Salam
Bila isteri bercadang nak pulang ke kampung menjengguk ibu bapanya .. ini tanda bahawa kita kena masak sendirilahuntuk beberapa hari/malam.
Sebenar aktiviti memasak tak semua orang suka terutama isteri muda berjawatan tinggi dan (perasan jawatannya cukuplah tinggi sekadar PK HEM sekolah rendah Tamil jer). laugh.
Saya selalu tertinggal dengan anak bujang saya di rumah bila isteri mahu pulang ke kampung halamannya jauhdi mata Sabak Bernam. Pada peringkat awal ..memang susah/menyeksakan maklumlah saya dilahirkan dengan konsep 'lelaki BOSS' dalam mana-mana rumah tangga. Tetapi bila dah selalu sangat,.., isterinak pergi sana sini dan proses berpatang kerana bersalin 6 orang anak berjujuk-jujuk ramainya, saya terpaksalah masak sendiri kerana saya memang tak gemar langsung ke restoran mamak dengan pakaian kain pelikat chap GAJAH DUDUK berserta dengan anak-anak 1 -2 orang.
So bagaimana saya memasak?
(i) masak nasi untuk 2 - 3 orang. Simple? ambik beras 2 - 3 cawan basuhkan 5 - 8 kali hingga semua beras nampak bersih dan letakkan periuk nasi ke atas dapur gas. Pastikan sukatan air dari paras permukaan beras lebih tinggi sedikit . Guna skala asli atas jari hantu yg tuhan kurniakan sejak dahulu lagi.
(ii)sambil nasi sedang ditanak ..kita masak sardin jer lah. Tanya anak-anak supaya dapat persetujuan ramai. Senang jer sardin ni. Mula-mula kerat bawang merah besar, lada hijau besar, .., tumiskan bawang bawang ini dalam kuali khas. masukkan minyak sedikit 2 sudu besar dan panaskan minyak tu dahulu. Selepas 3 - 5 minit .. tumiskan bawang sehingga naik wangi bawang bila ditumis. Asap sure dah mula berkepol-kepol dalam dapur ni.
Bila bawang dah nampak .. bertukar warna ke arah warna browwn koko coklat .. masukkan sardine .. dan cepat-cepat masukkan sedikit air panas. Kasi nampak ada kuah supaya anak anak ada kuah dan berselera makan tanpa ibu yg ke kampung itu. Boleh taruk sos tomato/ sos cili jikamahu sesedap rasalah.
Kalau mahu tunjuk terror kat anak sulung pompuan mu .. tambahhlah sedikit telur ayam ..atas kuah sardine itu. Then bila dah masak/ nampak kuah mendidih / ikan sardin dah mula takleh duduk diam dalam kuali itu .. ini tanda dah bagus dah. Masakan dah ready.
So angkatlah kuah sardin dan ikan sardin itu ..masukkan ke dalam piring besar Pyrex yg banyak dibeli oleh isteri semasa holidaying di Langkawi, Paris dan Hanoi tempoh hari.
Bila ikan sardin dah nampak tenang jer dlm pingggan .. kita boleh buat sedikit perhiasan ala chef wan kaya tetapi berkeadaan bercerai itu. (laugh). Senang jer hias-hias ini. Nak pakai apa? kulit betik? kulit nenas, kulit tomato besar besar , carrots , alah ..kasi taruk jer. Biar nampak nipis bila carrot dipotong cantik-cantik. Betik dan nenas muda pun boleh join sama sekadar untuk bekalan zat vitamin C - cantik kulit anak anak pompuan kita jugak.
Settle?
3) Saya rasa by the time kita siap buat perhiasan daun daun betik ala hawaian dlm pinggan sardin itu .. nasi kita sudah pun masak. Ada bau khas bila nasi dah sempurna masak. Tetapi jangan takut jika nasi tak perfect masak. Why? kita jugak yang makan bukan? he..he.. makan jer ..tetapi kasi mata tutup tuan.
Angkatlah nasi itu. tak perlu panggil 'bibit indon' nak angkat periuk nasi.
Masukkan nasi ke dalam bekas .. nasi khas.
So serve/ hidangkanlah nasi campur .. sardine itu bersama-sama dengan nasi chap siam mari. Kalau mahu sedap lagi , gorengkan sedikit ikan kering gelama kita beli di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu. Wushhhh..sedap dan menyelerakan sekali. Mengikut rekod olimpik, saya boleh goreng seekor ikan kering gelama dalam masa 10 minit jer. Tetapi awas ..ingat basuh dahulu ikan kering itu. yang bagusnya rendam dahulu ikan keringitu untuk bebeerapa jam ..supaya bersih dan sedap .. Senang sangatlah tuan.
Selesai?
Rasa cukup nikmat makan dengan anak .. tak payah pergi restoran mamak jam 0900 mlm pun ..betulkan kain pelikat depan mata isteri mamak punnnn.
Sampai sekarang saya tak faham mengapa ada suami isteri rela ..bawa anak 4 - 5 orang ke restoran .. semata mata nak makan nasi berserta 2 - 3 jenis lauk selepas jam 0900 mlm. Alangkah bahagianya rumah tangga kalian jika suami boleh masak seperti langkah-langkah di atas.
Kalau anak-anak kita sanggup hantar tuisyen 3 kali seminggu .. memasak pun kita boleh hantar suami atau isteri cantik untuk belajar memasak dgn stail tuisyen yg sama. Insya allah bahagia kehidupan tuan hamba.
Sekian. Tunggu jap. Tunggu anak akan call mak dia menggunakan hand-phone abah ... 'mak .. sampai mana dah mak? .. aghh abah masak tadi best mak! nasi sardine ala hawaii campur telur ayam, sayur carrot, betik dan ikan kering gelama mak .. terror abah memasak mak...he..he..'
Sekian. Wasallam. secret of a blessed married life is .. we can be a cook once in a while ..right without making so much FUSS?
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment