salam
Celik. tutup. celik. tutup mata kita rupa-rupanya Bulan ramadhan sudah memasuki hari ke 28 dah mulai esok. Ini bermakna tinggal 2 - 3 hari sahaja kita dapat menikmati kebesaran dan ganjaran super super maha superb dari AllahTaala. Isnin ini .. keberkatan bulan ramadhan akan pergi , hilang dari kawalan kita.
Bayangkanlah :
(i) sembahyang sunnat jer .. pahalanya Allah magnify (perbesarkan) seperti pahala sembahyang fardhu di bulan-bulan yang lain
(ii) sembahyang fardhu - pahalanya Allah magnify seperti sembahyang 70 kali fardhu
(iii) menjamu orang berbuka puasa sebesar biji kurma atau segelas air sejuk .. tuan rumah dapat ganjaran seperti orang berpuasa itu tanpa menghilangkan apa apa pahala yg bakal diterima olehnya dari Tuhan Semesta Alam
(iv) mengaji al-Quraan - jika hari biasa setiap patah huruf dalam Al-Quraan ..tuhan kira 10 hasanah .. seperti bacaan 'alif lam mim ' ini sudah 3 huruf dalam Bahasa Arab ..so secara matematik tambahan, pembaca akan diberi ganjaran 30 hasanah banyaknya tetapi pada bulan Ramadhan ini secara eksklusif .. setiap huruf / patah dar a-quraan itu..tuhan magnify sebanyak 100 kali ganda banyaknya.. oleh itu jika dalam 1 hari 1 malam kita baca 1 juzuk surah dari Al-Quraan .. maka hanya computer Allah sajalah yang dapat menghitungkan ganjaran yg setimpal-timpalnya. Maklumlah ada huruf kita kena baca dgn tajwid yg betul dan tepat. Ini tak termasuk lagi dengan usaha gigih sesiapa di kalngan kita yg cuba bersungguh sungguh membaca setiap huruf , tercunggap-cunggap susahnya/ tak betul bacaan dan dia terus belajar dgn orang yg mahir membacanya. Lagi double gandaan pahalanya. Rujukan: Teachings of Islam. Maulana Zakaria Lahore(1972).
(v) beribadat dalam malam lai la tul qadar .. yang bersamaan dengan 1000 bulan .. Allah Akbar .. Tuhan saja lah yang dapat kredit semua pahala kita dalam akaun masing-masing. Dan trajedinya .. malam lai latul qadar hanya wujud dalam bulan ramadhan sahaja dan tidak pada bulan-bulan islam yg lain
(vi) kalau keluar dakwah fi sabilillah .. dalam bulan Ramadan pulak itu .. semua pahala digandakan sebanyak 1000 kali ganda banyaknya setiap satu aktiviti dakwah. Jika kita dakwah kpd kawan kita yg asyik dengan CD .. seperti ayat ..jom Jali ..kita datang dengar bayan tabligh selepas asar ..ini boleh? demi mengguatkan fikir agama dan iman kita masing-masing.. maka setiap patah perkataan itu ..tuhan kira 1 tahun ibadat sunnat. Dari ayat di atas .. kita dah dapat 20 patah perkataan mengajak yg maaruf ..maka kita dapat pahala 20 tahun amalan ibadat sunnat. Allah Akbar! Inilah faedah jadi umat Nabi Muhammad s.a.w. setiap kita mampu menjalankan kerja-kerja dakwah seperti para-para anbiya (nabi nabi dan rasul rsul) terdahulu. Rugi besar kita tak menginfakkan walaupun 1 hari buat kerja dakwah dari hidup kita sebanyak 30 - 90 tahun yg Allah berikan secara pinjam-pinjaman.
(vii) katakan kita sengaja tak berpuasa kerana .. pening kepala kerana tak cukup tidur menonton Olympic London 2012 .. kita dikategorikan sebagai orang yg malang kerana .. jika kita ganti hari hari yg kita tak puasa itu setiap hari seluruh hidup kita sahaja pun .. ganjaran pahala tak akan sama dgn pahala yg patut kita dapat pada hari kita sengaja meninggalkan ibadat berpuasa tadi. Rugi besar bukan?
(viii) ada orang yg pulang ke kampung untuk berhari raya dalam kenderan mewah dan serba serbi canggih .. dan dia bukan pemandu pun .. dan orang ini sanggup tak berpuasa kerana .. malas/ cuai/ tidak cakno / ... rugi besar orang gini laghu
Mana mana mukmin mukminat akan memahami apa yg tercatit di atas jika tuhan kurniakan dia nikmat iman yg tinggi dan kuat. Bagi mereka yg beriman bertaraf halus, lemah dan beransur-ansur lupus (bankrupt)... kalian mungkin tak akan merasa apa-apa kehilangan bila Ramadhan sudah berlalu.
Ada orang rasa bulan ini penuh dengan dugaan kerana dia tak dapat:
(a) mengeteh kat kedai mamak 25 jam dengan kawan-kawannya
(b) makan bila lapar dan dahaga pada waktu siangnya
(c) tak boleh menonton program sukan TV dari Eropah/ China/ India/ USA
dan filem-filem thriller sesuka hati
(d) tak boleh over over dgn sang isteri mudanya .. di waktu siang hari
lantas dia marah marah kepada Pencipta yang Maha Agung ..
Sekian. Bertaubatlah. Jom kita buat amalan dalam hari hari dan malam malam ramadhan yg masih berbaki. Insyallah? umur kita makin banyak. Jika kita ditakdirkan kita mati pada Shawal 1 haribulan ..ini bermakna ..kita hanya dapat beramal buat kali terakhir ramadhan ini. Ayuhsss.
Wallau aklam. Allah maha pengampun tau? Berdoalah muga-muga Allah ampunkan kita semua. Saya pun lemah juga.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment