Salam
Musim nak raya .. macam-macam aktiviti (amalan) kita buat sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.
Apa apa pun kita hendaklah bersikap ikhlas.
Beri ;
(i) derma . kena ikhlas
(ii) makanan kat jiran untuk berbuka puasa pun kena ikhlas
(iii) sumbangan berjuta RM .. bina masjid / surau/ sebatang jalan raya pun - kita kena ikhlas
(iv) senyuman kepada kawan-kawan .. berikan dgn ikhlas
(v) nasihat kat students politeknik/ uthm yg lemah dan rendah pointer pun - kita kena ikhlas.
Why?
Nabi Muhammad s.a.w satu hari telah memberikan definasi (makna) ..apakah itu iman ya rasulullah? Jawapannya ialah ... kau jagalah keikhlasan kalian di mana-mana jua. Insyallahkau akan berjumpa SYURGA.
tapi aku hairan dgn sikap ulama islam negara ini selama mereka mempunyai amanah sebagai mufti di Putrajaya. Kenapa tak tegur pemimpin - pemimpin dlm BN .. jgn sebut sebut lagi segala bantuan yg dihulurkan oleh mereka kpd rakyat. Itu tugasmu Pak-pak Menteri.
Contoh: sebagai bapa kepada 6 orang anak .. segala duit persekolahan mereka aku tanggung. Tak pernah pun aku chop atas buku tulis mereka
"buku ini adalah satu lagi projek aku sebagai bapa untuk menyekolahkan anak-anakku".
Semua dah tahu/ kucing kat rumah pun dah tahu. Jaga keiikhlasan kito ..tuan hambo.
Sekian.
Wallahu aklam. God knows best!
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment