salam
Hari ini bertarikh 31 OGOS 2012. Genap 55 tahun Malaysia merdeka. MERDEKA!
Kalau ayah ada lagi, umur ayah sudah menjangkau 85 tahun .. hampir-hampir dengan umur Tun Mahathir Muhammad (mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke lima).
Selalu jika ayah ada, hari merdeka seperti hari ini , beliau akan bercerita di atas tangga rumah batu kami di Kampung Kuda, Kota Bharu, Kelantan. Ceritanya berkisar kepada sejarah merdeka - bagaimana Allahyarham Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersusah payah bergading bahu dengan kawan-kawannya yg berbilang bangsa cina , india , serani , .. berbincang dengan Mat Salleh di London dan perbincagan ini bukan berlaku sekali atau dua kali. Banyak kali dia kata hinggalah negara ini mencapai kemerdekaan. Di samping cerita mengenai kemerdekaan, dia akan bercerita tentang konfrantasi Malaysia dengan Indonesia. Macam macam dia cerita atas tangga sambil dia menikmati ubi kayu rebus bercicahkan kelapa parut dan secawan kopi O yang teramat kau punya. Tahu tak? Ayahku bercerita seorang diri atas tangga sambil matanya .. mulutnya .. melihat orang gi lalu di depan rumah kami. Aku? selalunya aku masih berselimut pagi pagi begini di dalam bilik khas anak anak lelakinya .. sambil mendengar cerita ayah yang beranika rupa. kadang-kadang menyampah juga aku dengan gaya cerita ayah kerana cara dia bercerita .. berat sebelah. Menyampah aku lagi meningkat jika jalan ceritanya masih berkisar pada benda yang sama / sejarah tanah melayu yang sama. Sedikit sedikit dia akan sebut '..bijok kepala otak Ku Deraman .. bijoklah dio .. Tengku DEraman tu .. tak setitikpun darah mengalir atas mka bumi ini .. semasa kita dapat kemerdekaan'. Dok asyik ulyang sama sejak muda sampai ke tua.. cara jalan cerita dio tu. Dia penyokong kuat UMNO ..tetapi saya selalu tanya dia .. bila ayah hendak jadi 'tok wakil dachingnyor ' masuk Dewan Negeri Kelantan atau Ahli Parlimen. Cara dan gaya dia bercerita sejarah tanah melayu .. penuh semangat ..sepatutnya kerajaan Barisan Nasional pada 1985 dah lama menganugerahkan ayah dengan pingat itu dan ini menandakan penghargaan segala pengurbanan dan khidmat cemerlang dia dalam pasukan polis sebelum merdeka dan selepas merdeka. Agghhh ..bila dia dah tiada .. hilang sudah suaranya atas tangga rumah batu kami ..sunyi jer ..tak ada lagi orang berceloteh pasal askar gurkha dan keretapi tanah melayu disekat dan landasan kereta api dibom oleh komunis Chin Pin, dan macam-macam lagi. Memang hebat kebolehan ayah sebagai 'narrator' satu per satu episod sejarah negara ini dapat ayah berikan secara detail kepada para pendengarnya yang taat setia tak berbelah bagi setiap kali merdeka menjelma - ayam jantan kami 1 ekor, tupai sesat 2 ekor , dan orang ramai yang lalu lalang di hadapan tangga batu rumah kami di Pusat Bandar Kota Bharu. Aku ? aku masih berselimut disebalik bilik berdindingkan papan yang sudah reput. Kadang-kadang aku sumbat telinga aku dengan banyak lapisan kapas .. sambil cuba-cuba curi tidur lagi dan lagi - menandakan aku boring dengan cerita ayah itu semua. Ha..ha.. (nakal aku)
Selepas ayah dah lama pergi , pada tahun 2011 Tun Mahathir menulis sejarah perkhidmatannya dalam sebuah memoir 'Doctor in the House'. Seronok saya membaca setiap baris, ayat dan idea Tun Mahathir dalam buku tersebut - harga RM100 sahaja. Setiap kali aku membaca tulisan Tun, terkenang semua saat saat indah bersama sama dengan arwah ayah. Kadang kadang tanpa disedari keluar juga air mata aku yang mana aku menjadi orang pandai melayu (bergraduat dari luar negara) semua ini hasil susah payah orang orang seangkatan dengan arwah ayah dan juga Tun Mahathir. Tanpa mereka, mungkin aku jadi penjaja ubi kayu rebus dan buah jering rebus ercicahkan kelapa parut di bandar kota bharu itu.
Sekarang tanpa disuruh aku menulis blog .. tengok perkembangan plot cerita - arwah ayah memberi cerita secara lisan atas tangga batu rumah tua yg sudah usang , Tun Mahathir memberikan gambaran dan pengalaman melalui sebuah buku setebal 400 muka surat di rumahnya yang tersengam indah di Kuala Lumpur dan nah sekarang .. aku sedang menulis pengalaman hidup ku sebagai anak merdeka (kadang -kadang nun jauh di atas perut awan dalam pesawat Air Asia, MAS, British Airways... ). Semua ini kami abadikan untuk anak anak muda Malaysia 20 - 100 tahun yang akan datang. Tanpa pengurbandan askar , polis, pakar politik tanah air ..rasa rasa aku tak mungkin aku dapat menyandang satu jawatan seorang ahli akademik di sebuah universiti MTUN ini. Syukurlah Allah. Syukurlah Malaysia. MERDEKA!
Insaflah: walaupun kita mempunyai banyak idea sekali dengar bunyi macam orang dari khemah pembangkang .. ingat .. semua ini adalah hasil usaha orang orang dahulu membina negara kita yang tercinta. Tanpa ayah ..siapalah aku. Maaf ayah. Telingaku pekak semasa kau berceloteh atas tangga batu rumah ayah itu.
Maaf ayoh.... aku doakan ayah selamat di mana-mana jua. Ameen! Al-fatihah
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment