Sesi masak memasak (2)

Posted by sazali

Salam.

Semalam saya menulis mengenai cara memasak - masakan sardin bertelur dan makanan sampingan iaitu daun-daun kubis segar, buah-buahan betik dan nenas untuk sumber vitamin C dan D.

Hari ini bila waktu pagi menjelma..  kita sebagai ayah kena prepare sarapan pagi pula untuk diri sendiri dan anak-anak besar yang sedang bersekolah dalam tingkatan 3 dan 5  smka sri gading.

Cara-caranya begini:

(i)  bangun pagi sedikit.  Jam 0500 pagi.  Masak air -  senangnya di sini.  Sementara air sedang ditanak menggunakan peralatan dapur serba moden - kita gi ambik air sembahyang - dan buatlah 4 rakaat tahajud.  3 rakaat witir.  Bacalah surah Al-Rahman dan Al-Waqiah.  Simple jer.  Bacaan hafalan.

(ii) jam 0530 pagi -  bila air sudah masak kita buatlah air nescafe classic /  rebus 3 biji telur / rendamkan telur itu ke dalam bekas khas.  10 - 15 minit .  Siaplah telur 50% masak.

(iii)  0545 pagi - kejut anak untuk solat subuh - sedangkan kita start kereta untuk ke masjid bersolat berjamaah.  Ingat 27 kali ganda lebih fadhilat sembahyang di masjid dari sembahyang tepi dapur tu.

(iv)  0615 pagi -  balik dari masjid /  anak-anak dah semua solat dan berpakaian kemas untuk ke sekolah.

Panggil mereka ke meja sarapan .  Makan sama-sama.  Buat keluar semua roti panjang ala Peranciis, ala Gardenia dan roti nannnn.  Bakar roti jika ada yang mahu.  Mana madu tualang darat special itu angah?  mana margerine Planta nnnnez?  keluarkan benda-benda dari fridge itu.

Mulakan sarapan dengan doa makan.  Ingat ..orang cina makan, orang india makan, orang majusi makan/ orang kristian makan.  Beza kita mukmin makan dengan kaum kaum tadi ialah kita mulakan memakan dengan ucapann Bismillah hi rah mar nir rahim/  Allah hum barik lana fi ma razak tana wa kinna aza bannar nar ...

Makanlah dengan anak-anak.  Boleh makan secara 'diam-diam' atau ala bising macam orang arab Palestin di California kalah judi.  Cakap itu dan ini.

Jika ada anak nak makan  'baked beans' .. senang jer .  Masukkkan baked beans ke dalam periuk leper ..dan panaskan 5 - 8 minit jer.  Bila dah mendidih sedikit , angkat periuk itu ..  dan ..masukkan ke dalam pinggan khas yg besar ala Arabia/  pakai talam orang dakwah tabligh/ makan baked beans cicah dengan roti itu anak-anakku.

So settle.  Minum nescafe dah/  makan roti bakar dah/  makan baked beans dah?

jika ada yg lebih abah ambik sedikit .. makanan itu dan masukkan ke dalam tupper ware/  untuk makan jam 10 - 11 pagi di opis. Jgn lupa kerat 2 - 3 slices of timun batang dan tomatoes fresshhhh.  Put 2 -3 peanuts.  Bawak ke opis.

(v) if semua dah settle .. beri arahan kpd anak-anak supaya bergerak menuju ke kereta abahnya.  Ingatkan jgn tertinggal beg sekolah, apa apa buku dan alat-alat tulis sekolah/ dan yg penting ..  jgn lupa pakai kasut mu dan setokin sekolah siap-siap.

(v) jam 0710 pagi .. kereta abah melungsur keluar dari kawasan rumah. tutup pagar rumah.. semua dah selamat .. jom kita pi sekolah.

Selalunya tempoh masa ke sekolah mengambil masa 10 - 15 minit.  Dalam perjalanan kita boleh bertadarus Al-Quraan dengan anak-anak pompuan kita.  Simple?  jika perut kenyang, otak dan jiwa cerah n segar dgn santapan rohani pembacaan Al-Quraan .. insya allah berjaya mereka dalam bidang persekolahan. Ingatan anak untuk belajar dgn cemerlang ..  improves dramatically with the intervention of Al-Quraan as the food of great blessings and hasanah.

See?  No need layanan Kedai Mamak 25 jam pun/  pembaca percaya ker - tahap kebersihan kedai mamak mamak di sekitar rumah tuan hamba tu?  he..he..  Rasa rasa mamak tak mandi pagi tau.

  Bila kita bersusah payah mencari nafkah sebagai guru,  dan anak-anak nampak kita komited sebagai bapa dan tukang masak 'bidan terjun' tanpa ibu ..  mereka akan dengar nasihat kita .. secara 100% .. insya allah bermulalah di titik ini sebuah keluarga bahagia.  Tak perlu  servis Ustaz Fadhilah Kamsah pun .. summer camp Ustaz Hassan Harun dan Ustaz Don yg baru khawin itu pun dan lain lain.  Mahal itu semua.  Kita boleh buat sendiri insya allah dan alhamdulilah.  Anak anak kita , kita buat adunannya tersendiri. Ikut acuan kita mak dia deh?

Pokok pangkalnya .. kita kena yakini diri sendiri.  Berehhhh sokmo sokmo (Translation bahasa german:  Happy ever after).

Wallahu aklam.    Try please? You  can do it - man.    

0 comments:

Post a Comment