protein bodoh

Posted by sazali

Salam
Satu lagi artikel saya terjemahkan dari buku negara china.  Usaha  terjemahan ini untuk menguji saya sebagai alumni IPNM Wangsa Maju 2008

Bacalah.

Protein dan kesihatan

Dalam bab 1, saya ada menyebut jika kita mahu tubuh sihat , syaratnya kita mesti bersifat suka mencungkil dan memahami prinsip-prinsip alam semula jadi.  Prinsipnya, daging haiwan macam ayam, itik, udang, makanan laut istemewa, berserta dengan telur mempunyai tahap kolesterol tinggi.  Antara ini semua, makanan lautlah yang memberikan sumber protein terbanyak terutama udang.  Pada pandangan pakar pemakanan, makanan tinggi protein adalah sumber kehidupan atau sumber makanan penting untuk tubuh manusia yakni anda sekalian dan diri  saya sendiri.

Sekarang cuba kita lihat satu persatu fenomena  alam.  Contohnya, setengah dari kita alergik kepada ikan-ikan dan udang. Alergik tidak bagus sebenarnya!  Payah hendak jelaskan bahawa ini adalah tindakbalas semula jadi sambil badan kita sedang mengambil nutrient terbaik dari alam terbentang luas.  Jika negeri seseorang itu tidak selamat, maka tubuh badan mereka akan mengalami kekurangan nutrient tertentu.  Oleh yang demikian, mereka memerlukan nutrient lain  dalam kadar yang berlebihan pula dari sumber dan bahan lain.  Tetapi mengapa orang alergik menonjolkan sesuatu kesan setelah mengambil nutrient tertentu sedangkan nutrient itu teramat penting untuk dirinya?  Jika protein adalah sumber penting kehidupan, tubuh manusia sepatutnya mampu menerima nutrient ini secara sukarela.  Oleh itu, mengapa simpton alergik berlaku ?  Topic ini akan dirujuk semula nanti.
Mari kita focus kepada mereka yang sedang sengsara dari penyakit kencing manis, ureamia atau barah.  Jika banyak makananan dari sumber protein diacukan kepada seseorang pesakit yang sedang menderitai penyakit tersebut, keadaan mereka nampaknya semakin teruk hari demi hari.   Manusia percaya mati-mati protein adalah asas kehidupan dan dengan itu, boleh meningkatkan keupayaan badan untuk semakin cergas dan aktif, mampu membuat tubuh badannya semakin sihat dan aktif dan mencegah dari ditimpa penyakit.  Walaubagaimanapun, ini semua tipu daya belaka bila kita katakana bahawa  memakan lebihan protein menyebabkan tahap kesihatan kita semakin pulih.

Baru tadi saya ada menyebut kelasi kapal British jatuh sakit di laut kerana kekurangan zat dari sumber sayur-sayuran dan buah-buahan.  Jika protein benar-benar sumber terpenting kehidupan seseorang, kelasi kapal itu tak sepatutnya jatuh sakit kerana mereka sudah banyak memakan ikan , daging dan makanan lain tinggi khasiat proteinnya.  Jika kelasi kapal tersebut mempunyai gaya hidup hebat, mereka dah sepatutnya sentiasa sihat dan ceria.  Oleh itu, mengapa kelasi british sakit ini?

Baru-baru ini di Taiwan dan beberapa buah Negara lain, bilangan populasi manusia yang makan sayur sedang berkembang dan semakin popular, dan setengah mereka tidak makan sayur pun, mereka makan hanya buah-buahan sebagai menu utama.  Di Taiwan beberapa orang sami Buddha hanya makan buah-buahan setelah dijeruk sahaja dan tidak ada  sayur-sayuran pun, dan tanpa protein walaupun sedikit, sepanjang hidup mereka.  Mereka percaya mereka mampu hidup lebih lama.  Adakah ini satu yang menakjubkan?

Sekarang saya ingin bertanya, ada tidak sesiapa di sekitar tuan yang hidup lebih sihat setelah memakan diet bersumberkan protein semata-mata?  Sekarang, kanak-kanak mempunyai stail kehidupan yang lebih baik , mereka makan lebih baik dan tahu berkenaan ilmu pemakanan (nutrisi)  , tetapi sayangnya  mereka tidak pun sesihat seperti datuk dan nenek  mereka satu masa dahulu. Boleh saja saya berani mengatakan bahawa pemilihan makanan mereka bukan yang terbaik.  Semasa saya kanak-kanak dahulu, rakan rakan sebaya suka melompat ke sana sini dan tidak pandai duduk diam , walaupun, cuaca amat panas di luar sana.  Boleh dikatakan mereka tidak kenal erti penat pun.  Semasa satu dialog dengan pembaca, saya pernah mencadangkan, ‘jika kanak-kanak dahulu diibaratkan  serupa dengan ayam-ayam liar kampong, maka kanak kanak la ni saya ibaratkan seperti ayam yang sedang dikurung  untuk maksud disembelih dan mendapatkan daging sahaja’.  Pembaca itu tiba-tiba marah.  ‘ayam  dalam sangkar kamu maksudkan?’  Saya rasa mereka lebih teruk dari itu.  Kanak-kanak dewasa ini diibaratkan ayam-ayam dibawah kajian perubatan semata-mata!.  Saya rasa dia betul.  Dalam keadaan sekarang, kanak kanak yang mahu bertindak balas lebih laju sedikit, kita gelarkan mereka hyperaktif.  Ini sesuatu yang pelik.  Adakah satu kebiasaan untuk membesarkan kanak kanak yang hanya tahu berjalan, tetapi  terchungap-ngap sahaja bila bertutur?  Lagipun, kebanyakan pelajar di sekolah rendah dan menengah cepat lupa.  Kenapa?  Adakah mereka kurang makan ikan dan udang atau makanan tinggi dengan sumber protein?  Oleh itu, adakah patut kita labelkan protein adalah sesuatu kemestian hidup?  Anda fikirkanlah benda ini elok-elok!

Protein dan toksin asidik

Di Negara China, sesetengah orang tua di sana mengganggapkan ‘ udang adalah racun!’  Sebaliknya, udang-udang merupakan makanan laut yang istemewa, mempunyai banyak protein dan sudah tentu dilabelkan sebagai satu khasiat terbaik dari pandangan pakar nutriensi. Oleh itu adakah udang satu makanan berkhasiat atau racun ini?

10 tahun yang lalu, sebuah majalah britain melaporkaj satu cerita yang betul mengenai seorang wanita yang berkhawin dengan seorang jutawan.  Wanita ini memberi banyak masa dan sayang kepada orang kaya tersebut dan setiap hari beliau hidangkan kepada suaminya semua jenis makanan yang sedap dan berkhasiat.  3 kali sehari , suami kaya itu dihidangkan ikan dan daging-daging istemewa yang telah dibakar, dipanggang, dikukus dan macam-macam lagi.  Orang kaya itu merasakan dia cukup beruntung mempunyai nikmat makanan dan layanan istemewa ini dari seorang isteri yang cantik dan berakhlak mulia sepanjang hidup nya kini.
Tetapi sayangnya, kebahagiaan nya tidak bertahan lama apabila dia mati dengan mengidap kanser otak dalam tempoh beberapa tahun sahaja.  Wanita itu sudah tentu dapat menjadi pewaris yang paling layak untuk mewarisi semua harta si mati tersebut.  Selepas itu, dia merancang benda yang sama dengan mengawini beberapa orang jejaka kaya yang lain.  Semua jejaka tersebut mati seorang demi seorang dan wanita ini telah diistiharkan wanita paling kaya di Britain. Alangkah untungnya dia! Dalam diam,  seorang peguam mengesyaki sesuatu konspirasi sedang berjalan dan selepas beberapa penyiasatan, peguam itu telah membuktikan bahawa wanita ini telah menggunakan makananan tinggi protein untuk meracuni suami-suaminya yang malang.  Walaubagaimanapun, wanita itu tak boleh didakwa apa-apa kerana tidak ada undang-undang terpakai pada  masa itu yang sedang berkuat kuasa atau pun undang-undang pada hari berikutnya. 
Cerita ini bagus untuk membuktikan makanan tinggi protein mampu membawa maut kepada manusia.  Saya ceritakan benda ini demi membetulkan miskonsepsi bahawa protein adalah nutrient terbaik untuk tubuh badan manusia!

Bagaimana tuan?      he..he..

 Rujukan:  The meaning of true health.  Oleh chang jia rui
diterjemahkan  shu shu lu (dlm b-inggeris).  2004




0 comments:

Post a Comment