Salam ( Nice salutation to my readers out there)
Syukur dah 2 minggu kita berpuasa. Baki puasa ada 2 minggu lagi. Semakin banyak cabaran kita umat islam berpuasa menuju ke Hari Raya Aidil Fitri (Eid Mubarak) 2012. Mengapa yer?
Berikut adalah hasil kajian yang telah dipersetujui ramai dalam kalangan orang islam setakat ini:
(i) minggu terakhir ramadhan adalah minggu ramai umat islam akan menyibukkan diri - membuat persiapan akhir pulang ke kampung halaman. Bagi saya destinasi kali ini ialah Kota Bharu, Kelantan - 700 km dari tempat bertugas. Ini memerlukan masa dan wang ringgit untuk check tahap prestasi kereta dan pemotoran demi untuk keselamatan diri dan keluarga.
(ii) minggu terakhir saya sendiri sibuk membeli belah - hadiah untuk makanan sanak saudara di Kelantan. Beli itu dan beli ini. Duit banyaklah kena belanja dan masa beribadat puasa / pembacaan Al Quraan semakin berkurangan kerana fokus adalah - hendak balik kampung lagi dan lagi. Tenaga nak beribadat dalam masjid pun beransur-ansur kurang.
(iii) minggu terakhir sibuk menghubungi anak-anak yang masih bersekolah / beruniversiti di Klang dan Kuantan .. banyak masa memikirkan tiket pergi dan pulang dari tempat mereka belajar , pulang ke kampung berhari raya dan tiket untuk balik ke sekolah / universiti selepas beraya.
(iv) isteri dan kaum-kaum ibu lagilah sibuk dengan pakaian serba baru, beli pakaian anak-anak dan tukar-tukar pakaian jika tidak sesuai , kerap ke tempat membeli belah waktu malam, beli lagi kueh mueh dan macam-macam lagi. Banyak masa dan tenaga sudah dikurbankan untuk aktiviti sedemikian. Adush!
Pendeknya .. kita hanya ada 1 minggu sahaja lagi untuk kita betul-betul nak berpuasa - ikut standard Allah Taala dan standard berpuasa Nabi Muhammad s.a.w.
Nak mencapai standard tersebut cuba masing-masing semak kualiti kita berpuasa yang telah dilalui sepanjang 2 minggu Ramadhan yang sudah. Jika ramai yang hampir-hampir khatam Al Quraan pada hari ini ..saya rasa nak beri tabek springlah kpd kalian kerana tuan/puan telah menggunakan masa ramadhan dengan baik. Berzikir ? Membaca Al-Quraan adalah satu jenis berzikir. Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu hu akbar. Setiap huruf dari kitab Al Quraan jika dibaca diluar dari bulan puasa ini ..kita dapat 10 hasanah ..tetapi dalam bulan mulia ini ..setiap huruf dalam Al-Quraan akan diberi ganjaran 10 lagi lipat iaitu 10*10 = 100 hasanah. Jika kita berjumpa dengan perkataan 'alif lam mim ' maka kita sudah dapat 3 *100 = 300 hasanah. Timbunan hasanah inilah yangg akan kita gunakan untuk tujuan .. bargain dengan Allah agar dikurniakan kita syurga yang baik. Insyallah. Jika kita telah menggunakan masa 2 minggu sudah untuk menjalankan aktiviti yang tidak sesuai untuk dilakukan pada bulan puasa ..rugi besarlah kita. RUGI SERUGI_RUGINYA. Mengapa saya kata begitu? Mungkin ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir untuk kita.
Prestasi jalan raya ...di Malaysia terkenal kerana mutu buatannya. Salah sebuah sistem jalanraya terbaik di dunia. Tetapi dari aspek kemalangan jalanraya .. musim perayaan inilah tempoh masa ..yang banyak berlakunya kemalangan maut, cedera parah dan .. macam-macam. Mengapa? Mengikut kajian pihak PDRM(Bahagian Trafik) ..umat islam tidak sangat mengamalkan sifat bersabar dan bertimbang rasa bila memandu. Mereka akan memandu kenderaan dengan laju dalam keadaan separuh sedar, celik mata (kerana maklumlah ramai antara kita telah menjalankan sembahyang terawih, kiamulail sebaik mungkin ) dan kurang sangat memberi laluan kepada orang lain kerana ..masing-masing mempunyai perasaan rindu yang teramat tinggi kepada kampung halaman untuk berjumpa dengan sanak saudara. Itu belum saya sentuh mereka yang diberi status suami isteri hujung minggu atau hujung bulan atau hujung tahun sahaja. Tahap rindu dan tahap nak terkam kepada pasangan masing-masing .. masyallah adalah ditahap paling maksima / tersangatlah rindunya dio. Bila berkeadaan begitu .. tahap pemanduan umat islam adalah tersangatlah membahaya bukan sahaja kepada dirinya malah kepada orang seperti saya. Please ..bacalah Al-Quraan sedikit sebanyak semasa memandu. Baca dengan anak-anak atau isteri. Baca sikit-sikit. Bila penat berhentilah di RnR berhampiran atau tepian jalan .. jangan terburu-buru memandu semasa tuan/puan berkeadaan lapar dan penat. Bahaya !
Oleh yang demikian .. saya rasa kita umat islam mempunyai 1 minggu sahaja lagi untuk beribadat secara terbaik - sembahyang terawih 20 rakaat (if can ..cari masjid yang ada bacaan dengan Hafiz Import ) , khatam Al-Quraan , sembahyang isyak dan subuh berjamaah, berzikir atau berwirid dan macam-macam lagilah. Silakan lah. Jangan mengunggu-nunggu lagi. Ayuh saudara ..kita pecut ..untuk mendapat keredaan Allah yang Maha Esa. Bulan Puasa ini adalah bulan di mana Allah sendiri akan memberikan ganjaran kepada kita masing-masing mengikut ketakwaan kita sendiri. Belanjalah dengan berhemah. Tetapi budgetkan ..duit untuh menghadiahkan kepada ibu bapa ..biar berlebih sedikit. kalu selalu kita infakkkan RM200 se bulan kepada ibu ayah ..pada hari raya ini ..boleh tak kita 'up' sikit hadiah kepada ibu bapa tercinta seperti up kepada 50% atau 100% .. maka hadiah mereka mungkin berada dalam jumlah RM300 ke RM400 kali ini. Syukurlah ..lagipun kerajaan nak berikan kita separuh bulan bonus ? Tak caya nya ..baik sungguh kerajaan malaysia ini. Alhamdulilah. Why baik sangat kali ini? Hadiahkan secara ikhlas ..Allah memandang mulia tau? he..he.. PRU 13 kah ini?
So diakhir kalam ini .. saya sudahi dengan memberi ucapan selamat berhari raya Aidil Fitri / pergi selamat dan pulang pun biar selamat. Selamat Tuan Hamba. Selamat Dunia dan Akhirat. Wasallamu alaikum w.r.t.
Sebutlah nama-nama Allah banyak-banyak .. ini terkandung dalam Surah Hashr 3 ayat terakhir. Baca dan hafallah.
Wasallam. p/s: yg baik dari Allah dan yang tak baik ..semua adalah kelemahan diri saya sendiri. Maafkanlah!
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment