Balik kampung (1)

Posted by sazali

Salam

Semua orang di Malaysia berasal dari kampung.  Saya bangga mempunyai kampong halaman sendiri - Pasir Puteh, Kelantan.  Bila sebut kampung, kita ada tanah pusaka, riwayat hidup tok nenek kita , saudara mara kita dan teman sepermaianan kita sebelum kita berhijrah ke kota raya seperti Kuala Lumpur.  Mengikut arwah ayah saya lah .. rugi jika seseorang  melayu itu tidak mempunyai kampungnya yang tersendiri.  kampung melambangkan identiti keturunan, bangsa, budaya dan budi.

Sempena hari raya Aidil Fitri yang akan menjelang 10 hari lagi ini .. saya mengambil sedikit kesempatan untuk  menulis ..sama ada kita patut balik kampung atau tidak?

Isu 1:  jika tak balik tahun ini


Saya rasa jika tak balik pun tak apa tahun ini kerana tahun lepas kami dah balik ke sana.  Jika ibu bapa menangis ..  biasalah orang tua itu.  Mereka akan sentiasa menangis kerana suasana hari raya selalunya menyedihkan ..  pertama cara Takbir Raya itu sendiri - dibunyikan secara sedih dan meleret-leret. Sayu hati semua perajurit (askar) yang bertugas diperbatasan Thailand Malaysia Indonesia dan Filipina.  lagipun kebanyakan media massa ditanah air ini  memang memberi banyak slot untuk rakyat malaysia di mana saja mereka berada untuk berkirim-kirim ucapan Hari Raya.  Anak-anak mengirim ucapan kepada ibu ayah, adik mengucapkan  benda yang sama kepada ahli-ahli keluarganya dan ..  suami di perbatasaan  mengirim ucapan kepada isterinya bertugas di ward-ward hospital terkemuka seperti HUSM (Kubang Kerian) dan Universiti HUKM.  Pendek kata .. banyak seronok dan banyak sedih maklumlah .. mungkin si abang (suami) sudah lama bertugas di bawah payung Badan bangsa-bangsa Bersatu.

Jika kita tidak balik - kita selamat dari bahaya nahas yang terkenal dalam musim Hari Raya ini maklumlah ..ramai pemandu yang tidak cukup tidur dan rehat sedang memandu 100 - 1000 km dari tempat bertugas ke kampung halaman.  Mengikut statistik PDRM(Trafik) sekurang-kurangya 500 orang terkurban , lebih dari 1000 orang cedera parah dan 10,000 orang terlibat dalam accident yang melibatkan kereta BMW, Honda, Toyota mereka rusak dan disimpan dalam bengkel orang cina.  Ini tak termasuk bilangan motosikal yang hancur remuk tak nampak bingkai kerana kehebatan adik adik mat rempit merempit di atas jalan raya di kawasan Pengkalan Chepa, Kelantan selepas sembahyang terawih dan lain-lain aktiviti seperti termakan dadah/ arak dan lain-lain lagi. Pendek kata banyak risiko yang terpaksa kita harungi bila kita bergegas-gegas nak pulang semata-mata nak makan lemang tok nenek kita termasuk tapai ubi kayu, koleh ubi, rendang Mak Limah, sate Wok Sir, dan macam-macam lagi. Deng-deng-deng-  apa kata kita pulang berhari raya dengan mak ayah kita selepas 20 hb Syawal.  Raya juga bukan?  Kita balik bila sudah ramai orang 'gila kampung halaman itu' dah pulang untuk bertugas di tempat masing-masing.  Syukur pada masa itu, jalan raya sudah pulih seperti sedia kala.  Lagipun, kita pulang nak jumpa mak dan ayah sahaja bukan?  Kalau nak jumpa saudara saudara yang bertugas di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching .. tak yah lah .. lain kali lah..  kita pergi cuti cuti Malaysia.. sambil jalan sambil berjumpa sanak saudara.  Bereh?  Lagi pun ..sekarang .. sejak kebelakangan ini ..tak ramai orang nak tidur di rumah saudara mara mereka bila berkunjung ke Kota Kinabalu, Kuching atau Kota Bharu walaupun sekali-sekala .. ada yang sanggup tidur di hotel sahaja walaupun rumah saudara mereka 10 minit sahaja memandu.  Ada privacy ..mereka kata lah?  Budaya orang melayu status ekonomi pertengahan.  Mereak lebih suka tidur hotel, resort, Rest House, Chalet, Home Stay - mereka takut sangat nak menyusahkan sanak saudara mereka menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam bila mereka mengginap di rumah saudara tersebut.  Bagus betul mereka ini.  Dengan cara ini kita dapat mengeratkan silatul rahim dalam kalangan anak-anak kita sendiri.  Oleh yang demikian, tak payah kita susah payah balik kampung dengan niat seghoti nak jumpa sanak saudara yang sama status macam kita -  bekerja di luar dari Kelantan contohnya.


kalau kita tak balik kampung tahun ini berhari raya ..  kita sudah membantu pihak polis trafik dari mengawasi cara pemanduan kereta VIOS kita dengan penumpang seramai 6 orang.  Dah banyak kita dapat pahala jika begitu.  Betul tak?  Jika 50% kelaurga tak jadi balik tahun ini .. saya jangka .. banyak kematian dari nahas jalan raya dapat dikurangkan secara mendadak.  Kita ambik opsion kedua.  Berhari raya ke kampung pada 20 Syawal 2012 jer.  Settle?

Itu sahajlah .. sumbangan idea dari saya.  Jika berada di rumah ini, banyakkan masa membaca Al-Quraan, berzikir, sembahyang sunat dhuha, doa banyak-banyak supaya mak ayah kita orait sehingga kita berjumpa dgn mereka pada 20 Syawal yang akan datang.  Yang penting , duit raya untuk mereka ..hantarlah cepat-cepat dan banyak sedikit dari biasa.  He..he.. tentu mak happy dengan kita.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment