ..  bersalaman, cium tangan (stail orang Johor ), dakap dengan bondanya

skill mereka main internet/ FB sudah mengalahkan ayahandanya yg bergraduan sains komputer pun

kerana .. teknologi I.T  terlalu cepat ..berubah.  Bilangan kawan pun bertambah. Bila kawan ramai, perangai mereka .. anak anak kita kena pandai menyesuaikan diri.  Peer interaction theory.  Peer pressures.  Peer demands.  Mereka tak maklumkan mereka naik kancil rata riti .. hujung minggu


6)  Banyak masa mereka duduk di asrama jer/ buat itu dan ini/  dulu kita belajar ..kena gi library, cari sendiri ..  bahan untuk belajar itu dan ini.  Sekarang semua bahan pelajaran +  bahan edutainment + filem korea, taiwan....  semua mereka dapat access dari bilik asrama jer.  Baguskah begini?  Tak payah ..susah susah ( itulah yg kita orang orang tua selalu sebutkan)

tetapi kalau kita lihat pelajar bangsa cina / walaupun mereka ada internet dan notebook /  mereka berkampung di library dari minggu 1 hingga minggu 15 lagi.

7)  Kesan

ramai pelajar cina/ india dapat klas pertama dalam kebanyakkan majlis konvokesyen
ramai pelajar melayu (islam) tidak dapat klas pertama.  Sekadar klas 2 bawah ..itu macamlah

selepas konvo,  mak bapak melayu lebih risau dari anak-anaknya sendiri .. anak anak mereka masih belum dapat apa-apa pekerjaan setimpal dengan pengajian ijazah mereka tempoh hari.

Kalau dulu gred MUET Bahasa Inggeris Band 1 dan Band 2 sewaktu melangkah masuk universiti ..  selepas kertas peperiksaan akhir semester terakhir ..masih band MUET ditakuk lama lagi.

So apa dah jadi?

8)  Saya rasa ..biar pelajar-pelajar ini bersusah payahlah sedikit  ..buat nota sendiri, cari buku sendiri, fikir sendiri , masak sendiri dan cari transport sendiri.  Jadi pelajar berdikari.

Sekarang semenjak ada sistem bas keluar masuk keluar masuk ..  asrama ke universiti ke asrama ..  ramai pelajar complain .. bas lewat lagi lah / Prof/ Dr ..  so lambat sedikitlah kami datang berkuliah.

Sekarang semenjak ada sistem bas keluar masuk keluar masuk .siang dan malam ..asrama ke perpustakaan ke asrama ke ..  mana-mana lagi (hah) ..

kita pensyarah (penasihat akademik) PA  kena tungggu dan lihat apa lagi aduan mereka untuk kami bertindak.  Penat juga .. kalau gini lagu nyor!

9)  Rasa macam sistem sekolah jer ..  jika mereka tak datang kuliah ..2 kali berturut-turut .. kita kena cari mereka / contact mereka pakai sms handphone/  kena keluarkan surat amaran ..itu  dan ini ..  huhhhhhhh .. penatnya ..jadi cikgu universiti ini.

Ada pelajar ..  beri P.A nombor handset ..yang selalu berubah-rubah .. nak cari mereka bukanlah senang.

Kita kena jadi kerani surat menyurat untuk mereka.  Terima Kasihlah. .. kalau gini lagu nyor.

So rumusan cerita ialah..  kita sediakan bahan bahan RPP ala kadar sahajalah. 50% kita buat ..50% biar mereka buat sendirilah.  Baru challenging sedikit belajar di universiti.  Kuranglah masa mereka ber facebook sana dan sini ..mereka pun fokus lebih mantap .. nak belajar dan skor dalam kuiz, ujian , dan peperiksaan akhir setiap penghujung semester. Bila mereka susah dan semakin susah .. tak dapat kerja kerajaan pun ..mereka boleh survive/ sambung hayat hidup mereka jadi sub-kontraktor, kontraktor dan freelance jer.  Cipta kerja sendiri.


Sekian.  Renung-renungkanlah wahai kawanku. He..he..  main RPP lagi kor mu tu?

0 comments:

Post a Comment